Wednesday 20 March 2013

Imamade Arigatou.

Baru-baru ni aku ada dengar lagu CNBlue yang bertajuk "Arigatou" atau dalam bahasa Koreanya "Gomawoyo". Walaupun aku tidaklah pakar dalam bahasa Jepun ataupun Korea, aku tetap suka dengan lagu ni. Thanks to miss Google, dapatlah juga aku faham lagu ni. Bagi akulah, lagu ni aku akan tujukan buat bonda tercinta.

You tell me, You tell me looking at me
I'm thankful for that one word of yours
Even if you don't express that you love, I can feel it
I am just thankful for this love

Hah, ini adalah antara maksud lagu tu. Kebiasannya ibu ataupun ayah tidak akan mengekspresikan rasa cinta mereka apabila berhadapan dengan anak-anak mereka. Namun, pasti anak-anak dapat merasa 'aura' cinta ibu dan ayah mereka. Oleh itu, berterima kasihlah kerana anda mendapat kasih sayang dan cinta daripada kedua orang tua. Kalau susah sangat nak cakap "Mama, I love U", ungkapkanlah dengan perbuatan. Macam mana? Hah, lepas ni cuba keluar dari bilik dan carilah ibu. Bila nampak ibu, pegang tangan ibu dan salam. Jangan lupa kucup dahi ibu. Senang cerita, peluk ibu. Cukuplah dengan itu, gerenti ibu anda pasti turut merasakan 'getaran' cinta anda.

Lepas ni, jangan segan-segan nak dakap ibu tersayang. Masa kita kecik-kecik dulu, kita pun suka dipeluk. Apa salahnya kali ini, kita buat benda yang sama kat mak dan ayah.

*p/s: Ekspresikan rasa cinta anda.


Thursday 7 March 2013

Friday Morning


Ok, sebut tentang pagi jumaat. Hah ada benda yang kita boleh kongsikan bersama. Pertama sekali hari ini adalah penghulu segala hari. Bagi kaum muslim, hari ini adalah hari cuti. 

Kedua adalah amalan yang disarankan kepada kita untuk diamalkan. Antaranya adalah membaca surah Al-Kahfi, memperbanyak selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (Allahumma solli ala Muhammad), banyak bersedekah, banyakkan buat amal kebajikan. Bagi kaum Adam pula, sudah semestinya perlu membersihkan diri, memakai wangian untuk menunaikan solat jumaat. 

Direkodkan oleh Imam Ahmad dan Tabrani bahawa nabi SAW pernah bersabda, "Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, lalu memakai wangian, lalu memakai sebaik-baik pakaian, kemudian pergi ke masjid, lalu ruku' sesuai dengan kemampuannya, tidak menyakiti orang lain, lalu diam mendengarkan hingga waktu solat, maka itu penebus dosa-dosanya antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya."
Masih banyak lagi hadis yang menyatakan tentang keutamaan Jumaat dan ini membuktikan betapa special edition nya hari ini. Oleh itu, jangan biarkan Jumaat ini berlalu dengan sia-sia. Esok atau lusa kita mungkin belum tentu lagi berpeluang untuk hidup buat kesekian kalinya. 

~Hargailah Jumaat ini.



Duniaku berwarna kElAbU

"Kenapa suka warna kelabu?" "Entahlah. Kata orang, warna kelabu untuk orang yang aktif bercakap. Tapi aku berpendapat, aku mahu menjadi orang yang cool selalu. Bukannya orang yang selalu berubah angin. Cuba tengok awan mendung tu, nyaman bukan? Aku pun berharap agar kehadiranku boleh membuatkan orang lain berasa nyaman. Lagi satu, bukankah warna kelabu itu unik? Jarang orang menggemari warna ini. Sebab itu aku pilih warna ini."

Pilihlah mana-mana warna dalam hidup ini kerana ia adalah pilihan. Sama ada sebiru warna langit, sedamai hijaunya daun, seceria kuning pisang, segarang merah menyala dan sebagainya kerana ia adalah pilihan diri sendiri. Begitu juga dengan kehidupan kita, sejak jiwa kita disempurnakan Allah telah mengilhamkan dua jalan iaitu jalan ketaqwaan dan jalan kejahatan. Kita dilahirkan dalam keadaan yang putih bersih daripada sebarang titik dosa hitam dan kitalah yang menentukan warna serta corak hati kita. Sama ada indah dengan ke'putih'an amal ataupun buruk dengan ke'hitam'an dosa. 

Paling penting, biarlah keputusan itu menuju ke arah yang tenang dan baik. Pilihlah jalan keTaqwaan, jalan yang hanya mengharap pada belas kasihan dan rahmat daripada Allah SWT kerana tiada siapa yang mampu membantu kita pada hari perhitungan kelak. You are standing own your own feet while no one wish to help you. Sebelum itu terjadi, tolonglah diri sendiri dengan menyediakan bekalan di dunia. 

~Perbanyakkanlah amalan selagi kita masih diberi peluang untuk menghirup udara di dunia ini.


Kuatkan jiwamu




Ehm, rata-rata orang zaman sekarang semakin lama semakin lemah. Bukannya lemah tenaga fizikal tetapi lemah jiwa? Maksudnya? Ya lah, bila berdepan dengan masalah mulalah 'melatah' tidak tentu pasal. Salahkan dirilah, salahkan orang lainlah, silap haribulan salahkan Allah (Nauzubillah). 

Sepatutnya, apabila kita berdepan dengan masalah perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan berjumpa kepada Penyelesai Masalah. Siapa lagi kalau bukan Allah. Bukankah setiap perkara yang berlaku itu disebabkan Allah mengizinkannya untuk terjadi?

Teringat pula tulisan seorang sahabiah yang berbunyi, 
"Seringkali kita berdoa, 'Ya Allah, berikanlah aku kekuatan!'. Ingat, ketika mana kita berdoa untuk diberi kekuatan dalam hidup, itu bermakna kita bersedia untuk menerima ujian. Bagaimana diraih sebuah kekuatan andai tiada ujian sebagai halangan? Kerana dengan adanya ujian, maka tingkat keimanan terhadap Allah juga akan bertambah. Oleh itu, jangan mempertikaikan ujian itu apabila kita sedang berhadapan dengannya jauh sama sekali untuk mengeluh kerana kita sendiri yang memintanya. Ingatlah, meski sejauh manapun kita berlari, jika Allah mengatakan 'Kun Fayakun', benda itu tetap akan terjadi juga. Memang benarlah setiap perkara yang terjadi itu dengan 'KUN FAYAKUN-Nya! Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepada-Nya: Jadilah, maka terjadilah ia, (36:82)".
Oleh itu, dalam apa-apa hal kuatkanlah jiwa dan bukan hanya fizikal. Lemah fizikal boleh diatasi, namun lemah iman akan turut menjejaskan keadaan fizikal. Untuk kuat kedua-duanya, 'dating' lah dengan Allah selalu. Gerenti anda akan kuat. 

*p/s: Jika anda boleh berjaga malam kerana mahu melihat perlawanan bola sepak dan drama, kenapa anda tidak sudi membuka mata seketika dan pergi ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Buat apa? Untuk bertahajudlah. 

~Bertahajud cintalah dengan Allah~

Jangan hanya tahu untuk berbicara

"Kau apa tahu? Bukannya kau berada di dalam posisi aku sekarang." Wah, niat untuk menyenangkan hatinya terus terbantut dan mati di tengah jalan. Perkenalan yang singkat mungkin menjadi faktor, namun sebagai seorang teman aku cuba menyedapkan hatinya (aku paling pantang nampak orang seedih depan mata, gerenti turut nangis).

Alih-alih dah kena marah. Tak kah payah tu? Namun, bila difikir semula tindakan yang patut diambil pada saat dan ketika itu adalah duduk disebelahnya, pegang bahunya dan hanya duduk diam. Tunggu sehingga keadaan tenang dan buatlah perbualan bukannya main terjah.

Teringat pula surah As-Saff, Allah menasihati kita agar jangan hanya tahu berbicara jika kita tidak melakukannya. Disaat kita mahu memujuk seseorang, pasti akan keluar segala nasihat dan janji manis. Sekiranya kata-kata itu terbukti benar, tidak mengapa. Sekiranya janji-janji itu ditunaikan juga tidak mengapa. Namun ini, kita kerap kali hanya tahu menanam tebu di tepi bibir. Hanya manis berbicara namun hakikatnya kosong.

Pengajarannya, jangan hanya tahu berkata-kata tetapi kosong ibarat tin yang hanya berbunyi kuat namun langsung hanya kosong. Ataupun ibarat burung kakak tua yang hanya tahu mengajuk bicara orang lain.


Just for fun

Saat kebosanan melanda tiba, pasti laman youtube menjadi pilihan. Jenguk punya jenguk terlihat satu video. Ia disampaikan dengan santai namun penuh dengan isi yang mantap.

Kisahnya begini, sekumpulan pelajar berbual sambil bergelak ketawa (dalam keadaan terkawal dan bukannya berlebihan @ terbahak-bahak). Tiba-tiba, datang seorang lagi dengan hasrat untuk menghentikan mereka daripada ketawa. Akhirnya, kita dituntut untuk bergembira dan ketawa tapi bukanlah ke tahap yang melampau sehingga leka. buktinya lihat di dalam Surah Yunus ayat 58. Nabi Muhammad SAW pun turut bergembira (hanya tersenyum). Buktinya? Hah, kita dianjurkan membaca doa pagi dan petang agar kita dijauhkan daripada perasaaan sedih.

Konklusinya, tidak kiralah tika susah dan senang, usahakanlah agar diri sentiasa tersenyum. Ingat, Allah sentiasa bersama kita dan dengan mengingati Allah hati akan tenang (Ar-Rad). Jika mahu lebih tahu tentang kandungan video tersebut, cuba tekan "Jangan Ketawa! Tahan! - YouTube". Hanya di youtube.

Selamat menonton.


Belajarlah

Mengapa harus belajar? Dari siapa kita harus belajar? Kita perlu belajar agar kita menjadi orang yang berilmu. Kita boleh belajar dari siapa sahaja dan guru yang paling agung adalah Allah. Dipendekkan cerita, didikan Allah itu teramat istimewa. Mengapa pula? Hah, Allah akan mengajar hamba-Nya dengan pelbagai cara. Kadangkala secara terus dan kadangkala secara tidak langsung.

Contohnya, anak yang derhaka akan dihukum Allah secara terus di dunia dan sebaliknya. Kadang-kadang pula, melalui 'medium'. Siapakah medium ini? Boleh jadi orang yang berada di sekitar kita. Ehm, contohnya sang murid yang salah akan diperbetulkan kesalahannya dengan mendapat teguran daripada sang guru.

Konklusinya, setiap perkara yang terjadi pastikan kita mengambil intipati daripadanya. Yang baik jadikan contoh, yang buruk jadikan sempadan. Ingat teguran dari Allah itu teramat penting agar kita sentiasa sedar bahawa kita ini hanyalah sang hamba kepada sang Khaliq dan khalifah buat yang lain.

*p/s: menghamba pada Yang Maha Mulia adalah mulia, menghamba pada yang hina adalah nescaya akan terhina (Saidina Abu Bakar As-Siddiq)


Teknologi Syaitan

Bercuti selama seminggu memberikan aku ruang dan peluang untuk membaca buku yang dihadiahkan oleh abangku. Buku ini memang istimewa dengan bahasa yang santai dan sesuai untuk bacaan remaja dan buat mereka yang bakal mencecah usia dewasa.

Straight to the point, syaitan juga mempunyai teknologi mereka yang tersendiri khususnya untuk menyesatkan manusia. Tak percaya? Ok lah, pernah tak anda berasa ragu-ragu tentang bilangan rakaat solat yang telah diambil? Pernah tak anda terlupa tentang salah satu rukun solat? Pernah tak ragu-ragu tentang kebersihan sehingga sanggup membazirkan air dengan banyak (bukankah membazir itu amalan syaitan?). Dipendekkan cerita ia disebabkan oleh 'teknologi syaitan'.

Hah, adakah anda tertanya-tanya apakah teknologi syaitan itu? Ia adalah rasa was-was ataupun dalam bahasa Inggeris (Obsessive-Compulsive Disorder). Apabila kita mempunyai 'penyakit' ini ia bermakna kita akan berasa bimbang sampai ke tahap yang terlampau (same goes to ragu-ragu).

Untuk keterangan lanjut, silalah miliki dan baca buku yang berjudul "Offline Dengan Syaitan".
Ayuh potong talian yang menjauhkan diri daripada Rahmat Allah.

Have a nice reading.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...