Apa khabar readers sekalian? Aku harap
readers dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja. Hmm, update kali ni tercetus
bila aku teringat perbualan dengan dua orang penumpang (kiranya pangkat junior
akulah). Sedang asyik aku layan pemandangan sepanjang dalam perjalanan tu,
diorang borak lah (tanpa disengajakan, aku terdengar perbualan tu. Bukan
eavesdropping ya). Aku tak tahulah apa pokok pangkalnya perbualan tu, yang aku
sempat tangkap adalah, “Hisy tekanan aku!” Lalu, muncul lah idea
untuk buat post kali ni. Hmm, apa yang aku mahu sampaikan di sini adalah, orang
mana yang tiada masalah (Kalau tak ada masalah, kita pun takkan cuba
mematangkan diri. Tak gitu??) Tapi yang membezakan setiap orang yang bermasalah
tu adalah, bagaimana cara mereka untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
Cara yang paling sesuai dan mampu membuatkan mereka tersenyum dan bukannya
tekanan. Mustahil tidak rasa tekanan bila ada masalah? Tidak mustahil
sebenarnya. Tidak percaya? Hah, jom scroll down untuk tahu cara yang boleh
membuatkan kita tersenyum apabila berdepan dengan masalah.
Ok. Cara untuk tidak tekanan bila ada
masalah adalah dengan mengingati Allah. “…. Ingatlah Allah
ketika kamu berkeadaan berdiri, duduk dan berbaring…..” (Surah An-Nisa:
103). Hmm, aku rasa readers tahukan ayat mana yang mengingatkan kita tentang
ketenangan? Jom semak tafsir masing-masing, “Ingatlah,
hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenang.”
(Surah Ar-Rad: 28). Hmm, yang ni memang tidak dapat disangkal lagi. What I mean
is, bila kita ada masalah dan kita yakin bahawa setiap masalah itu ada hikmah
dan solusi yang tersendiri, gerenti kita akan lebih rasa lapang. Sebagai
contoh, kita kemalangan. Kalau kita jenis yang suka buat resolusi melulu,
memanglah kita akan rasa tekanan, bahkan rasa depresi. Mungkin kita akan kata
begini, “Apa pasal lah malang sangat nasib aku kali ni? Sudah jatuh ditimpa
tangga lagi.” Asyik merungut sahajalah. Tapi, kalau kita cuba tukar
persepsi kita, cara pemikiran kita, ada kemungkinan kita akan berfikir seperti
ini, “Perancangan Allah lebih baik. Kemalangan hari ni patut dijadikan
sempadan. Kesilapan yang sama tidak patut aku ulang lagi.” (Dan banyak lagi
fikiran yang positif). See, kalau kita yakin semua perkara yang berlaku itu
atas izin Allah dan sesuai dengan kemampuan kita, aku berani jamin yang kita
pasti mampu menghadapi setiap masalah dengan senyuman.
The next step is, bersabar.
Bila sebut pasal sabar ni, ada yang akan berfikir, “Mudahlah untuk kau kata
sabar. Tapi semasa dalam proses perlaksaanaan tu, sukar pula untuk
diaplikasikan.” Hmm, sebenarnya bersabar ni tidak lah sesukar mana, kalau
kita tahu cara yang betul. Lagipun Allah ada pesan iaitu, “Dan mintalah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian
itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah Baqarah: 45). Ada
banyak kelebihan yang kita akan terima, apabila kita bersabar. Hmm, masalah
dalam hidup seharian tu asam garam kehidupanlah. Maksud aku, hidup ni takkan
terasa “umpphh”nya tanpa ada sebarang rintangan. (Betulkah?) Sebenarnya, bila
kita bersabar, masalah yang kita hadapi itu tidak akan mampu membuatkan kita
rasa tekanan. Sebab? Hah, sebabnya adalah kerana kita tahu bahawa setiap
masalah (ujian) itu akan lebih mendekatkan kita kepada Allah. Contohnya, kita
sedang kesempitan wang. Kalau kita sabar & ask for Allah help (solat + doa
+ tawakal = Hati tenang), insya Allah bantuan itu pasti ada. Ingatlah, bahawa
pertolongan Allah itu amat dekat. Jadi, sila latih diri untuk bersabar dan
sentiasalah meminta pertolongan Allah.
The last tips is, tawakal.
Hmm, tawakal ni, dalam erti kata yang mudah adalah berserah kepada Allah.
Masalah ni sebenarnya tidaklah seberat mana. Maksud aku, tiap ujian yang Allah
beri pada kita itu sesuai dengan kekuatan kita. Allah telah berfirman, “Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah
al-Baqarah: 286). Selepas berusaha untuk mencari jalan penyelesaian setakat
yang kita mampu, perkara terakhir yang kita boleh dan perlu lakukan adalah
berserah diri kepada Allah. Jangan bertawakal tanpa ikhtiar pula, itu dah salah
konsep namanya. Bila kita dah sandarkan harapan kepada Allah, segalanya akan
menjadi baik dengan izin-Nya. “Walaupun tidak dikurniakan kesenangan, kita
pasti akan diberi ketenangan. Bukankah ketenangan itu lebih baik daripada
kesenangan?” (Pesan seorang sahabat) Hah, bukankah ketenangan itu ,lebih
nikmat rasanya, lagila-lagilah dalam keadaan yang penuh dengan tekanan. So,
serahkan segalanya kepada Allah setelah berusaha.
Akhir kata, hidup takkan ada tekanan bila
kita percaya dengan ketentuan Allah (bukan yang percaya dan tidak mahu
berinisiatif untuk menyelesaikan masalah). Yang baik tu datang dari Alllah,
yang buruk tu datang dari Allah jua tetapi diburukkan lagi oleh insan yang
serba kekurangan ni. Yang salah sila betulkan, yang betul sila tingkatkan lagi.
Happy reading readers.
No comments:
Post a Comment