Tuesday 20 May 2014

Hijrah ABC



Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers semua dalam keadaan yang sihat belaka. Hah, ada tak yang hairan atau tengah berkerut-kerut dahi bila baca tajuk di atas? Post kali ni, aku tak mahu cerita panjang. Musim kering idea lah katakan. Ok, post kali ni berilhamkan huruf dari A – Z. A B C D E F G H dan seterusnya. Pelik? Sebenarnya tajuk ni tidak se-pelik mana pun. Aku teringat situasi pertemuan semula dengan sahabat tercinta aku. Uuuuh, ayat. Alhamdulillah, dia makin lama makin berubah (Maksud aku, ke arah yang lebih baik). Satu perkataan sahaja cukup untuk menggambarkan perubahan itu, “HIjrah”. Praise to Allah. Daripada imej seorang rockers, dia menjadi seorang yang lebih baik. Pakaiannya lebih bercirikan Islam. Lumrah manusia yang penuh dengan sifat curiosity, aku pun tanya, “Sejak bila?” Jawabnya mudah, “Dah lama. Tahun ni juga.” Respon aku masa tu, terkejut gembira. “Yeay. Finally, Dia changed.” Orang mana yang tidak gembira dengan perubahan seseorang yang rapat dengannya, apatah lagi apabila insan tersebut makin hampir dengan Allah. Tak begitu readers?

Hmm, apa yang aku mahu sampaikan di sini sebenarnya, mudah sahaja. Jika hati kecil itu terdetik mahupun berbisik, “Aku mahu berubah. Aku perlu berubah.” Maka, jangan ditangguh niat itu. buat cepat-cepat. Perangai “Nanti, nantilah” ini, teramat berbahaya. Silap haribulan, niat itu akan terkubur begitu sahaja. Jangan pula kita menjadi orang yang rugi, dek kerana tidak mahu segera berubah. “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan yang beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.” (Surah Al-Asr: 1- 3). Bayangkan dengan sikap suka bertangguh tu, apa impak besar yang akan kita terima? Taubat ditangguh. Ibadah ditangguh. Melunaskan hutang ditangguh. Dan, secara tiba-tiba, ajal menjemput. Apabila kita sudah meninggalkan dunia ini, amalan apa pun kita tak mampu nak buat dah. Jangan pula kita menyesal dikemudian hari.
 
Hah, apa kaitan huruf A B C dengan hijrah ? Kaitannya adalah ini. Hmm, biasanya apabila seorang dai’e (pendakwah @ penyeru) mengajak orang untuk buat baik dan tegah kejahatan, alasan yang sering diberi mad’u (orang yang diseru) adalah, “Hidayah belum ada. Nanti, nantilah. Tunggu sampai seru dulu.” “Aku kalau solat tak khusyu’. Kalau tak khusyu’, tambah berdosa pula. Lebih baik tak solat.” Seharusnya mad’u mana boleh cakap macam tu. Maksud aku, memanglah hidayah tu milik Allah, tapi takkan kita mahu goyang kaki tanpa berusaha untuk berubah? Memanglah khusyu’ itu penting, tapi kalau tak solat memanglah tak boleh nak latih diri untuk khusyu’. Tak begitu? Takkanlah kita nak Tawakal tanpa usaha? That is rubbish. Mana ada orang yang pandai membaca, mengeja, menulis dan mengira tanpa diajar dan belajar terlebih dahulu. Macam masa kita kecik-kecik dulu, mesti cikgu ada ajar & tunjuk kita kan yang mana A, yang mana satu B. macam mana cara membunyikan & tulis setiap huruf tu. Kalau kita malas belajar, memang sah lah kita tidak akan pandai. Contoh yang lain pula, mana ada jutawan yang dapat kekayaan dengan goyang kaki sahaja, melainkan dia perlu berusaha terlebih dahulu. Mana ada minuman yang sedia terhidang tanpa dibancuh terlebih dahulu. Same goes dengan hijrah, selagi kita tidak paksa diri untuk berubah, maka tiada apa yang akan berubah. Hidup akan menjadi static. Hambar tanpa ada penambahbaikan.

Tahun Baru Hijrah 1433Bila kita nak berubah pula, bukannya kita buat semuanya (perubahan secara 360 ) secara drastic. Pernah dengar istilah ni, “Step by step”? Hah, macam tu jugalah dengan hijrah. Buat satu, satu. Bagi yang muslimat, bila nak bertudung tu, cuba pakai skaf dahulu (biasakan kepala bertutup). Lepas tu, cuba bertudung di luar rumah. Lepas tu, cuba biasakan diri untuk turut bertudung dalam rumah apabila ada orang yang bukan mahram. Insya Allah, lama-kelamaan anda akan terbiasa. Tudung itu pula, (walaupun tidak labuh) sebaiknya yang menutupi bahagian dada & tidak nipis. Lagi satu, latih diri untuk pakai baju yang longgar. (Tidak padan rasanya memakai tudung tetapi masih menunjukkan bentuk tubuh). Bagi yang muslimin pula, biasakan diri untuk berseluar panjang apabila bersama dengan muslimat. Kalau pasal solat pula, yang ini pun wajib juga macam tutup aurat. Solat ni readers, tiang agama. Kalau solat pun tak buat, macam mana agama nak ditegakkan? Hmm, lagipun solatlah pemangkin kepada ibadah yang lain. Makin baik kualiti solat kita, makin baik jugalah ibadah yang lain. [Sama-sama kita perbaiki kualiti solat.] So, walaupun rasa payah, kerahlah diri untuk bangkit bagi mendirikan solat. Nafsu malas, kalau mahu dipenuhi, memang takkan pernah rasa puas. Makin malas, adalah. Yang ni, aku memang tak ada tips. Memang kena paksa diri untuk solat. Aku berani jamin, solat membawa ketenangan dalam hidup. Kalau kita tak solat tepat pada masanya ataupun meninggalkan solat secara sengaja, memang hati itu tak akan ada ketenangan. Hati gelisah adalah kerana kita tidak mahu mengingati Allah. Jangan sombong sangat readers. Nak sujud dengan Allah yang cipta diri kita sendiri pun, malas. Ingat ya readers, jangan jadi orang yang sombong. Lagi-lagilah dengan Allah yang bagi kita peluang untuk hidup di dunia ni. Allah tak suka dengan orang yang sombong. (Solat takkan terasa lamanya, apabila kita buat dengan sepenuh hati dan penuh rasa rendah diri.) 

Akhir kata, jom “Hijrah” kan diri. Readers pasti boleh. Paling penting sekali, berubahlah kerana Allah & bukannya kerana makhluk-Nya. See you for the upcoming post. Happy reading readers.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...