Tuesday 17 March 2015

Pemergianmu...





Assalammualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Apa khabar readers sekalian. Harap, semuanya dalam keadaan yang sihat belaka. Aku Cuma mahu menulis. Bukannya tanpa arah tujuan, tetapi sekadar untuk mencoret luahan hati.

Kini sudah genap 3 bulan semenjak peristiwa itu terjadi. Kata-kata arwah masih terngiang-ngiang di telinga, “Mahu balik sudahkah?” “Ya pakcik.” “Bila lagi cuti?” “Oh, lama lagi pakcik. Bulan 3 nanti baru habis. Kenapa pakcik?” “Oh tidak.” Wajah sendu arwah masih terbayang. 4 hari selepas tu iaitu pada hari pemergiannya, aku mula rasa pelik seperti ada yang tidak kena. Semua yang aku lakukan tidak menjadi. Dalam mindaku, adakah sesuatu yang buruk telah terjadi? Pada malam itu, aku dikejutkan dengan khabar yang mengejutkan berita tentang pemergian arwah buat selama-lamanya. Arwah yang bagiku sihat-sihat belaka, rupanya telah kembali ke rahmatullah. Pada mulanya, aku ingat itu hanya palsu belaka. Masih terbayang jasadnya yang aku andaikan sihat sentiasa. Namun begitu pemergiannya hanya mampu ditangisi. Bukan mahu menyalahkan takdir Allah, namun masih sukar untuk aku menerima tentang hakikat ini. Adakah kerana aku tidak sempat melihat arwah buat kali yang terakhir ataupun kerana aku hanya mampu melihat arwah selepas arwah dimandikan, aku pun tidak pasti. Setiap kali aku melihat wajah kedua-dua orang adikku, aku tidak mampu menyembunyikan kesedihanku. Aku hanya mampu memalingkan wajahku ke arah bertentangan. Tidak sanggup rasanya untuk berhadapan dengan mereka yang masih muda untuk mengenal apa itu erti kehilangan orang yang tersayang. Setiap kali aku melihat mereka, rasa sebak akan datang.
Kini, tiada lagi suara yang tegas dalam menegur anak-anaknya, tiada lagi gelak tawa yang menyerikan, tiada lagi kedengaran suara azan dan mengaji untuk menjadi halwa telinga, tiada lagi mekanik harapan, tiada lagi motivator di sisi, sungguh pemergianmu amat dirasai. Setiap kali terpandang bunga di halaman rumah, bayanganmu menghiasi minda, insan yang mencintai bunga. Tiada lagi insan yang aktif bersukan. Raket badminton itu membangkitkan memori tentang dirimu. Apabila melihat perkarangan rumah, masih terbayang dirimu sedang bermain badminton, dengan servis yang kencang. Dengan jumping smash. Sungguh aku tercari-cari basikal yang biasa ditunggangi. Apabila terdengar bicara tentang akhlakmu, air mata pasti akan mengalir. Bicara tentang dirimu, sungguh meruntun jiwa. Sungguh, wajah tenangmu sewaktu dikafankan masih ku ingati. Betapa aku mencemburui ketabahan kedua-dua orang adikku. Tiada air mata yang mengalir. Kalian begitu kuat menghadapi hidup, kalian bangkit dengan senyuman. Sungguh, kalian amat kuat.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, pemergianmu masih dirasai. Sungguh, hanya doa yang mampu ku titipkan buatmu. Kenangan masa lalu, akan ku sematkan sebagai sesuatu yang indah juga sebagai pengajaran paling berharga bagiku iaitu bahawa mati itu pasti dan hanya amal ibadah sahaja yang mampu membantu di hari perhitungan kelak. SEmoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman.

Al-Fatihah.

Jatuh Cinta Di GIATMARA



Assalammualaikum warahmatullah dan salam sejahtera dear readers. Apa Khabar semua? Hopefully you guys are fine. Hmm, pejam celik pejam celik sudah berkurun lamanya blog ini tidak ber”update”, one of the factor is, aku tiada masa (I’ve been through lots of things, sehingga aku tidak mampu meluangkan masa untuk blog ni. Such an excuse eh.) And praise to Allah, akhirnya aku bersemangat semula untuk menulis. Yup, I’m in love. Falling in love with the course of course. Walaupun hanya untuk seketika, 6 bulan bukannya lama but still, it gave me a whole new experience and its worthies, rather than sitting around and done nothing at home.

Hmm, post kali ni, aku teringin menceritakan pengalaman aku yang paling special semasa berada di Giat. First and foremost, aku rasa berdebar jugak a atas sebab-sebab yang tertentu antaranya adalah kerana aku belum biasa dengan persekitaran dan juga Giatmate yang berada di sana. Yang paling melekat sekali kat minda aku adalah, aku diajak untuk menanam bunga pada hari pertama aku berada di sana. Feeling of “what the” tu memang ada. Aku belajar pun memang fast forward habis a dek kerana mahu mengejar modul yang lain. Kiranya hampir ber”spring” jugak otak masa tu. Lots of things happened. Then, aku mulai rapat dengan member-member and staf-staf kat situ. Siapa cakap chemistry tu tidak boleh dibina? Pendapat macam tu salah sama sekali. Dalam persahabatan ni, benda pertama yang kita kena buat adalah give them some space and voila the chemistry will be created. For me, that chemistry being created starting from our respected Giat Manager, staffs and fellow mates.

Second of all, aku belajar benda baru. Untuk rasa seronok tu, entahlah, sukar untuk ku gambarkan dengan kata-kata, sebab aku belum selesa kot. Hehehe. Tapi aku memang teruja untuk perkara tu. First impression aku pasal HD (Hiasan Dalaman) adalah tentang landskap. Yup, pasal gubah bunga or something alike, more precisely as home décor. But once after I stepped in HD, I admit that I’m in a total shock (less actually, because I’ve already been informed about the real thing). HD ni sebenarnya pasal pemasangan wallpaper, karpet, langsir, pouffe, couch and the others. Benda yang aku paling suka kat HD ni adalah pasal sarung bantal and tilam, pouffe and sofa. Yang lain tu best jugak, but somehow this four things attracted me the most. Why? Because they’re simple (almost). Hehehe. In the end, aku mulai belajar cara untuk membuat kerja yang berkualiti, kemas dan kreatif dalam masa yang sama bersaing untuk jadikan diri lebih hebat daripada hari-hari yang sebelumnya. Sebelum masuk Giat, aku tidak pernah kenal dengan mesin jahit industry, I never lay a hand on them before, bila aku sentuh benda alah tu untuk kali pertama, memang agak berdebar jugak. Speed habislah katakan. Aku pun belajar untuk jahit kertas hinggalah ke fabric dan pvc. Sehingga aku menjadi pakar dalam menetas jahitan. Sadis sungguh keadaan itu apabila disuruh membuka jahitan demi jahitan. I almost surrender, but then, I’m so lucky when the others start to lend me a hand and guide me all over the way. That is why, u need to build a chemistry among the others, because they never hesitate to help you. Konklusinya, jangan jadi kera sumbang. Cari kawan…

Third, aku belajar cara untuk jadi salamander. Hehehe. Ya lah, bak kata pepatah Melayu, “Masuk kandang kambing ‘mengembek’, masuk kandang kerbau ‘menguak’ (or something alike).’’ Maksud aku, kita kenalah cuba beradaptasi dengan keadaan sekeliling. Kadang kala, kita perlu ikut tempo orang lain dan bukan hanya ikut langkah sendiri. Seekor kambing akan mudah dibaham oleh seekor serigala, compared to a herd of sheep. Eh apa kaitan kambing dengan salamander bagai ni? Hah, kaitannya adalah kat mana-manapun kita pergi, kita kena ada kawan, teman, sahabat seperjuangan. Manusia confirm akan menjadi gila apabila tidak berteman. Why? Because we need someone to comfort us, give us support, give us some superb brilliant ideas and such. Kat Giat @ GMP aku mempunyai kawan yang global. Dari Utara hinggalah ke Selatan. How come? Of course from the courses and activities that had been held. So, sudi ataupun tidak kita kena jalinkan silaturrahim, ramai kenalan ni memang best. As if you are such a famous person especially when they still recognize you in public. Hehehe. Yup, masuk kat GiatMara mengajar aku untuk jadi lebih open minded dan lebih peramah (perhaps). Apa yang aku mahu sampaikan sebenarnya adalah, pijaklah bumi Allah ni kat mana-manapun, yang penting kita kena luaskan jalinan perhubungan sesama insan. Why? Bukankah Allah menciptakan manusia ini berbilang bangsa untuk saling berkenalan? See, that is the right answer.

Then, I’ve learned to build up my confidence level. Most of them, aku belajar untuk bercakap di khalayak ramai, kadang-kadang tu bila menyuarakan pendapat ataupun mewakili seseorang untuk bercakap. Hehehe. Yup, dalam hal bercakap ni, aku pun tergagap-gagap juga, but since, aku diberi kepercayaan untuk itu, aku nyahkan juga degupan jantung tu. And, voila, at least boleh jugak aku bercakap. Hehehe. Well, kat mana-mana kita pergi pun, confidence tu kena ada. Sebagai contoh, yakinkan diri yang kita mampu buat atau siapkan satu tugasan tu, dan yang paling penting jangan ada istilah putus asa dalam kamus pembelajaran. Macam lagu ni cakap “Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampiri kejayaan, Jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan….” Bila confidence kita sudah naik, insya Allah, everything will go as smooth as it should. Kalau, dari starting point kita sudah set kat dalam minda, “Aku tidak boleh buat.” Memang confirmlah benda apa pun yang kita mahu buat untuk langkah seterusnya akan gagal. Failure is the right thing to say. In a nutshell, yakin pada diri, that is one of the key to success.

Okeylah, aku rasa sudah banyak yang aku cakap, coretan kali ini lebih simple, sebab otak aku sudah menjadi tepu dek kerana sudah lama tidak menulis. Wait for my next post readers. Till next time. Have a nice readings.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...