Tuesday 16 April 2013

Abang Aku Cakap...

Sepanjang perjalanan yang berjam-jam tu aku dapat banyak pengajaran dari abang aku. Antara apa yang aku dapat:
 “Kalau kau mahu berjaya, kau kena buat satu benda ni. Kau kena cakap dengan diri kau yang esok kau tidak akan hidup lagi. Cuba kau bayangkan kalau dalam seminggu lagi kau akan meninggal, sudah semestinya kau akan cuba hidup dengan sebaik mungkin dalam tempoh tersebut. Kau akan buat benda ataupun perkara yang kau suka kan? Hah, begitu juga dengan kehidupan kau, kejayaan kau dan kerjaya kau. Bila kau tahu kau akan mati hari esok, sudah semestinya kau akan buat yang terbaik dalam apa jua perkara yang sedang kau buat. Sebagai contoh, kau tahu yang kau akan mati esok, mesti kau cakap dengan diri kau, ‘Aku tidak akan dapat lagi benda ni esok, jadi aku kena buat yang terbaik.’ Begitulah yang seterusnya dalam apa juga yang kau sedang usahakan. Insya Allah, dalam apa juga urusan kau, semuanya akan jadi yang terbaik. Bila hari ni, tugas kau yang terbaik, kau kena pastikan tugas kau yang seterusnya adalah lebih baik daripada hari ni. Kalau aku dulu, semua peluang yang ada di depan mata, aku akan rebut dengan segera. Alhamdulillah, sekarang ni aku kira berjayalah. Aku boleh dapat rezeki di mana-mana dengan kemahiran dan kelayakan yang aku ada.”
“Dalam bab kahwin pula, kau kena jadi orang yang matang.” “Maksud?” “Maksudnya, orang
yang matang apabila berkahwin ni adalah orang yang dapat menimbang segala hal, sama ada patut ataupun tidak sesuatu perkara tu. Contohnya, sebagai seorang suami, suami tu lah yang patut menanggung isteri dan anak-anaknya. Bukan ibu dan ayah si isteri. Suamilah yang patut menjaga isi rumahnya, bukan pihak ketiga (mak ayah kedua-dua pihak). Di sinilah kita dapat menilai sama ada pasangan suami isteri tu matang ataupun tidak. Dari segi tanggungjawab. Siapakah yang menyara keluarga itu? Pasangan yang matang adalah pasangan yang tidak membebankan mana-mana pihak dan mampu berdiri dengan sendiri. Tidak kisahlah sama ada dari segi perbelanjaan, kediaman, makanan, tempat tinggal ataupun pakaian sendiri.”
“Kalau bab jodoh pula. Kita tidak tahu sama ada kita akan bertemu dengan pasangan masing-masing ataupun tidak, tetapi kita seharusnya mencuba untuk mencari pasangan yang melengkapi kita ataupun yang kehilangan kita sebagai pasangannya. Kau tidak tahu sama ada pasangan yang kau ada sekarang adalah tulang rusuk kiri kau yang hilang ataupun tidak. Pasangan suami isteri tu pun belum tentu lagi adalah dari tulang rusuk yang sama. Boleh jadi pada masa hadapan, mereka akan bercerai. Kau kena ingat, jodoh ni di tangan Allah. Kau tidak boleh main-main, sebab tu lah kau kena selalu rujuk dengan Allah. Solat sunat istikharah, doa kat Allah agar diberi petunjuk. Jodoh takkan datang bergolek kat kau, kalau kau tidak berusaha.”
“Last sekali, kau usahalah agar menjadi anak yang baik. Kau adalah tunggak keluarga, kau kena usaha semaksima yang boleh agar kau dapat berjaya. Kau bukannya tidak tahu yang mak dengan bapa kau macam mana. Kedua-duanya sudah tua, kalau bukan kau, siapa lagi yang akan menyara keduanya? Kau kena balas jasa keduanya selagi kau mampu.”
Apa yang aku dapat simpulkan daripada perbualan tu adalah, kau tidak akan berjaya kalau kau tidak paksa diri untuk sampai ke target yang kau inginkan. Bila kau bijak merebut peluang, gerenti kau akan dapat banyak rezeki kat luar sana. Sama juga dengan amal ibadah, bila kita tahu yang kita akan mati sekian-sekian gerenti, kita akan berusaha semaksimum yang boleh untuk mengumpul bekalan di akhirat kelak. Memanglah kahwin tu senang (senangkah?), masalahnya selepas sahaja majlis ijab dan kabul, mampukah sang suami itu menunaikan tanggungjawab sebaik yang mungkin? Konklusinya, buat mereka yang ingin mendirikan rumah tangga, silalah matangkan diri terlebih dahulu. Ketahui tanggungjawab masing-masing. Jangan asyik mengharapkan bantuan ibu dan ayah. Kalau hati dah berkenan, utarakanlah niat dihati mahu memperisterikan si fulanah atau bersuamikan si fulan (ikut cara Siti Khadijah melamar Nabi Muhammad SAW >jangan lupa untuk berselawat<). Ingat, jodoh takkan datang bergolek, kalau tak dicari. Akhir sekali, walaupun kita ni anak yang nakal, berusahalah untuk jadi anak yang baik. Jangan kusutkan fikiran orang tua yang asyik risaukan keadaan anak-anaknya.

Ok lah, setakat itu sahaja entri kali ni. Jika ada yang terasa, aku minta maaflah (memang tu pun tujuannya). Ingatan untuk aku, renungan buat semua. Apa yang baik jadikan teladan, apa yang buruk jangan amalkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...