Wednesday 19 March 2014

Turn On The TV & Turn Off The Radio



Apa khabar readers sekalian? Macam biasalah, aku harap readers semua dalam keadaan yang sihat-sihat belaka. Hmm, mesti readers tertanya-tanya kan, kenapa bagi tajuk macam ni? (Kalau tak tertanya-tanya pun tak apa). Okay, kisahnya begini, sejak dua minggu yang lalu, aku sudah jarang tengok television dan mula menukar cita rasa kepada radio. Mula-mula, aku rasa “Eh, seronok juga dengar radio ni. Dapat dengar muzik. Dapat release tension.” Tapi, lama kelamaan aku mula bosan (Aku mengaku, aku jenis yang cepat bosan). Hari-hari dengar benda yang sama, berbeza pattern tapi benda yang sama. Ada reggae, rock, balada, pop, hip hop dan sebagainya, tapi berunsurkan cinta melulu [most of them choose LOVE as a theme: wishing they have a happy ending relationship, a hatred feeling, a lonely type and such] (Aku bukan orang yang ‘jiwang’). Dek kerana itu, aku dari hari ke hari semakin bosan. Dengan itu, aku end up kebosanan aku dengan mematikan radio dan kembali menonton TV. Melalui situasi ini aku dapat idea untuk update (lessons) terbaru. Jom, hayati perenggan seterusnya.

Okay, lesson one. Cari hiburan yang betul. Hmm, aku bukannya melarang readers untuk berhenti mendengar muzik dan sebagainya. Tidak. Kalau readers nak dengar, just carry on. Sebab aku pun memerlukan muzik untuk menjalani hidup seharian, but not all the time. Besides, muzik boleh membantu menghilangkan stress. Tak gitu? Tapi, sebolehnya carilah muzik yang boleh mendekatkan kita dengan Allah. Tak kisahlah genre rock, balada, pop, hip hop, reggae dan sebagainya, yang penting temanya lebih kepada Rabbaniyah. Ehm, macam Irfan Makki, Maher Zain, Outlandish dan banyak lagi artis di luar sana yang mengajak para peminat muzik untuk mendekatkan diri kepada Allah, tentang persaudaraan, tentang Islam dan sebagainya. Yang paling penting, ianya bukan hanya pada satu genre sahaja (Nasyeed of course). Hmm, lagi satu hiburan yang aku maksudkan di sini bukanlah hiburan yang betul-betul menghiburkan sehingga kita lagha daripada melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah. Tidak sama sekali, tapi carilah hiburan yang menghilangkan segala keresahan jiwa, dan dalam masa yang sama mendekatkan diri kepada Allah. Cuba readers teka, apakah hiburan itu? Tak tahu? Jawapannya mudah sahaja, hiburan yang aku maksudkan itu adalah Al-Quran. Didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat tertentu yang mampu menggembirakan hati yang duka dan sebagainya. Apabila kita rasa, ujian yang dihadapi itu berat, Allah pujuk hati dengan firman-Nya, “Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah: 286). Maksud aku, bila kita disampaikan ataupun diberitahu tentang sesuatu yang menggembirakan ataupun dipujuk dengan kata-kata yang boleh memotivasikan diri, itu dah kira masuk dalam kategori hiburan lah kan? Thus, carilah hiburan yang betul. Ok?

Lesson two, television can provides you with lots of information. I mean, of course radio also can do the same thing, but it is more to the simple news and not the detail type. TV pula, it is more informative, but certain of things contain lots of speculation and stuff. Seperti biasa, kita perlu bijak untuk mengasingkan setiap perkara yang disampaikan. Maksud aku, jangan terus hadam apa yang disampaikan, terus percaya 100%. Kena bijak ambil pengajaran, apa yang baik diamalkan, apa yang buruk jangan jadikan teladan. Hah, mesti readers tertanya-tanya macam mana TV ni boleh jadi sumber media yang lebih berinformasi compared to radio isn’t it? Hmm, kalau readers ada baca post aku yang terdahulu, mesti readers perasan tentang anime ataupun kartun yang aku pernah selitkan serba sedikit dan pengajaran yang terdapat di dalamnya. Maksud aku, kadang kala berita yang disampaikan ada yang betul, ada yang berdasarkan spekulasi dan ada juga yang lebih terarah untuk berat sebelsah. Saling menuding jari, itu salah, ini salah dan sebagainya, natijahnya jika kita tidak bijak mentafsir maklumat, memang padahlah. Tapi macam mana sekalipun, aku masih memilih TV. Hari aku tidak akan lengkap tanpa kata-kata motivasi ataupun pengajaran. Bila aku dengar radio, aku hanya mendengar tentang gosip dan lebih kepada maklumat tentang artis. Macam mana aku mahu mengambil pengajaran daripada itu kan? Bila aku tengok TV (most of the time, I’ll watch animes or cartoons). Yes, unexpectedly I have gain many lessons while watching them. Memandangkan aku tidak dapat mengambil pengajaran daripada  radio, aku pun beralih kepada TV sekali lagi. But then, semua itu terpulang kepada readers masing-masing. Kalau readers berpendapat bahawa radio itu lebih baik, aku tiada masalah langsung. Semua orang ada hak untuk membuat keputusan. Cuma, bijaklah menilai sesuatu maklumat yang disampaikan, jangan terus percaya. Allah blessed all of us with the given gift that is call ‘Brain’, so used it wisely.



Finally yet importantly, TV is the medium to 
train you about creativity, innovation and such also as a stress reliever. Hmm, bila readers menonton TV, mesti readers pernah melihat program masakan, pertukangan, gubahan dan sebagainya yang melibatkan daya kreativiti dan inovasi. Tidak kurang juga dengan cerita komedi. Dari sini, kita juga boleh mengasah otak kanan kita untuk turut bergerak aktif seperti otak kiri. Bila kita tengok orang yang berkreativiti, gerenti kita pun tergerak untuk buat benda yang sama. Tidak rugi pun untuk mencuba. Contohnya, dalam bab pertukangan. Kebiasaannya kita lebih suka untuk bergantung kepada orang yang mahir dan malas untuk mencuba ataupun membuatnya dengan sendiri. Natijahnya, apabila berada dalam keadaan yang terdesak, kita teragak-agak untuk memulakan langkah pembaikpulihan. Sebab itulah kita kena perlu menyediakan payung sebelum hujan. Siapkan diri dengan pelbagai kemahiran teknikal, walaupun hanya pada asas sahaja (Yang penting, ada kemahiran itu). Aku yakin, selepas sahaja mencuba, readers akan ketagih untuk membuat lebih banyak lagi invention (Bahkan mungkin yang lebih kreatif , better than the first evaluation). Hah, readers mesti sudah sedia maklum tentang kebaikan ‘ketawa’. Ada yang kata, ketawa bagus untuk release tension, bagus untuk awet muda, untuk kekal sihat dan sebagainya. Hmm, aku rasa yang ini ada betulnya juga. Kadang-kadang, kita perlukan satu entertainment untuk menghilangkan stress. Dengan itu, cerita komedi yang dipaparkan mungkin boleh membantu, tetapi ingat juga pesan nabi SAW agar tidak ketawa berlebihan. 

Okay lah, setakat itu sahaja update aku untuk kali ini. Aku harap readers dapat input yang berguna, maaf sebab banyak merapu. Happy reading dear readers.


PRAY 4 MH370



Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers sekalian dalam keadaan yang sihat-sihat belaka. Hmm, post aku kali ni, ringkas sahaja. Untuk mengajak readers bersama-sama mendoakan keselamatan kru dan penumpang pesawat MH370 yang hilang secara misteri. Doakan agar segera ditemui. Aku tak mahu cakap lebih, nanti orang cakap aku mengeluarkan spekulasi yang bukan-bukan dan aku juga harap agar readers pun tidak membuat apa-apa spekulasi terutamanya yang berunsurkan negative. Those families’ members are still hoping. Jangan ganggu emosi diorang. Di sini aku sertakan beberapa gambar tentang #PRAY4MH370 yang aku kumpul dari laman web. Banyakkan berdoa kepada Allah. Bila sains tidak dapat memberi apa-apa, kembalilah kepada Allah. Untuk membuktikan kita ini adalah saudara yang sejati, banyakkan berdoa. Nabi pun dah pesan, supaya kita saling mengambil berat. Janhgan jadi orang yang sombong dengan tiadk mahu mengambil tahu pasal saudara seIslam kita.







Don't give up. Keep Praying

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...