Thursday 22 August 2013

Refleksi atau Refleksologi?

How are u dear readers? Entri kali ini adalah untuk mengajak pembaca untuk bersama-sama merenungi masa lalu, masa kini dan juga masa hadapan. Lumrah manusia mempunyai masa silam yang kelam, lumrah manusia mempunyai kisah silam yang perlu disembunyikan, lumrah manusia mempunyai masa silam yang memilukan dan memalukan. Oleh itu, manusia mula merancang dan merancang serta merancang, sama ada untuk melarikan diri daripada masa silam yang kelam itu ataupun bergerak ke hadapan dengan lebih berjaya dan bergaya. Ya,
bagaimana masa lalu aku, anda dan mereka? Biarlah kita
sahaja yang mengetahuinya. Apa yang aku mahu sampaikan sebenarnya adalah, bagaimana kita di masa silam tidak seharusnya terus statik di situ. Andainya dahulu kita seorang yang gemar membuat maksiat (maksiat ni konsepnya luas: apabila hamba Allah melanggar perintah & larangan Allah itu adalah maksiat), maka ubahlah perangai. Usahakan diri untuk menjadi baik, walaupun bukan secara drastik (biar ada usaha). Ibarat pepatah Melayu, "Sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit". Andai dahulu kita gemar mengumpat orang, ubahlah perangai. Latih mulut untuk menuturkan kata-kata yang baik sahaja, kalau susah juga (diamkan diri, lagi mudah). Andainya dahulu kita bukan jenis yang mengambil tahu tentang keadaan sekeliling, ubahlah. Usahakanlah untuk menjadi orang yang tahu dengan keadaan sekeliling.

Readers sekalian perasan apa yang berlaku sekarang? Tidak? Ya? Sekarang ini, saudara Muslim di Mesir dibunuh beramai-ramai oleh rejim tentera. Presiden Mesir Hosni Mubarak dibebaskan tetapi dijadikan sebagai tahanan dalam rumah. Saudara-saudara di Syria, Palestin, Iraq, Afghanistan, Myanmar, dan banyak lagi negara Islam yang mengalami penindasan dari pelbagai sudut. Lalu, apa yang kita telah dan sedang lakukan setelah mengetahui perkara ini? Meneruskan kehidupan seperti biasa? Buat seperti tiada apa-apa yang berlaku? Itu hal mereka dan tiada kaitan dengan kita? Tsk, tsk, tsk, bukan itu yang patut kita lakukan. Habis takkan kita perlu mengangkat senjata dan pergi berperang? Tidak semestinya, tetapi sekurang-kurangnya kirimkan bantuan dengan doa. Kan doa itu senjata orang mukmin. 'Eh, apa kaitan dengan kita pula? Bukannya negara kita pun.' Ish, ish, ish, memanglah bukan negara kita, tetapi mereka kan saudara semuslim kita. Bayangkan abang, adik, kakak, ibu, ayah, keluarga dibunuh di hadapan mata kita sendiri, apa tindakan yang kita lakukan? Takkan kita hanya berdiam diri sahaja tanpa ada sebarang usaha untuk menuntut bela (menegakkan kebenaran)? See, seharusnya kita juga begitu apabila berhadapan dengan situasi kini. Apabila umat Islam ditindas, seharusnya kita patut menghulur tangan, memberi bantuan dan perlindungan. Bukannya terus menerus dengan hiburan dan perkara yang sia-sia.

Oleh itu, jom sama-sama refleksi diri. Hitung balik, apa yang telah kita lakukan sepanjang perkara seperti ini berlaku. Kita hanya berdiam diri ataupun adakah kita telah berusaha untuk membantu mereka yang ditindas? Adakah kita telah menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan sebenar-benarnya? Cukupkah amal ibadah kita selama ini? Sempurnakah solat kita? Betulkah bacaan dalam solat? Ataupun kita langsung tidak kisah dengan apa yang berlaku. Ambillah sedikit masa daripada 24 jam yang kita bakal ataupun sedang lalui untuk menghitung diri. Fikirkan apa yang sedang berlaku. Kita bukannya hidup berseorangan, dunia ini bukannya tempat yang kekal abadi. Setiap apa yang kita lakukan pasti dinilai dan dicatit oleh kedua malaikat.  Ingat gunakan masa kita dengan sebaiknya. (Lari tajuk sikit), ingat bantuan itu tidak semestinya hanya dengan tenaga, kewangan, perubatan, senjata dan sebagainya, doa juga adalah salah satu bentuk bantuan.

"Ya Allah, kami letakkan kamu di batang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka, ya Allah! Leburkan kumpulan mereka, cerai beraikanlah pakatan mereka, goncanglah pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing-Mu ke atas mereka. Wahai Tuhan yang gagah, wahai Tuhan yang perkasa, wahai Tuhan yang bersifat pembalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, wahai Tuhan yang menurunkan kitab, wahai Tuhan yang menggerakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Azhab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka." (Doa Qunut Nazilah) Aamiin.

Pray 4 Egypt, Syria, Palestine and all of Islam country that involved in war.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...