Friday 6 June 2014

"Bodoh"kah Aku???




Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers sekalian dalam keadaan yang sihat belaka. Jangan hairan dengan tajuk di atas. Tujuan aku bagi tajuk macam tu, pada kali ni adalah untuk mengajak aku dan readers sama-sama muhasabah diri. Kalau post-post yang sebelumnya bertemakan motivasi, kali ini aku bawakan tema refleksi. Kadang-kadang, kita kena ajak & ajar diri untuk ber”sedih”, agar hati kita ni menjadi lebih lembut (mudah terima nasihat & teguran serta buah fikiran orang lain. Bukannya ikut kepala kita sahaja). Ok, kenapa aku bagi tajuk di atas? Adakah benar kita seorang yang “bodoh” ataupun seorang yang “celik”? Untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut dan untuk menentukan kita dalam kategori yang mana satu, jom scroll down.

Seperti biasa, aku harap readers mendapat input yang berguna. Hmm, first and foremost, aku ada satu soalan yang readers perlu jawab. Soalannya adalah, pernahkah readers meluangkan masa (bukan sekadar saat tetapi satu tempoh masa yang agak panjang sedikit, minit ataupun jam) untuk menghitung diri [boleh jadi setiap hari, minggu, bulan ataupun setahun sekali]? Contohnya, tanya kat diri sendiri “Hari ni aku ada buat salah dengan siapa-siapakah? Hari ni aku buat amalan lebih banyak ataupun kurang dari semalam? Hari ni, aku masih sama ataupun lebih teruk dari semalam?” Dan soalan yang sama waktu dengannya. Jika ada, tahniah! Kepada yang tiada, aku sarankan, cuba latih diri untuk buat & jawab questionnaire tersebut.

http://bitsofwisdom.org/wp-content/uploads/2011/06/imagespencils.jpgOk, point yang pertama, adakah readers melihat perkara yang berlaku di sekeliling readers? Adakah readers pernah cuba mengambil pengajaran daripada perkara yang berlaku? Sebagai contoh, peristiwa Tsunami yang pernah berlaku pada beberapa tahun yang lalu. Adakah kita mengambil iktibar daripada peristiwa itu ataupun kita buat endah tak endah sahaja? Apa yang aku mahu sampaikan di sini adalah, begitu banyak pengajaran yang sebenarnya boleh kita dapat dan adaptasikan dalam hidup. Allah pun dah berfirman tentang kepentingan mengambil pengajaran iaitu, “Katakanlah: ‘Apakah sama orang yang mengetahui dan tidak mengetahui?’ Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran. (Az-Zumar: 9) Bahkan pada setiap saat, kalau kita rajin memerhati dan cuba memahami, pasti akan ada sahaja yang boleh dijadikan iktibar (yang penting gunakan daya imaginasi dan kreativiti serta mengubah perspektif anda). Rumput lalang yang sering dipijak dan asap pun boleh menjadi “guru” kepada kita. Hah, tak percaya? Hmm, sebagai contoh, pengajaran yang kita boleh dapat daripada rumput adalah, kita akan cuba mendidik diri untuk sentiasa merendah diri. Perasan ataupun tidak, rumput tidak akan mampu tumbuh tinggi, seperti pokok-pokok yang lain. Macam tu juga lah kita patut buat, rendahkan diri, be humble (especially dengan Allah) tapi jangan sampai kepala dan maruah kita dipijak. Rumput juga boleh mengajar kita satu perkara lagi, iaitu berbakti walaupun tidak disedari oleh orang lain. Cuba readers bandingkan tanah yang mempunyai rumput dan yang tidak ditumbuhi rumput. Tanah yang berumput, mampu menahan tanah daripada terhakis. Berbeza pula dengan tanah yang gondol, kena hujan sedikit, dah jadi tanah runtuh. Asap pula, boleh mengajar kita untuk berani ber-impian ataupun mempunyai cita-cita yang tinggi. Aku teringat pesanan examiner aku. Dia kata, “Kamu kena berani aim lebih tinggi daripada apa yang kamu expect (jangkakan). Sebab, walaupun kamu tidak mendapat apa yang kamu “target”, tetapi sekurang-kurangnya kamu akan mendapat lebih daripada expectation kamu. Bukankah itu lebih baik?” Tidak salah mempunyai cita-cita, yang penting kita berusaha untuk menjadikannya satu reality. Hmm, asap juga mengajar kita supaya tidak menjadi seorang yang tinggi diri. Cuba perhatikan asap, kerjanya menggapai awan sahaja, sehinggakan, hujan asid pun terbentuk. See, kalau kita sudi membuka mata dan minda, gerenti banyak benda boleh menjadi “guru” yang terbaik untuk kita. “Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak memperguna akalnya. Katakanlah:’Perhatikanlah (pelajarilah) apa yang ada di langit dan di bumi! Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Yunus ayat 100-101).

Ok. Point yang kedua adalah, kita telah mendapat banyak nikmat dan banyak rahmat Allah, tetapi tidak reti (jarang) untuk bersyukur. Hah, antara nikmat yang diberikan kepada kita adalah oksigen (secara percuma, tak payah bayar). Sempurna anggota badan, (ada dua pasang mata & telinga, ada hidung untuk menghidu, ada mulut & lidah untuk berbicara, ada otak untuk berfikir, ada sepasang tangan & kaki) tanpa ada cacat cela. Allah berikan tumbuh-tumbuhan, “Dan Kami menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. Dan Kami menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup dan (Kami ciptakan pula) makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya. (Al-Hijr: 19 - 20), hidupan daratan dan lautan sebagai sumber makanan dan sebagai sumber rezeki. Cuba perhatikan firman Allah yang bermaksud, “Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) dari-Nya. Sesungguhnya, dalam hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.” (Al-Jatsiyah: 13).  Siang untuk bekerja dan malam untuk berehat, “Dan adalah kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirehat pada malam hari dan agar kamu mencari sebahagian kurniaan-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya (Al-Qasas: 73). Banyak lagi sebenarnya nikmat dan rahmat Allah ni, readers cuba fikir sendirilah ya. Hmm, rasanya masih ramai insan yang belum menunjukkan kesyukuran mereka kepada Allah. Buktinya? Masih wujud sekelompok manusia yang liat untuk beribadah. Berat lidah untuk berzikir dan masih malas untuk memperbanyakkan amal. Jom tanya pada diri, “Adakah aku tergolong dalam kelompok yang bersyukur terhadap nikmat dan rahmat Allah?”

Last of all, terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang diabaikan. Tanggungjawab yang aku maksudkan di sini adalah dua bentuk amanah yang terbesar dalam hidup seseorang. Amanah itu adalah untuk menjadi seorang pemimpin, yang ni kita boleh rujuk dalam surah yang bermaksud, “ ’Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Mengapa Kamu hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Kamu dan menyucikan Kamu?’ Tuhan berfirman” ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.’ “ (Al-Baqarah: 30). Hmm, sebut pasal pemimpin ni, ada tertentu yang perlu kita lalui (lebih kuranglah). Sebelum kita menjadi pemimpin dunia, negara, negeri, daerah, kampung dan keluarga, kita perlu menjadi pemimpin kepada diri kita dahulu. Bagaimana? Caranya mudah tetapi sukar, iaitu jadikan akal sebagai ketua dan bukannya nafsu yang menjadi “raja” kepada diri. Dengan mengawal nafsu, dapatlah kita menjadi pemimpin yang berkualiti kepada diri dan yang lain. Tanggungjawab yang kedua adalah untuk menjadi seorang dai’e. “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Merela itulah yang beruntung.” (surah Ali-Imran: 104). Hmm, tugas untuk menjadi seorang dai’e ini bukannya mudah, tetapi apabila kita melakukannya secara berkelompok, insya Allah akan dipermudahkan. Yang pastinya, janji dan pertolongan Allah itu sentiasa ada dan dekat buat hamba-Nya yang bersabar & bertaqwa. Jom, tingkatkan usaha untuk menjadi seorang hamba Allah yang bertanggungjawab.

Akhir kata, “bodoh” kah kita ataupun “celik” kah kita dalam hidup seharian? Readers buat judgement sendiri. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. See u at the upcoming post. Happy reading readers.
리릭 서리아니 사리 벙아 사이넏딘

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...