Tuesday 31 January 2017

Kaki Game

Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers dalam keadaan yang sihat-sihat belaka, (ceee ayat ala-ala ramai pembaca. Hakikatnya, takda pembaca pun). Scratch that part, Hmm, macam yang readers baca kat title di atas ni, aku mahu mengajak readers sekalian cuba mencari pengajaran disebalik perkara yang kita paling gemar sekali. Ok, mungkin ada sesetengah readers yang tidak berapa suka main game, tapi cuba baca lah. Aku pun bukannya kaki game sangat, tapi bila datang mood, main jugalah, hahahaha. Orait, back to the main point…
Sebenarnya, kalau korang ditanya dengan soalan ni, “Kau main game kah?” ataupun “Game apa yang kau ada?” korang akan jawab apa? Back then, last semester to be precisely, aku terdengarlah perbualan member2 aka coursemates aku.. Dorang sembang ah pasal koleksi game yang dorang ada. Sampai ber”gig-gig” (too many gigabytes), sampaikan untuk exchange games pun kena guna external. Hahaha… see, that is what a gamers do. I mean, they’re willing to do certain things in order to achieve their goals, which is to retrieve the game that they want, either to fulfill their free time or to avoid boredom. And, once you play the game, what exactly you’ll do? Macam yang aku kata tadi ah ataupun dalam post aku yang dulu-dulu tu, semua benda atau perkara yang berlaku, bila dilihat dari perspektif yang berbeza pasti akan ada pengajaran yang berubah. You just have to look from the new angle. 

Orait, agak-agaknyalah kan… apa pengajaran yang kita boleh dapat daripada game ni? Here are several things that we could learn from a game. Orait, pengajaran yang pertama adalah bila kau dalam masalah, kau pasti akan cari pertolongan. Dan, pertolongan yang aku maksudkan adalah, sebagai hamba yang ditimpa dengan masalah, kita pasti akan meminta bantuan dapipada Allah (Tuhan). “Hanya Engkau yang disembah, hanya Engkau tempat kami meminta pertolongan.” Contohnya, bila kau main ‘Find the hidden things’, lepas tu kau tidak dapat cari satu item, mesti kau klik ikon hint tu kan.. Dan macam tu jugalah dengan kita, sudah fitrah seorang manusia, lepas ditimpa musibah barulah sibuk mencari Tuhan. Time peperiksaan, barulah sibuk cari Tuhan, bila ada masalah, barulah sibuk tadah tangan. But at least, masih ingat Tuhan, daripada tiada langsung. But still, that shouldn’t be the excuse for us to be the ungrateful servant, shall we?  I mean, Dia dah bagi kau peluang untuk hidup setiap hari, Dia bagi kau rezeki setiap hari, Dia bagi kau keluarga dan kawan-kawan, Dia bagi kau rumah tempat berteduh dan banyak lagi benda ataupun perkara yang Dia bagi, sekurang-kurangnya tunjuklah sikit yang kau bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Dia bagi. Banyak kot. Dan, untuk tunjuk yang kau tu bersyukur, bukanlah hanya pada sesetengah tempoh sahaja, sebolehnya dan sepatutnya tunjuklah pada setiap masa. Ada masa lapang, zikirlah, kalau tidakpun bacalah kitab seminit dua, hayati makna yang terkandung didalamnya. Fikir tentang kekuasaan-Nya dan banyak lagi perkara berfaedah yang kita boleh buat. See, game pun boleh ajar kita untuk minta pertolongan dengan Allah.

Orait, pengajaran yang seterusnya adalah second chance. Biasanya lah kan, kalau kita main game ni, bila tidak dapat complete kan challenge yang ada, ataupun tersalah step kah, mesti mati kan. And then kalau mau retry game tu balik, dia bagi kita peluang untuk main dengan kurangkan “life” yang ada. Sama juga macam kita. Maksud aku, memang ah nyawa tu satu ja. Mati sekali, memang takkan hidup balik, bukan macam dalam game. But still, when you got the chance to change your life, for a better life of course, berusahalah untuk jadi orang yang lebih baik. Member aku pernah bagitau aku dulu, “Kalau kau mau berubah untuk jadi baik, berubah ja. Tak payah tunggu ‘sedia untuk berubah’. Sebab kalau kau tunggu ‘ke-sedia-an’ tu, memang sampai bila-bilapun kau takkan berubah. Sebab kau takkan pernah sedia.” Betul juga ah apa yang dia bagitau tu. Kalau kau mau tunggu diri kau untuk sedia tutup aurat kah, solat kah, puasa kah ataupun apa-apa ja lah perkara baik yang sepatutnya dibuat, tapi ditangguh juga dek kerana menanti kesediaan diri tu, memang sampai bila-bilapun kau tetap sama tanpa penambahbaikan. Memang ah kita sedar diri yang diri kita ni insan yang penuh dengan dosa, tapi tu bukannya alasan untuk kita tidak payah berusaha mengubah diri. Kalau dah tau diri tu berdosa, bertaubatlah. Dia bagi kita peluang setiap hari, setiap masa untuk berubah. Jangan sia-siakan peluang yang Dia bagi, jangan sampai Dia Tarik peluang yang ada.

Last but not least, the third moral value that we could get from the game is the reward aka ganjaran. Biasa ah kan, kalau kita dapat memenuhi challenge yang kena bagi tu, mesti ada reward yang kita dapat, extra lives kah, dapat trofi kah, dapat banyak hints untuk next level kah, dapat upgrade kah, apa-apa ja lah. Macam manusia juga, sudah fitrah seorang manusia atau apa-apa pun makhluk Allah (Tuhan), kena ah patuh pada perintah-Nya. Dan sudah semestinya setiap perbuatan baik itu akan ada ganjaran pahala dan syurga, perbuatan jahat pula ganjaran ataupun balasannya adalah dosa dan neraka. Dan aku amat pasti, bahawa tiada seorang pun daripada kita yang mendambakan aka menginginkan neraka untuk dirinya. Dengar ja perkataan neraka ataupun hell tu mesti semua seriau kan. Dengan gambaran-gambaran yang diberikan, api hitam menjulang tinggi, berjalan dengan selipar yang dibuat daripada api neraka, memakan buah yang berduri, meminum air yang busuk dan panas. Sesungguhnya neraka amat menggerunkan dan menakutkan. So, bila tau neraka tu macam mana, kena ah berusaha sebaik mungkin, semaksima yang boleh untuk jadi hamba yang baik, yang taat dengan perintah Tuhan. Nasihat aku pada diri sendiri, jangan tunggu sedia tu, berubah ah. Ada niat untuk buat baik, teruskan, amalkan. Ada niat untuk buat jahat, abaikan, jauhkan. Takut nanti, kita buat jahat, dan masa tu jugalah Dia ambik nyawa kita. Bertaubat pun tidak sempat. Ustazah aku pernah tanya dulu, “Kamu ingat kuasa Allah tu akan berkuranglah kalau kamu buat dosa? Kamu ingat kuasa Allah tu akan bertambah bila kamu buat pahala? Tidak, kuasa Allah statik. Kuasa Allah takkan terjejas pun dengan dosa kamu. Takkan naik walaupun kamu buat baik. Sebab dia Maha Berkuasa, tiada yang lebih berkuasa dari Dia. Kamu buat pahala, ganjaran tu untuk kamulah. Buat baik, dapatlah syurga. Kamu buat dosa, balasan neraka untuk kamu. Perbuatan kamu, kamulah yang tanggung. Baik ataupun buruk semua akan balik pada kamu.” In conclusion, mari kita jadi manusia yang lebih baik dari hari semalam, hari ni dan seterusnya. Biar kita jadi baik hari ni, sampai diri yang semalam jeles dengan diri yang hari ni, dan begitulah yang sebaiknya.

Adios… See you guys in the upcoming posts. Hopefully. Hahahahahahaha. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...