Monday 8 April 2013

Suami ku DaYuS


Aik, macam pelik pula entri kali ni. Aku buat entri kali ni sebab aku teringat dialog aku dengan my beloved sister. Kakak aku cakap:
"Sebagai seorang suami, bukankah dia patut membimbing isteri ke arah yang lebih baik?" "Maksud kak?" "Ya lah, bukankah suami ini pemimpin rumah tangga? Atau lebih tepat lagi sebagai imam keluarga." "Dia sekarang tidak baikkah?" (Diam) "Walaupun sekarang ni zaman serba canggih, tapi pendapat orang tua tu sekurang-kurangnya hargailah. Walaupun tidak bersetuju, tapi hargailah pendapat itu. Lagipun, bukankah lebih baik sekiranya suami itu membantu isteri dan zuriatnya ke arah kehidupan yang baik?" "Ehm, setuju kak."
Bila aku tengok keadaan sekarang, kebanyakan suami (kebanyakan bukan semua) kat luar sana hanya mengikut telunjuk si isteri. Come on lah kawan, sayang bini pun janganlah sampai ke tahap begitu. Membiarkan si isteri mempamerkan aurat (yang sepatutnya milik anda sahaja) dilihat oleh insan yang bukan mahramnya, membiarkan si isteri menayangkan perhiasan diri yang sepatutnya disembunyikan, membiarkan si isteri terus dengan kelalaian dunia dan berbagai lagi aktiviti 'tidak sihat'. Bila orang gelar 'kau suami dayus' hah mulalah nak meragam dan melenting, tahu pula nak marah, tapi bila isteri membuat semua perkara yang dilarang Allah (tayang aurat, tinggal solat dan sebagainya) mulut tu terkunci pula (silap haribulan bangga pula isteri buat semua benda tu).



Antara hadis yang menjelaskan isu ni adalah:
Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat. Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus. (Riwayat Ahmad dan An Nasaie: Albani mengesahkannya sebagai hadis sahih: Ghayatul Maram, no 278)

Apa yang aku mahu sampaikan adalah, sebagai seorang suami, jadilah imam dengan sebaiknya. Jadi pemimpin yang mampu bawa isteri dan anak-anak ke syurga. Jadi suami yang boleh dibanggakan dengan ketegasan dan kasih sayangnya bukan menjadi kebanggaan kerana kejahilannya. Kalau tahu diri tu serba kekurangan terutamanya dalam ilmu agama, jangan rasa ragu-ragu untuk menuntut ilmu agama. Selagi masih bernyawa, jangan lepaskan peluang yang ada. 
Suami yang dayus ni adalah lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap tanpa rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat." (Al-Khabair 1/ 45).

Apa yang kita dapat simpulkan adalah, suami dayus ni adalah lelaki yang membiarkan isterinya melanggar perintah Allah (dedah aurat dan yang sama waktu dengannya). So, konklusinya buat suami dan bakal suami kat luar sana, jangan biarkan anda menjadi suami yang dayus tetapi jadilah Imam keluarga yang Tegas.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...