Friday 12 April 2013

Saya Yang Menurut Perintah

Setiap kali aku mendapat notis pengumuman daripada sekolah (notis mesyuarat PIBG, sukaneka, hari Anugerah, hari ganti sekolah, hari cuti, sambutan hari kemerdekaan, hari negara dan bermacam lagi), benda pertama yang aku akan baca adalah ayat terakhir kat bawah sekali, ayat ni special edition lah (bagi aku, semestinya). Ayat apa?
"Saya yang menurut perintah."
Kenapa ayat tu special bagi aku? Jawapannya mudah, kalau dengan manusia kita boleh takut, siap berusaha tahap maksimum untuk menuruti apa yang diarahkan, kenapa kita jarang sekali untuk buat macam tu bila berdepan dengan Allah? (Kita bukan kamu, aku pun sama juga >meniti hari-hari 'pencerahan'< .) Lepas tu,  aku terbawa-bawa ayat tu ke dalam dunia nyata. Bila aku tinggal kat rumah auntie aku, secara automatiknya aku akan tercakap ayat di atas (bila diberi arahan). Bila aku fikir balik, macam aku duduk dengan komando pula, sebab apa? Ya lah, sikit-sikit cakap "Saya yang menurut perintah." (Merapu sikit). Entri aku kali ni sebenarnya untuk mengetengahkan beberapa hal iaitu:
  • Bila kita menjadi tetamu, ibaratnya kita ni hanyalah hulubalang-hulubalang dan dayang-dayang kat tempat tuan rumahlah (Erk, bukankah kita ni sepatutnya jadi macam raja yang tak payah buat apa-apa pun?)
  • Bila kita menjadi tetamu, kita kena raikan pendapat tuan rumah (Tu bukan rumah kau, apa pasal kau mahu buat macam rumah kau sendiri?)
  • Bila kita menjadi tetamu, ringankanlah tulang untuk membantu (Kang tak pasal-pasal kena halau oleh tuan rumah sebab malas.)
  • Bila kita menjadi tetamu, kita kena sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling (Kalau tuan rumah minta tolong, tolonglah. Sedar sikit yang kau hanya menumpang.)
Apa yang aku mahu katakan adalah, sebagai tetamu, cubalah hormati tuan rumah dengan menolong mereka (ingatan untuk aku dan buat mereka yang terasa juga, kot.) Kepada tuan rumah pula, raikanlah tetamu dengan sebaiknya, layan baik-baik. Jangan buat ala-ala tentera kang tak pasal-pasal makan hati pula tetamu tu (payah mahu pujuk nanti).

~ So for my beloved (beloved?) readers, thank you so much for reading this post (if you are reading or just watching and left, which is never mind). Hopefully, this post got some advice (even it is not much, but still got one). Once again, thank you and happy reading.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...