Sunday 7 April 2013

Argghhhh!!! Kenapa mesti gagal?

Baru-baru ni aku sekali lagi memasuki perkarangan sekolah. Untuk apa? Ambil keputusan exam lah. Beberapa minggu yang lalu, aku rasa jantung aku hampir meletup. Dok asyik fikir, bagaimanalah keputusan aku nanti. Bila dah tiba masanya, aku rasa 'seram' pula. Ya lah, mana kita tahu keputusan kita macam mana. Lepas satu tempoh tu, dapat juga aku ambil keputusan. Praise to Allah, everything is good. Bagi aku, keputusan tu dah kira ok lah. lepas tu, satu trend yang wujud kat dalam diri ex-student ni satu benda sahaja iaitu sibuk mahu tahu keputusan member-member. Mulalah mengayat habis semata-mata mahu membandingkan keputusan yang ada.

Satu peristiwa yang sering terjadi adalah, ramai member yang akan mengeluh kerana gagal mencapai target yang diingini. Aku teringat perbualan aku dengan member aku:
"Aku tahu yang aku bakal dan memang gagal, tapi aku tidak tahu yang aku akan gagal sampai macam ni sekali. Aku bukan apa, aku tidak sanggup tengok mama aku kecewa. Aku sudah banyak kali gagal, ni kali terakhir untuk aku banggakan mama aku dengan kejayaan aku."
Ok kawan, ni jawapan aku:
"Kawan, kegagalan hari ni tidak bermakna kita akan gagal pada masa depan. Boleh jadi kejayaan kau bukan kat dalam bidang akademik. Mana tahu kejayaan kau Allah letak kat bidang kerjaya yang kau ceburi sekarang. Bila kau sudah berjaya kat bidang kerja kau, kau boleh cuba lagi. Jangan menyerah kalah. Ingat, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum tu kalau mereka tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka. Kalau kita dok asyik merungut, mengeluh dan sebagainya tapi masih tidak mencuba untuk mengubah keadaan diri, jangan harap kejayaan akan datang bergolek."

~Kita semua dicipta untuk menjadi pemimpin kat muka bumi ni. Bukannya gunung, bukannya langit, bukannya haiwan dan yang sama waktu dengannya. Sebagai pemimpin kita seharusnya mempunyai semangat jitu yang kuat. Kau jatuh tersembam, sepatutnya kau cuba sehingga kau kembali bangkit berdiri. Sampai bila kau mahu terbaring dengan lemah dan berharap agar ada insan yang sudi menghulurkan tangan untuk bantu kau berdiri? Kalau ada, tidak apa juga. Macam mana kalau tidak ada?

Jangan ungkapkan, "Ah, aku gagal lagi." tapi ungkapkanlah "Esok atau lusa, jika diizinkan Allah aku pasti akan berjaya."

~ Jangan pernah menyerah kalah kawan sebelum kau temui kejayaan atau sebelum kau memulakan langkah untuk berjaya.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...