Friday 6 June 2014

Sudah Bertunang….




Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers dalam keadaan yang sihat belaka. Hmm, kali ni aku kurang idea. Sekadar meng”update” agar blog aku ni tetap ada isi walaupun hanya sepatah kata. Ok lah, post kali ni dicetuskan oleh ceramah Ustaz Mohd. Kazim Elias. Dalam ceramah tu, satu perkataan ni bagi aku idea (sekadar synopsis ceramah sebenarnya) iaitu, “Kita semua sebenarnya dah lama bertunang. Nak tahu kita dah bertunang dengan siapa? Dengan kematian.” “Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului ajalnya dan tidak (pula) dapat melewatkan(nya). (Surah Al-Hijr: 5). Hmm, bila sebut pasal tunang ni, apa yang kita terfikir dan apa yang akan berlaku selepas itu? selepas tunang, mestilah ada akad nikah, sanding & kenduri makan. Hah, macam tu juga lah dengan kita apabila maut datang menjelang. So tunggu apa lagi, jom scroll down.

Hmm, tunang. Apa yang terdetik di ruangan minda readers? Bagi aku, bila dah tunang ni, orang akan mempersiapkan diri. Kalau boleh berminggu-minggu, berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun sebelum itu. Siapkan kad undangan, tentukan tema perkahwinan, majlis resepsi dan sebagainya. Apa yang kita boleh jadikan teladan adalah, kita perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik kematian. Hidup memang sekali, tapi mati pun sekali juga readers. Sekurang-kurangnya kita masih mampu untuk memperbaiki diri, bertaubat dan beramal sebanyak mana yang kita mahu dan mampu sementara kita masih hidup. Tapi, bila mana ajal itu sudah mengetuk pintu kehidupan, segala pintu taubat dan amal akan tertutup. Takkan ada apa yang mampu kita lakukan setelah kita mati. Allah dah nyatakan dalam firmannya yang bermaksud, “Setiap yang bernyawa akan merasai mati… “ (Surah Ali-Imran: 185). “Bagi setiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat mempercepatkannya.” (Surah Yunus: 49) See, tiada siapa yang mampu melawan kematian, suka ataupun tidak kita pasti akan mati. Sebab itulah, kita perlu bersedia (banyakkan taubat dan amal), untuk menikmati kesenangan di alam Barzakh dan Hari Perhitungan.

Ok, bila dah tunang, pasti akan ada hari perkahwinan. Sebelum sah bergelar suami isteri, perlu melalui proses akad nikah kan? Dalam proses ni, Ustaz ada memberi perumpamaan (lebih kuranglah) iaitu, “Kita akan dikahwinkan dengan kematian, ber’Qadi’ kan malaikat Maut (Malaikat Izrail). Kadangkala, ada pengantin lelaki yang tergagap-gagap dan perlu mengulang beberapa kali, ada juga yang mampu menuturkan lafaz nikah (Aku terima nikahnya si fulan binti si fulan dengan mas kahwin …… tunai.) dengan sekali sebut sahaja, lancar. Begitu juga ketika kita  berada di ambang maut. Amal yang baik dan banyak, mampu membantu kita mengucap dengan lancar ketika “berjumpa” dengan malaikat Izrail. Amal yang buruk dan kurang pula, membuatkan kita tidak mampu mengucap (Na’uzubillah min dzalik). Sedia kah kita?
Ustaz menyambung lagi, “Kita akan bersanding di kubur.” Biasalah, bila ada majlis perkahwinan, pasti ada tetamu. Tetamu yang hadir terdiri daripada sanak saudara dan para sahabat handai. Setiap tetamu yang hadir pula, akan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kedua pasangan pengantin. Begitu dengan keadaan yang akan kita lalui pada hari kematian. Diiringi oleh sanak  saudara dan sahabat handai ke tanah perkuburan, bukan dengan senyuman dan tawa tetapi dengan tangisan hiba. Mendoakan kita untuk mudah menjawab soalan malaikat Munkar dan Nakir. Soalan yang tinyakan mudah, tetapi akan menjadi sukar untuk dijawab kalau kita tidak bersedia dari sekarang.

Akhir sekali, majlis kenduri. Memang tidak sah rasanya satu majlis perkahwinan tanpa ada jamuan makan. Begitu juga dengan kita (semasa kematian). Yang makan bukannya sanak saudara ataupun sahabat handai, tetapi yang lain iaitu ular, cacing dan segala macam makhluk Allah yang mendiami tanah perkuburan. Daging yang ada, pasti akan lenyap ditelan bumi. Ditelan dan dicerna. Begitulah pengakhiran seoramg manusia di muka bumi. Yang dahulunya bertenaga, muda dan bersemangat, akhirnya akan tewas juga di saat sakaratul maut datang menjemput. Tanya pada diri, “Sudahkah aku bersedia dengan kematian? Masihkah aku berpeluang untuk nmelihat dunia pada esok hari? Cukup sudahkah amal yang aku lakukan?” Tanyalah sebelum terlambat. Bersedialah sebelum maut datang menjemput. Bagi mereka yang beriman, pasti kematian itu akan menggembirakan hati mereka, bagi yang kufur kepada Allah, kematian itu akan menjadi peristiwa yang menakutkan.

Dengan ini, aku akhiri post kali ini dengan kata, “Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri yang penuh kekurangan.” Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Selamat menghitung diri.

"Bodoh"kah Aku???




Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers sekalian dalam keadaan yang sihat belaka. Jangan hairan dengan tajuk di atas. Tujuan aku bagi tajuk macam tu, pada kali ni adalah untuk mengajak aku dan readers sama-sama muhasabah diri. Kalau post-post yang sebelumnya bertemakan motivasi, kali ini aku bawakan tema refleksi. Kadang-kadang, kita kena ajak & ajar diri untuk ber”sedih”, agar hati kita ni menjadi lebih lembut (mudah terima nasihat & teguran serta buah fikiran orang lain. Bukannya ikut kepala kita sahaja). Ok, kenapa aku bagi tajuk di atas? Adakah benar kita seorang yang “bodoh” ataupun seorang yang “celik”? Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut dan untuk menentukan kita dalam kategori yang mana satu, jom scroll down.

Seperti biasa, aku harap readers mendapat input yang berguna. Hmm, first and foremost, aku ada satu soalan yang readers perlu jawab. Soalannya adalah, pernahkah readers meluangkan masa (bukan sekadar saat tetapi satu tempoh masa yang agak panjang sedikit, minit ataupun jam) untuk menghitung diri [boleh jadi setiap hari, minggu, bulan ataupun setahun sekali]? Contohnya, tanya kat diri sendiri “Hari ni aku ada buat salah dengan siapa-siapakah? Hari ni aku buat amalan lebih banyak ataupun kurang dari semalam? Hari ni, aku masih sama ataupun lebih teruk dari semalam?” Dan soalan yang sama waktu dengannya. Jika ada, tahniah! Kepada yang tiada, aku sarankan, cuba latih diri untuk buat & jawab questionnaire tersebut.

http://bitsofwisdom.org/wp-content/uploads/2011/06/imagespencils.jpgOk, point yang pertama, adakah readers melihat perkara yang berlaku di sekeliling readers? Adakah readers pernah cuba mengambil pengajaran daripada perkara yang berlaku? Sebagai contoh, peristiwa Tsunami yang pernah berlaku pada beberapa tahun yang lalu. Adakah kita mengambil iktibar daripada peristiwa itu ataupun kita buat endah tak endah sahaja? Apa yang aku mahu sampaikan di sini adalah, begitu banyak pengajaran yang sebenarnya boleh kita dapat dan adaptasikan dalam hidup. Allah pun dah berfirman tentang kepentingan mengambil pengajaran iaitu, “Katakanlah: ‘Apakah sama orang yang mengetahui dan tidak mengetahui?’ Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran. (Az-Zumar: 9) Bahkan pada setiap saat, kalau kita rajin memerhati dan cuba memahami, pasti akan ada sahaja yang boleh dijadikan iktibar (yang penting gunakan daya imaginasi dan kreativiti serta mengubah perspektif anda). Rumput lalang yang sering dipijak dan asap pun boleh menjadi “guru” kepada kita. Hah, tak percaya? Hmm, sebagai contoh, pengajaran yang kita boleh dapat daripada rumput adalah, kita akan cuba mendidik diri untuk sentiasa merendah diri. Perasan ataupun tidak, rumput tidak akan mampu tumbuh tinggi, seperti pokok-pokok yang lain. Macam tu juga lah kita patut buat, rendahkan diri, be humble (especially dengan Allah) tapi jangan sampai kepala dan maruah kita dipijak. Rumput juga boleh mengajar kita satu perkara lagi, iaitu berbakti walaupun tidak disedari oleh orang lain. Cuba readers bandingkan tanah yang mempunyai rumput dan yang tidak ditumbuhi rumput. Tanah yang berumput, mampu menahan tanah daripada terhakis. Berbeza pula dengan tanah yang gondol, kena hujan sedikit, dah jadi tanah runtuh. Asap pula, boleh mengajar kita untuk berani ber-impian ataupun mempunyai cita-cita yang tinggi. Aku teringat pesanan examiner aku. Dia kata, “Kamu kena berani aim lebih tinggi daripada apa yang kamu expect (jangkakan). Sebab, walaupun kamu tidak mendapat apa yang kamu “target”, tetapi sekurang-kurangnya kamu akan mendapat lebih daripada expectation kamu. Bukankah itu lebih baik?” Tidak salah mempunyai cita-cita, yang penting kita berusaha untuk menjadikannya satu reality. Hmm, asap juga mengajar kita supaya tidak menjadi seorang yang tinggi diri. Cuba perhatikan asap, kerjanya menggapai awan sahaja, sehinggakan, hujan asid pun terbentuk. See, kalau kita sudi membuka mata dan minda, gerenti banyak benda boleh menjadi “guru” yang terbaik untuk kita. “Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak memperguna akalnya. Katakanlah:’Perhatikanlah (pelajarilah) apa yang ada di langit dan di bumi! Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Yunus ayat 100-101).

Ok. Point yang kedua adalah, kita telah mendapat banyak nikmat dan banyak rahmat Allah, tetapi tidak reti (jarang) untuk bersyukur. Hah, antara nikmat yang diberikan kepada kita adalah oksigen (secara percuma, tak payah bayar). Sempurna anggota badan, (ada dua pasang mata & telinga, ada hidung untuk menghidu, ada mulut & lidah untuk berbicara, ada otak untuk berfikir, ada sepasang tangan & kaki) tanpa ada cacat cela. Allah berikan tumbuh-tumbuhan, “Dan Kami menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. Dan Kami menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup dan (Kami ciptakan pula) makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya. (Al-Hijr: 19 - 20), hidupan daratan dan lautan sebagai sumber makanan dan sebagai sumber rezeki. Cuba perhatikan firman Allah yang bermaksud, “Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) dari-Nya. Sesungguhnya, dalam hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.” (Al-Jatsiyah: 13).  Siang untuk bekerja dan malam untuk berehat, “Dan adalah kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirehat pada malam hari dan agar kamu mencari sebahagian kurniaan-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya (Al-Qasas: 73). Banyak lagi sebenarnya nikmat dan rahmat Allah ni, readers cuba fikir sendirilah ya. Hmm, rasanya masih ramai insan yang belum menunjukkan kesyukuran mereka kepada Allah. Buktinya? Masih wujud sekelompok manusia yang liat untuk beribadah. Berat lidah untuk berzikir dan masih malas untuk memperbanyakkan amal. Jom tanya pada diri, “Adakah aku tergolong dalam kelompok yang bersyukur terhadap nikmat dan rahmat Allah?”

Last of all, terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang diabaikan. Tanggungjawab yang aku maksudkan di sini adalah dua bentuk amanah yang terbesar dalam hidup seseorang. Amanah itu adalah untuk menjadi seorang pemimpin, yang ni kita boleh rujuk dalam surah yang bermaksud, “ ’Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Mengapa Kamu hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Kamu dan menyucikan Kamu?’ Tuhan berfirman” ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.’ “ (Al-Baqarah: 30). Hmm, sebut pasal pemimpin ni, ada tertentu yang perlu kita lalui (lebih kuranglah). Sebelum kita menjadi pemimpin dunia, negara, negeri, daerah, kampung dan keluarga, kita perlu menjadi pemimpin kepada diri kita dahulu. Bagaimana? Caranya mudah tetapi sukar, iaitu jadikan akal sebagai ketua dan bukannya nafsu yang menjadi “raja” kepada diri. Dengan mengawal nafsu, dapatlah kita menjadi pemimpin yang berkualiti kepada diri dan yang lain. Tanggungjawab yang kedua adalah untuk menjadi seorang dai’e. “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Merela itulah yang beruntung.” (surah Ali-Imran: 104). Hmm, tugas untuk menjadi seorang dai’e ini bukannya mudah, tetapi apabila kita melakukannya secara berkelompok, insya Allah akan dipermudahkan. Yang pastinya, janji dan pertolongan Allah itu sentiasa ada dan dekat buat hamba-Nya yang bersabar & bertaqwa. Jom, tingkatkan usaha untuk menjadi seorang hamba Allah yang bertanggungjawab.

Akhir kata, “bodoh” kah kita ataupun “celik” kah kita dalam hidup seharian? Readers buat judgement sendiri. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. See u at the upcoming post. Happy reading readers.
리릭 서리아니 사리 벙아 사이넏딘

Lessons from the scientist




Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers sekalian dalam keadaan yang sihat belaka. Alhamdulillah kali ni, aku berpeluang untuk membuat post terbaru. Harap-harap update kali ini akan memberi manfaat yang berguna buat readers sekalian. Hmm, aku nak tanya readers sekalian. Readers pernah tengok apa-apa program dokumentari? Aku rasa memang pernah. Dokumentari berkisarkan binatang, flora dan sebagainya. Hah, kebiasaannya siapa yang terlibat dalam pembikinan sesebuah dokumentari ni? Apa dia? Scientist? You are correct. Macam yang readers dah baca pada tajuk di atas, update aku kali ini adalah untuk mengaitkan beberapa pengajaran yang boleh diperolehi daripada seorang saintis. Yes, maybe some of them are atheist, tapi ambil yang jernih dan buang yang keruh. Sememangnya ada pengajaran ke atas setiap perkara yang berlaku sama ada ia positif ataupun negative. So, jom hayati perenggan yang seterusnya.

Apa yang aku mahu utarakan di sini adalah tentang pengajaran yang kita boleh dapati daripada sesetengah saintis ni. Ok, straight to the point. The first lesson is about their eagerness to fulfill their curiosity. Maksud aku adalah, kita boleh mencontohi sifat mereka ini dengan menunjukkan enthusiasm dalam sesi pembelajaran, terutamanya ketika sedang mempelajari ataupun mendalami Al-Quran, Hadis, Sirah dan sebagainya untuk menyahut seruan Allah. “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu.” (Al-A’laq: 1). Hah, cuba tengok dokumentari tentang seorang saintis yang mengkaji tentang hidupan liar. Seorang yang mengkhususkan kajian dalam bidang reptilia misalnya. Dikhususkan lagi kepada spesies tertentu seperti buaya. Hah, dalam kes ini apabila mereka sedang membuat kajian, kita sudah sedia maklum bahawa mereka akan mendapatkan seberapa banyak data yang boleh. Bukan sekadar ukuran badan, berapa batang gigi yang dia ada, jantina apa, dan sebagainya. So, kita seharusnya juga menjadi seperti itu apabila semasa proses menimba ilmu. Ingat ya readers, ilmu Allah ini tidak akan pernah mampu dihitung ataupun disebut oleh manusia, selak sahaja Al-Quran, gerenti banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Buktinya Allah ada berfirman, “Katakanlah (Muhammad): ‘Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimah-kalimah Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).’ “ (Surah Al-Kahf: 109). Al-Quran itu ibarat isi penting sesebuah karangan, manakala hadis itu pula huraian tentang isi penting tadi. Sirah pula sebagai contoh untuk menjelaskan lagi huraian tadi. So, jadilah seorang yang zest dalam mencari ilmu. Bukankah mencari ilmu itu wajib bagi seorang muslim?

The second lesson is about how they applied their knowledge in their work field. Ehm, apa yang kita boleh contohi di sini ialah ilmu yang kita telah dan sedang perolehi itu perlu dipraktikkan secepat dan sebanyak yang boleh agar kita tidak lupa akan ilmu itu di masa hadapan. Maksud aku, ilmu yang kita ada itu tidak seharusnya menjadi beban tetapi membantu kita meringankan beban orang lain. Tidak faham? Hah, readers ingat tentang sebuah hadis yang bermaksud, "Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim)." Kebiasaannya orang yang berilmu ini, merasa terbeban dengan ilmu yang ada. Tekanan sangat apabila terlalu banyak prosedur yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Tapi, apabila seseorang itu bijak menggunakan ilmu yang ada itu dalam hidup seharian, gerenti seseorang itu tidak akan  tertekan lagi. Lagipun, apabila kita mengaitkan ilmu yang kita ada itu dengan Allah dan Islam, lebih baik. Maksud aku, selain daripada mendidik kita menjadi hamba yang bersyukur, tapi juga boleh mengajak orang lain untuk turut menjadi hamba yang rendah diri khususnya terhadap Allah SWT. Hah, tidak mustahil sebenarnya untuk mengaitkan setiap perkara yang kita pelajari itu dengan  Allah dan Islam. Sebagai contoh, kita gagal dalam sesi temu duga. Kalau kita seorang yang pesimis, memanglah kita akan beranggapan, “Ah! Gagal lagi. Kenapalah malang sangat nasib aku ni. Bla bla bla bla…..” Tapi, kalau kita cuba mengaitkan setiap perkara yang berlaku itu dengan kebesaran Allah dan Islam, gerenti kita akan menjadi orang yang optimis dan mungkin akan berfikiran seperti ini, “Alhamdulillah. Allah uji aku. Tak apa, mungkin ini bukan rezeki. Allah ada rancangan yang lebih baik untuk daripada ini.” Ataupun apabila kita sedang belajar Sains, kita akan dapat memahami ataupun mampu menyangkal sesetengah teori yang bertentangan dengan Islam. Contohnya, tentang proses kejadian manusia yang terdapat dalam Sains. Sains mengartakan manusia mula terbentuk apabila sperma bercampur dengan ovum, manakala, AL-Quran pula lebih terperinci. “Maka hendaklah manusia itu memikirkan dari apa dia dicipta. Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar.” (At-Tariq: 5 – 6).Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.” (Al-Alaq: ayat 2). Bila kita mengaitkan dengan Allah, pasti bertambah keimanan di hati. Thus, latih-latihlah diri untuk cuba mengaitkan setiap perkara yang berlaku itu dengan Allah dan Islam.

Last but not least, adalah how they tried so hard to extensive their project. Cuba tengok segelintir saintis yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan sesuatu kajian yang dikendalikan mereka. Sebagai contoh, orang yang terlibat dalam kajian hidupan marin. Mereka pasti akan bersungguh-sungguh menyelamatkan hidupan yang mereka kaji. Sebagai contoh, apa langkah yang terbaik untuk menyelamatkan sesetengah spesies penguin yang semakin berkurangan.  Hmm, apa yang kita boleh belajar kat sini adalah, kita perlu bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan sesuatu tugas dan amanah yang diberikan kepada kita khususnya dalam menyampaikan dakwah [Aduh! Terasa]. ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Mengapa Kamu hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Kamu dan menyucikan Kamu?’ Tuhan berfirman” ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.’ “ (Al-Baqarah: 30). Ayat di atas menunjukkan tentang amanah yang perlu digalas oleh setiap umat manusia, yang mana umat manusia adalah pemimpin di muka bumi ini. Dan Allah telah menjelaskan tentang tuntutan berdakwah di dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud, “Kamulah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah…”. “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya…” (At-Taubah: 71). Hah, ada banyak ganjaran yang telah Allah janjikan buat mereka yang bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah Islam ni. “…. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Bijaksana, lagi Maha Perkasa. Allah menjanjikan kepada orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di Syurga ‘Adn….” (Surah At-Taubah: 71 - 72). So, tunggu apa lagi, jom sama-sama tingkatkan usaha untuk mengejar ganjaran Allah.

Kesimpulannya, apa yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Apa yang salah, maafkanlah. See you again at the upcoming post. Happy reading readers.
리릭 서리아니 사리 벙아 사이넏딘



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...