Thursday 7 March 2013

Kuatkan jiwamu




Ehm, rata-rata orang zaman sekarang semakin lama semakin lemah. Bukannya lemah tenaga fizikal tetapi lemah jiwa? Maksudnya? Ya lah, bila berdepan dengan masalah mulalah 'melatah' tidak tentu pasal. Salahkan dirilah, salahkan orang lainlah, silap haribulan salahkan Allah (Nauzubillah). 

Sepatutnya, apabila kita berdepan dengan masalah perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan berjumpa kepada Penyelesai Masalah. Siapa lagi kalau bukan Allah. Bukankah setiap perkara yang berlaku itu disebabkan Allah mengizinkannya untuk terjadi?

Teringat pula tulisan seorang sahabiah yang berbunyi, 
"Seringkali kita berdoa, 'Ya Allah, berikanlah aku kekuatan!'. Ingat, ketika mana kita berdoa untuk diberi kekuatan dalam hidup, itu bermakna kita bersedia untuk menerima ujian. Bagaimana diraih sebuah kekuatan andai tiada ujian sebagai halangan? Kerana dengan adanya ujian, maka tingkat keimanan terhadap Allah juga akan bertambah. Oleh itu, jangan mempertikaikan ujian itu apabila kita sedang berhadapan dengannya jauh sama sekali untuk mengeluh kerana kita sendiri yang memintanya. Ingatlah, meski sejauh manapun kita berlari, jika Allah mengatakan 'Kun Fayakun', benda itu tetap akan terjadi juga. Memang benarlah setiap perkara yang terjadi itu dengan 'KUN FAYAKUN-Nya! Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepada-Nya: Jadilah, maka terjadilah ia, (36:82)".
Oleh itu, dalam apa-apa hal kuatkanlah jiwa dan bukan hanya fizikal. Lemah fizikal boleh diatasi, namun lemah iman akan turut menjejaskan keadaan fizikal. Untuk kuat kedua-duanya, 'dating' lah dengan Allah selalu. Gerenti anda akan kuat. 

*p/s: Jika anda boleh berjaga malam kerana mahu melihat perlawanan bola sepak dan drama, kenapa anda tidak sudi membuka mata seketika dan pergi ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Buat apa? Untuk bertahajudlah. 

~Bertahajud cintalah dengan Allah~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...