Saturday 13 April 2013

My Trios


Entri kali ni, aku dedikasikan khusus buat the trios yang pernah dan sentiasa wujud dalam hati serta minda aku. Insan bertiga ni terlalu berjasa dalam membentuk siapa aku sekarang.

Insan pertama mengajar aku untuk menjadi insan yang lebih baik dari keadaan yang dahulu (insan mana yang tidak mempunyai zaman silam yang kelam). Insan ini menarik aku ke arah 'pencerahan' bukan dengan kata-kata tetapi hanya dengan penampilan dan perwatakannya. Dia yang ajak aku untuk jadi budak baik (aku masih nakal, tapi ada naik sikit. Bajet perasan kejap.) Dia tidak menyingkirkan aku kerana kekurangan aku, sebaliknya bila aku hampir terjatuh ke dalam 'gaung' yang gelap dia hulurkan tangan pada aku dan berusaha untuk menarik aku keluar sehingga sekarang. Pelbagai dorongan yang dia berikan (Kalau ada masa, aku cerita panjang-panjang pasal dia.) Aku paling lemah bila aku tengah berdepan dengan dia tetapi pada masa yang sama aku juga akan menjadi kuat bila aku berada di sisi dia. Thank you so much.

Insan yang kedua mengajar aku untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan menjadi pemimpin yang amanah. Dia masih muda (kalau ikut kalendar hijrah kami satu umur, kalau ikut kalendar gregorian aku lebih tua sedikit), tapi umur bukan penghalang untuk seseorang tu menjadi pemimpin dan matang (terpulang kepada cara pemikiran dan tindakan seseorang, sama ada mahu menjadi orang yang matang ataupun tidak). Seriously, aku salute dengan dia. Sebab apa? Dia lebih matang dari (aku) luaran dan dalaman. Maksud? Otak dia bila bab berfikir, hujah dan segala macam yang sama waktu dengannya adalah di luar kotak. Dia suka berpandangan jauh dan open minded. Dia penuh dengan falsafah, simile, hiperbola, metafora (berlebihan pula), tapi itulah kenyataannya. Satu benda yang buat aku mahu mencontohi (sedang) dia adalah, dia ulat buku dan dalam masa yang sama dia penganalisis. Apa yang dia baca, dia akan teliti dengan betul, dia kaji maknanya, lalu huraikan dalam keadaan dunia yang sebenar. Itulah dia insan yang menjadi ketua aku. Thank you, sebab jadi pemimpin yang baik untuk aku.

Insan yang terakhir mengajar aku untuk menjadi siapa aku yang sebenar (jangan jadi hipokrit, sebab kau bukan plastik iaitu sampah yang paling banyak di muka bumi) dan dia juga banyak mengajar aku erti persahabatan yang sebenar. Dia ajar aku untuk menjadi seorang yang berani untuk mempertahankan pendirian aku. Bila aku sedih, dia ada untuk ceriakan aku (dengan merampas karakter anime yang aku paling obses). Bila aku stres, dialah orang pertama yang akan pujuk aku supaya tidak tekanan lebih-lebih. Bila aku ada masalah, dia akan cakap, "Semua tu datang dari Allah, Allah lebih mengetahui. Ingat, bukan kau sahaja yang diuji (semua makhluk Allah itu juga diuji, meskipun ia seekor semut, Allah boleh uji semut dengan menghantar seorang manusia untuk memicitnya sehingga mati untuk melihat sejauh mana tingginya tawakal semut itu terhadap kekuasaan Allah untuk menyelamatkannya). Kita tidak perlu membahaskan mengapa Allah memberi kita ujian dan apa yang telah Dia rancangkan unuk kita, tetapi fikirlah pasti ada hikmah disebalik ujian yang berlaku. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah." Bila aku takut untuk mempertahankan prinsip aku, dia akan cakap, "Setiap orang ada prinsip dan pegangan yang tersendiri, kau tidak sepatutnya bimbang untuk menyuarakan apa yang kau fikir. Lepas kau beritahu orang lain tentang pendapat kau, terpulang dengan mereka untuk buat tindakan yang selebihnya. Sama ada mahu terima ataupun tidak. Yang penting, kau tetap dengan prinsip dan pegangan kau." Thank you sebab sudi backup aku bila aku teramat memerlukan dan selalu stand up for fight bila aku selalu dibuli (dibuli?).


~ Inilah kisah serba sedikit tentang sahabat sejati aku (insya Allah). Insan yang banyak mengubah aku sehingga terbentuklah insan yang sedang menulis ni (ya kah? Obviously, yes.)

# Dear readers, when you have your best friend's, do not hesitate to say that you love them. Because they are one in a little million things. Do appreciate your friend's.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...