Friday 6 June 2014

Sudah Bertunang….




Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers dalam keadaan yang sihat belaka. Hmm, kali ni aku kurang idea. Sekadar meng”update” agar blog aku ni tetap ada isi walaupun hanya sepatah kata. Ok lah, post kali ni dicetuskan oleh ceramah Ustaz Mohd. Kazim Elias. Dalam ceramah tu, satu perkataan ni bagi aku idea (sekadar synopsis ceramah sebenarnya) iaitu, “Kita semua sebenarnya dah lama bertunang. Nak tahu kita dah bertunang dengan siapa? Dengan kematian.” “Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului ajalnya dan tidak (pula) dapat melewatkan(nya). (Surah Al-Hijr: 5). Hmm, bila sebut pasal tunang ni, apa yang kita terfikir dan apa yang akan berlaku selepas itu? selepas tunang, mestilah ada akad nikah, sanding & kenduri makan. Hah, macam tu juga lah dengan kita apabila maut datang menjelang. So tunggu apa lagi, jom scroll down.

Hmm, tunang. Apa yang terdetik di ruangan minda readers? Bagi aku, bila dah tunang ni, orang akan mempersiapkan diri. Kalau boleh berminggu-minggu, berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun sebelum itu. Siapkan kad undangan, tentukan tema perkahwinan, majlis resepsi dan sebagainya. Apa yang kita boleh jadikan teladan adalah, kita perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik kematian. Hidup memang sekali, tapi mati pun sekali juga readers. Sekurang-kurangnya kita masih mampu untuk memperbaiki diri, bertaubat dan beramal sebanyak mana yang kita mahu dan mampu sementara kita masih hidup. Tapi, bila mana ajal itu sudah mengetuk pintu kehidupan, segala pintu taubat dan amal akan tertutup. Takkan ada apa yang mampu kita lakukan setelah kita mati. Allah dah nyatakan dalam firmannya yang bermaksud, “Setiap yang bernyawa akan merasai mati… “ (Surah Ali-Imran: 185). “Bagi setiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat mempercepatkannya.” (Surah Yunus: 49) See, tiada siapa yang mampu melawan kematian, suka ataupun tidak kita pasti akan mati. Sebab itulah, kita perlu bersedia (banyakkan taubat dan amal), untuk menikmati kesenangan di alam Barzakh dan Hari Perhitungan.

Ok, bila dah tunang, pasti akan ada hari perkahwinan. Sebelum sah bergelar suami isteri, perlu melalui proses akad nikah kan? Dalam proses ni, Ustaz ada memberi perumpamaan (lebih kuranglah) iaitu, “Kita akan dikahwinkan dengan kematian, ber’Qadi’ kan malaikat Maut (Malaikat Izrail). Kadangkala, ada pengantin lelaki yang tergagap-gagap dan perlu mengulang beberapa kali, ada juga yang mampu menuturkan lafaz nikah (Aku terima nikahnya si fulan binti si fulan dengan mas kahwin …… tunai.) dengan sekali sebut sahaja, lancar. Begitu juga ketika kita  berada di ambang maut. Amal yang baik dan banyak, mampu membantu kita mengucap dengan lancar ketika “berjumpa” dengan malaikat Izrail. Amal yang buruk dan kurang pula, membuatkan kita tidak mampu mengucap (Na’uzubillah min dzalik). Sedia kah kita?
Ustaz menyambung lagi, “Kita akan bersanding di kubur.” Biasalah, bila ada majlis perkahwinan, pasti ada tetamu. Tetamu yang hadir terdiri daripada sanak saudara dan para sahabat handai. Setiap tetamu yang hadir pula, akan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kedua pasangan pengantin. Begitu dengan keadaan yang akan kita lalui pada hari kematian. Diiringi oleh sanak  saudara dan sahabat handai ke tanah perkuburan, bukan dengan senyuman dan tawa tetapi dengan tangisan hiba. Mendoakan kita untuk mudah menjawab soalan malaikat Munkar dan Nakir. Soalan yang tinyakan mudah, tetapi akan menjadi sukar untuk dijawab kalau kita tidak bersedia dari sekarang.

Akhir sekali, majlis kenduri. Memang tidak sah rasanya satu majlis perkahwinan tanpa ada jamuan makan. Begitu juga dengan kita (semasa kematian). Yang makan bukannya sanak saudara ataupun sahabat handai, tetapi yang lain iaitu ular, cacing dan segala macam makhluk Allah yang mendiami tanah perkuburan. Daging yang ada, pasti akan lenyap ditelan bumi. Ditelan dan dicerna. Begitulah pengakhiran seoramg manusia di muka bumi. Yang dahulunya bertenaga, muda dan bersemangat, akhirnya akan tewas juga di saat sakaratul maut datang menjemput. Tanya pada diri, “Sudahkah aku bersedia dengan kematian? Masihkah aku berpeluang untuk nmelihat dunia pada esok hari? Cukup sudahkah amal yang aku lakukan?” Tanyalah sebelum terlambat. Bersedialah sebelum maut datang menjemput. Bagi mereka yang beriman, pasti kematian itu akan menggembirakan hati mereka, bagi yang kufur kepada Allah, kematian itu akan menjadi peristiwa yang menakutkan.

Dengan ini, aku akhiri post kali ini dengan kata, “Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri yang penuh kekurangan.” Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Selamat menghitung diri.

1 comment:

  1. Izin minta gambar yah yg tulisan "kullu nafsin dzaiqotul maut"

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...