Monday 16 December 2013

Running Man





Apa khabar dear readers? Lama dah blog aku ni ‘berhabuk’. Hmm, jom ‘clean’ this blog dengan sedikit update terbaru. Ok lah, aku rasa sekarang ni ramai dah yang tahu apa itu “Running Man” (RM). Betul? Tipulah kalau readers cakap yang tiada satu pun tahu apa tu Running Man? Mungkin ada segelintir yang tidak tahu. Okay, biar aku bagi briefing kejap pasal RM. RM ni pada mulanya ada 8 orang members. Diketuai National MC Yoo Jae Suk ssi, followed by Commander Kim Jong Kook ssi, Ace Song Ji Hyo ssi, Peaceful Kang Gary ssi, Haroro Ha Dong Hoon ssi, Giraffe Kwang Soo ssi & Big Nose Hyung Ji Suk Jin ssi (Ex member Flower Boy Song Joong Ki ssi). Ok lah, enough with the intro. Readers pun mesti dah tahu nama betul + samaran RM member ni. Diringkaskan cerita, RM ni variety show yang reality punya, non-script show. Semuanya berlaku secara spontan (percakapan & perlakuan), tetapi aktiviti show disediakan oleh PD yang bertanggungjawab. Guest pula terdiri daripada penyanyi, pelakon & ahli sukan.
Apa yang aku mahu utarakan di sini bukanlah tentang perjalanan RM tu macam mana, apa yang dilaksanakan, siapa yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, tetapi tentang pengajaran yang boleh diambil daripada show ni. Eh, dari variety show pun ada pengajaran? Haha, jangan cakap readers tak percaya. Sebenarnya kalau kita ni rajin, tiap saat tu kalau kita mahu muhasabah, ada sahaja yang boleh dijadikan pengajaran (banyak pula koma ya). Ingat pesan nabi S(Salallahu).A(Alaihi).W(Wassalam) “Orang mukmin tidak akan masuk ke dalam lubang biawak sebanyak dua kali.” Secara simple nya, kita ambil satu pengajaran tu untuk menghindarkan diri daripada membuat kesalahan yang sama berulang kali. Aku lupa nama philosopher ni, tapi kata-kata dia sangat ‘berbisa’,  “Orang yang melupakan sejarah, akan mengulangi kesalahan yang sama”. See, pentingnya kita mengambil pengajaran atas perkara yang telah berlaku. Jom rujuk tafsir, surah Al-Hasyr ayat 2 yang bermaksud, “Maka ambillah pengajaran (daripada peristiwa itu) wahai orang yang mempunyai pandangan” ataupun dalam surah Yusuf ayat 111 yang bermakud, “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi mereka yang berakal”. Eh, apa kaitan hadis, falsafah & tafsir Al-Quran dengan RM ni? 
Hah, kaitannya adalah, ‘kandungan’ rancangan ni yang boleh dijadikan sebagai pengajaran. Contohnya? Ok, apa yang readers selalu nampak bila readers menonton show ni? Fun or funny? Ok, memanglah fun or funny, but selain itu? Tak tahu? Firstly, kesemua member RM kenal guests yang hadir daripada artis sehinggalah ke ahli sukan. Beza dengan kita. Pemberita tv pun jarang yang kita kenal ataupun ingat nama mereka. Betul? But that not my point, apa yang aku mahu tekankan di sini adalah, kalau artis, announcer dengan ahli sukan dikenali, kenapa kita tidak berusaha untuk mengenal Allah, kekasih-Nya, bahkan para pejuang Islam yang terdahulu? Kenal sifat-sifat Allah, menghayati perjalanan sirah terdahulu, lalu adaptasikan dalam hidup seharian. Memang rata-rata manusia mengakui Allah itu Esa, namun untuk benar-benar ikhlas mengabdikan diri kepada Allah, kita perlu mengenal Dia dengan lebih dalam begitu juga dengan kekasih-Nya dan para sahabat baginda. Bagaimana? Dengan membaca Al-Quran dan maknanya serta mengkaji hadis, bahkan membaca buku-buku sirah yang ada. Kuncinya adalah ikhlas, sabar & istiqamah. Bila kita dah tahu semua tu termasuklah bagaimana para anbiya’, golongan khulafa’ serta golongan tabi’ tabi’in bertungkus lumus untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ni, gerenti kita pun berkobar-kobar untuk menggalas tanggungjawab tu. 

Secondly, apa yang aku dapat nampak (dengan bantuan my best friend) dalam RM ni adalah saling hormat-menghormati antara members dan guests. Contohnya, bila members belum ataupun tidak rapat dengan guests yang hadir, members akan panggil guests dengan menambah –ssi (ini yang dipanggil honorifics) di belakang nama (contohnya: Park Ji Sung ssi) ataupun panggil sunbaenim (untuk yang pangkat senior) ataupun tambah –nim (highly formal) di belakang nama (macam IU panggil panggil Park Ji Sung ‘Park Ji Sung nim’, ataupun macam member EXO panggil ‘Yoo nim’). Lepas tu, sebelum members RM mahu memanggil guests secara informal (lebih mesra atau guna nama samaran) members RM minta kebenaran dulu dengan guests (bila dah dapat kebenaran (bolehlah borak macam biasa). Hah, dari sini kita boleh belajar satu benda iaitu saling hormat-menghormati. Memanglah kita sudah sedia maklum tentang apa itu ‘hormat’ tapi, budaya itu belum diterapkan sepenuhnya dalam hidup seharian kita. Kadang-kadang kita guna juga gelaran ‘kehormat’ ni tapi untuk event or certain reasons. Contohnya panggil orang pak cik, mak cik, abang, kakak, adik, tuan, puan, encik, cik, Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri dan sebagainya. Tapi, bukan sekadar panggilan kehormat sahaja yang aku mahu utarakan. Selain itu kita ni ni kerap sungguh jadi orang yang rude. Bukan setakat pada elders, yang youngers pun kita ‘kurang ajar’. How? Contohnya, bila kita rapat dengan kawan sendiri (memang rapat pun), kita suka hati panggil kawan tu dengan pelbagai nama yang pelik & buruk.  Silap hari bulan, kawan ‘makan hati’. Hah, siapa juga yang susah dalam bab pujuk-memujuk? Point aku di sini, kita kenalah amalkan akhlak yang baik. Ikut pesan nabi S(Salallahu).A(Alaihi).W(Wassalam), “Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Sinopsisnya adalah, ‘hormat’ itu merupakan cabang akhlak (yang lebih dikenali sebagai adab ataupun etika). Jom rujuk tafsir pula, surah An-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud, “Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, teman sejawat, ibnu sabil (orang yang berjalan di jalan Allah), dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan bangga diri.” So, kalau mahu menjadi orang berakhlak, kenalah mula dari sekarang. Start to gain respect from the others by respecting them. Hormat orang lain = Dihormati orang lain. 

Thirdly, the men protect the women. Contohnya? Ok, cuba tengok RM episod 137 kat kolam renang. Readers ada nampak Mr. Yoo Jae Suk dengan Commander comforting Miss Ji Hyo bila dia jatuh? Banyak sebenarnya episod yang menunjukkan members (men) layan mana-mana women  dengan baik. Ok, jom hayati sirah kejap. Pada zaman Kerajaan Abbasiyyah , ada gadis yang mengadu bahawa diganggu oleh tentera Rom (Ketika berada di pasar, skirtnya dipaku dan terkoyak sehingga menampakkan auratnya. Bila itu terjadi, gadis itu lalu mengatakan, “Wa Mu’tasim? Di manakah Mu’tasim?). Bila Khalifah Al-Mu’tasim dengar aduan tu, bala tentera terus dikerahkan untuk menyerang kota Amoria (terletak di Turki, yang dahulunya dikuasai tentera Byzantine). *Cuba cari kat internet. Hah, akhirnya lelaki yang mengganggu gadis tadi dijadikan sebagai hamba kepada gadis tersebut. Cuba bandingkan keadaan pada zaman itu dengan zaman kita sekarang? Banyak sungguh perbezaannya. Kaum wanita & kanak-kanak ditindas serta dieksploitasi dengan rakus, tapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Pandangan orang zaman sekarang terlalu ‘terbuka’. ‘Perlindungan’ dianggap sebagai ‘sekatan’. Bukan semua larangan tu menyusahkan ataupun untuk ‘sekatan’, sebaliknya larangan itu lebih banyak manfaat berbanding dengan keburukan. Selak tafsir kejap, surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud, “Dan mungkin kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia mudarat kepadamu dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak tahu.” See, tidak semua apa yang kita tidak suka itu buruk dan apa yang kita benci tu bagus. Contohnya mendedahkan sesuatu yang seharusnya disembunyikan. Dalam surah Al-Azhab ayat 59 ada menjelaskan tentang aurat, “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka melabuhkan pakaian ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih dikenali sehingga tidak diganggu.’ ” Konsep cantik itu bukan tertumpu pada bentuk luaran tubuh badan sahaja. Luaskan pandangan readers, dengan melihat konsep cantik itu pada sudut yang lain. Start it with, adab (tengok adab @ akhlak your dream girl dengan orang lain) dan sebagainya. Jangan hanya tumpukan pada satu sudut sahaja. Protect your dream girl dengan nasihat yang baik-baik. Ubah diri untuk jadi lebih baik, agar dapat ganjaran yang baik. 

“Sesungguhnya orang yang beriman, orang yang berhijrahdan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.” Al-Baqarah: 218

Ok lah, setakat itu dahulu kerja ‘cleaning’ blog aku. Terlalu panjang rasanya tulisan kali ni. Apa-apun, aku harap readers dapat input yang berguna dalam tulisan kali ni.

~Apa yang baik jadikan panduan, apa yang buruk jadikan sempadan.
~Happy reading. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...