Thursday 4 April 2013

Jangan Sakiti Dia

Aku ada terdengar lagu kat Youtube, tajuknya "Jangan sakiti aku". Tiba-tiba mentol minda menyala untuk membuat entri ni. Aku tengok sekarang terlalu ramai anak-anak yang kurang 'sopan' terhadap orang tua mereka. Buktinya? Ramai anak-anak yang menghantar cucu ke rumah atuk dan nenek untuk menjadi pengasuh. Bukankah sepatutnya disaat usia emas, mereka yang sudah bergelar datuk dan nenek hanya patut duduk bersantai dan bergembira. Mengapa? Bukankah mereka sudah bersusah payah membesarkan anak-anak mereka, mengapa harus dikerah lagi tenaga yang sudah hampir tiada untuk membesarkan lagi cucu yang ada?

Bila ada yang tidak kena dengan anak-anak, mulalah menyalahkan orang tua. Mulalah menuding jari kat orang tua, cakap jaga cucu pun tak reti kah? Eh, come on lah. Korang tahu tak ayah dan ibu sudah letih berhempas pulas untuk korang, kenapa korang dengan mudah meletakkan beban dan tanggungjawab untuk membesarkan serta mendidik anak-anak korang kat bahu mereka yang sudah bergelar atuk dan nenek? Ingat ya, wahai insan yang sudah bergelar ayah dan ibu kat luar sana, ibu bapa adalah guru pertama ibu bapa. Korang kurang ajar dengan ibu bapa korang, anak korang pun 99% akan buat perkara yang sama kat korang.

Seram sejuk juga bila teringat akan hadis Nabi yang menyatakan bahawa:
Daripada Umar bin al-Khattab r.a (didalam hadis yang panjang), ... kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW, "Maka khabarkan kepada ku tentang hari kiamat?". Lalu Nabi SAW menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi SAW menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannnya dan engkau melihat orang berjalan dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan". (HR Muslim) .

Kita renung sejenak. Telah wujudkah keadaan di atas? Hamba telah melahirkan tuannya? Aku berpendapat keadaan itu sudah wujud. Bila fikir balik, aku berkeinginan untuk mati sebelum tibanya saat kiamat. Bahkan di saat ketibaan Dajjal pun aku tidak sanggup untuk hidup dalam zaman itu. Nauzubillah, ya Allah jauhkanlah.

~ Jom jadi AnAk YaNg BaIk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...