Tuesday 16 September 2014

Si Penggaul Simen




Apa khabar readers sekalian? Aku harap korang sihat macam selalu. Yang sihat, Alhamdulillah kerana masih larat & bertenaga untuk beribadah, yang sakit pula, Alhamdulillah kerana dosa-dosa kecilnya (Insya Allah) dihapuskan. Dah bersawang rasanya blog aku ni. So, for the first time in this month, aku mahu kongsi satu cerita. Cerita ni sebenarnya berilhamkan daripada seorang hamba Allah. Semoga ada ibrahnya. 

“Di dalam tapak pembinaan, kelihatan seorang penggaul simen melakukan rutin hariannya mengggaul simen. Pada suatu hari, ketika dia sedang asyik menggaul simen, dia terlihat sekeping duit syiling. Pada mulanya, dia membiarkan sahaja. Lama-kelamaan dia mula mengumpul duit syiling yang ada. Daripada sepuluh sen, hinggalah mencecah puluhan ringgit. Tanpa diketahuinya, duit syiling itu sebenarnya daripada majikan yang berada di atas bangunan pembinaan. Dek kerana, jarak yang tinggi, majikan penggaul simen tersebut membaling syiling untuk mendapatkan perhatiannya. Setelah menyedari strateginya itu tidak berkesan, majikannya mulai membaling batu kerikil yang berdekatan. Apabila penggaul simen itu terasa sakit, dia pun mulai mendongak.

Begitu jugalah dengan manusia. Allah dah bagi pelbagai nikmat dan rahmat. Kasih sayang Allah terlalu luas dan banyak, sehingga kita tidak mahu bersyukur mahupun menyedarinya. Apabila terlalu lama berada dalam kesenangan, kita mulai lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Untuk menyedarkan kita, Allah memberi halangan dan ujian agar kita sentiasa mengingati-Nya. Oleh itu, apabila menghadapi sebarang masalah, kembalilah kepada Allah. Setiap masalah itu datangnya daripada Allah dan solusinya juga ada pada Allah. Jadi, jangan rasa berat untuk mohon pada Allah agar diberi kemudahan. Kalau bukan dengan Allah, dengan siapa lagi kita mahu meluah rasa bukan?” (Ustaz A…)
Konklusinya, bila ada masalah rajin-rajinkan diri untuk “jumpa” Allah. Mengadu kat Allah. Panjatkan doa agar diberi kemudahan dan ketenangan serta keteguhan pendirian dalam apa jua keputusan yang kita lakukan. Bila diri sedang menghadapi ujian, jangan gentar, jangan sedih, tapi katakana pada diri, “Aku kuat, aku mampu menghadapi ujian ini kerana Allah tidak akan membebankan hamba-Nya.” 

Akhir sekali setiap kesulitan ada kemudahan. Semoga ada pengajarannya.
Happy reading dear readers.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...