Tuesday 16 September 2014

Tekanan???




Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja. Hmm, update kali ni tercetus bila aku teringat perbualan dengan dua orang penumpang (kiranya pangkat junior akulah). Sedang asyik aku layan pemandangan sepanjang dalam perjalanan tu, diorang borak lah (tanpa disengajakan, aku terdengar perbualan tu. Bukan eavesdropping ya). Aku tak tahulah apa pokok pangkalnya perbualan tu, yang aku sempat tangkap adalah, “Hisy tekanan aku!” Lalu, muncul lah idea untuk buat post kali ni. Hmm, apa yang aku mahu sampaikan di sini adalah, orang mana yang tiada masalah (Kalau tak ada masalah, kita pun takkan cuba mematangkan diri. Tak gitu??) Tapi yang membezakan setiap orang yang bermasalah tu adalah, bagaimana cara mereka untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Cara yang paling sesuai dan mampu membuatkan mereka tersenyum dan bukannya tekanan. Mustahil tidak rasa tekanan bila ada masalah? Tidak mustahil sebenarnya. Tidak percaya? Hah, jom scroll down untuk tahu cara yang boleh membuatkan kita tersenyum apabila berdepan dengan masalah.

Ok. Cara untuk tidak tekanan bila ada masalah adalah dengan mengingati Allah. “…. Ingatlah Allah ketika kamu berkeadaan berdiri, duduk dan berbaring…..” (Surah An-Nisa: 103). Hmm, aku rasa readers tahukan ayat mana yang mengingatkan kita tentang ketenangan? Jom semak tafsir masing-masing, “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Rad: 28). Hmm, yang ni memang tidak dapat disangkal lagi. What I mean is, bila kita ada masalah dan kita yakin bahawa setiap masalah itu ada hikmah dan solusi yang tersendiri, gerenti kita akan lebih rasa lapang. Sebagai contoh, kita kemalangan. Kalau kita jenis yang suka buat resolusi melulu, memanglah kita akan rasa tekanan, bahkan rasa depresi. Mungkin kita akan kata begini, “Apa pasal lah malang sangat nasib aku kali ni? Sudah jatuh ditimpa tangga lagi.” Asyik merungut sahajalah. Tapi, kalau kita cuba tukar persepsi kita, cara pemikiran kita, ada kemungkinan kita akan berfikir seperti ini, “Perancangan Allah lebih baik. Kemalangan hari ni patut dijadikan sempadan. Kesilapan yang sama tidak patut aku ulang lagi.” (Dan banyak lagi fikiran yang positif). See, kalau kita yakin semua perkara yang berlaku itu atas izin Allah dan sesuai dengan kemampuan kita, aku berani jamin yang kita pasti mampu menghadapi setiap masalah dengan senyuman. 

The next step is, bersabar. Bila sebut pasal sabar ni, ada yang akan berfikir, “Mudahlah untuk kau kata sabar. Tapi semasa dalam proses perlaksaanaan tu, sukar pula untuk diaplikasikan.” Hmm, sebenarnya bersabar ni tidak lah sesukar mana, kalau kita tahu cara yang betul. Lagipun Allah ada pesan iaitu, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah Baqarah: 45). Ada banyak kelebihan yang kita akan terima, apabila kita bersabar. Hmm, masalah dalam hidup seharian tu asam garam kehidupanlah. Maksud aku, hidup ni takkan terasa “umpphh”nya tanpa ada sebarang rintangan. (Betulkah?) Sebenarnya, bila kita bersabar, masalah yang kita hadapi itu tidak akan mampu membuatkan kita rasa tekanan. Sebab? Hah, sebabnya adalah kerana kita tahu bahawa setiap masalah (ujian) itu akan lebih mendekatkan kita kepada Allah. Contohnya, kita sedang kesempitan wang. Kalau kita sabar & ask for Allah help (solat + doa + tawakal = Hati tenang), insya Allah bantuan itu pasti ada. Ingatlah, bahawa pertolongan Allah itu amat dekat. Jadi, sila latih diri untuk bersabar dan sentiasalah meminta pertolongan Allah.

The last tips is, tawakal. Hmm, tawakal ni, dalam erti kata yang mudah adalah berserah kepada Allah. Masalah ni sebenarnya tidaklah seberat mana. Maksud aku, tiap ujian yang Allah beri pada kita itu sesuai dengan kekuatan kita. Allah telah berfirman, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah: 286). Selepas berusaha untuk mencari jalan penyelesaian setakat yang kita mampu, perkara terakhir yang kita boleh dan perlu lakukan adalah berserah diri kepada Allah. Jangan bertawakal tanpa ikhtiar pula, itu dah salah konsep namanya. Bila kita dah sandarkan harapan kepada Allah, segalanya akan menjadi baik dengan izin-Nya. “Walaupun tidak dikurniakan kesenangan, kita pasti akan diberi ketenangan. Bukankah ketenangan itu lebih baik daripada kesenangan?” (Pesan seorang sahabat) Hah, bukankah ketenangan itu ,lebih nikmat rasanya, lagila-lagilah dalam keadaan yang penuh dengan tekanan. So, serahkan segalanya kepada Allah setelah berusaha.

Akhir kata, hidup takkan ada tekanan bila kita percaya dengan ketentuan Allah (bukan yang percaya dan tidak mahu berinisiatif untuk menyelesaikan masalah). Yang baik tu datang dari Alllah, yang buruk tu datang dari Allah jua tetapi diburukkan lagi oleh insan yang serba kekurangan ni. Yang salah sila betulkan, yang betul sila tingkatkan lagi.
 Happy reading readers.

Si Penggaul Simen




Apa khabar readers sekalian? Aku harap korang sihat macam selalu. Yang sihat, Alhamdulillah kerana masih larat & bertenaga untuk beribadah, yang sakit pula, Alhamdulillah kerana dosa-dosa kecilnya (Insya Allah) dihapuskan. Dah bersawang rasanya blog aku ni. So, for the first time in this month, aku mahu kongsi satu cerita. Cerita ni sebenarnya berilhamkan daripada seorang hamba Allah. Semoga ada ibrahnya. 

“Di dalam tapak pembinaan, kelihatan seorang penggaul simen melakukan rutin hariannya mengggaul simen. Pada suatu hari, ketika dia sedang asyik menggaul simen, dia terlihat sekeping duit syiling. Pada mulanya, dia membiarkan sahaja. Lama-kelamaan dia mula mengumpul duit syiling yang ada. Daripada sepuluh sen, hinggalah mencecah puluhan ringgit. Tanpa diketahuinya, duit syiling itu sebenarnya daripada majikan yang berada di atas bangunan pembinaan. Dek kerana, jarak yang tinggi, majikan penggaul simen tersebut membaling syiling untuk mendapatkan perhatiannya. Setelah menyedari strateginya itu tidak berkesan, majikannya mulai membaling batu kerikil yang berdekatan. Apabila penggaul simen itu terasa sakit, dia pun mulai mendongak.

Begitu jugalah dengan manusia. Allah dah bagi pelbagai nikmat dan rahmat. Kasih sayang Allah terlalu luas dan banyak, sehingga kita tidak mahu bersyukur mahupun menyedarinya. Apabila terlalu lama berada dalam kesenangan, kita mulai lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Untuk menyedarkan kita, Allah memberi halangan dan ujian agar kita sentiasa mengingati-Nya. Oleh itu, apabila menghadapi sebarang masalah, kembalilah kepada Allah. Setiap masalah itu datangnya daripada Allah dan solusinya juga ada pada Allah. Jadi, jangan rasa berat untuk mohon pada Allah agar diberi kemudahan. Kalau bukan dengan Allah, dengan siapa lagi kita mahu meluah rasa bukan?” (Ustaz A…)
Konklusinya, bila ada masalah rajin-rajinkan diri untuk “jumpa” Allah. Mengadu kat Allah. Panjatkan doa agar diberi kemudahan dan ketenangan serta keteguhan pendirian dalam apa jua keputusan yang kita lakukan. Bila diri sedang menghadapi ujian, jangan gentar, jangan sedih, tapi katakana pada diri, “Aku kuat, aku mampu menghadapi ujian ini kerana Allah tidak akan membebankan hamba-Nya.” 

Akhir sekali setiap kesulitan ada kemudahan. Semoga ada pengajarannya.
Happy reading dear readers.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...