Thursday 24 April 2014

Do You Miss Me?


Apa khabar readers sekalian? Sihat tak? Kalau sihat, Alhamdulillah. Kalau sakit, Alhamdulillah juga, jangan sedih. Semua benda yang terjadi itu ada keindahannya yang tersendiri, sihat ataupun sakit itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. So, didiklah diri untuk jadi seorang yang optimis dan bukannya pesimis. (Wah, macam motivator pula dah.) Okey, post aku kali ini, bukanlah nak tanya readers rindu dengan aku ataupun tidak tapi nak tanya readers rindu pada Dia ataupun tidak? Macam biasalah, aku bagi intro dulu, dari mana datangnya ilham aku ni. Hah, ilham aku ni datang daripada kelompok tertentu. Selalunya, bila aku buka TV ataupun bila aku berada kat pekan, bandar dan sebagainya, aku pasti akan terlihat segelintir pasangan ni. ada yang sah berpasangan, ada yang baru separuh jalan dan ada yang masih belum sah bergelar suami isteri. Readers tahu siapa yang aku maksudkan? Ya, tepat sekali itulah dia yang digelar “Couple”. Couple ini, dalam bahasa Malaysianya adalah pasangan. Bila sebut sahaja pasal couple ada yang pipi kemerah-merahan kerana malu dan ada pula yang menggeleng tanda tidak setuju. Kalau readers tanya pendapat aku, aku akan jawab, “Aku setuju pada couple tetapi hanya pada yang bercouple secara sah.” Maksud aku, sudah tentu aku bersetuju dengan sepasang suami isteri yang telah selamat diijabkabulkan. Tak ada masalah nak pegang tangan ataupun berdua-duaan di hadapan ramai. Allah pun setuju. Ooooopppps, aku bukan nak hurai tentang perkahwinan, tetapi benda lain. So, tunggu apa lagi, jom scroll down ke perenggan seterusnya.

Like always, setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajaran yang tersembunyi, tinggal kita sahaja yang mahu mengambil pengajaran ataupun tidak. Pengajaran pertama yang aku dapat adalah, bertanya khabar. Eh, pelik sangat pengajaran ni. Hehehe, baca dulu penjelasan aku. Sepanjang pengamatan aku dan pengalaman bersama dengan orang yang bercouple ini adalah, mereka memang tidak lekang daripada gadjet mereka, tidak kiralah telefon bimbit kah, telefon pintar kah, lappy kah dan sebagainya. Bila ditanya kenapa, jawapan yang aku terima adalah, “Nanti dia sms aku atau call aku. Aku kenalah jawab ataupun angkat.” Hah, inilah ciri-ciri orang yang sedang bercintan-cintun. Lalu aku pun satu kesimpulan iaitu, kita sepatutnya macam tu juga. Kenalah rajin jaga hubungan dengan Allah untuk menjaga hubungan dengan manusia. Cara nak menjaga hubungan dengan Allah bukannya payah, khususnya buat orang yang beriman “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45). Allah dah bagi banyak klu, antaranya terdapat dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud, “Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang yang sebelummu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 21) “Sesungguhnya orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 277). Hah, bila buat amal soleh pula, Allah dah pesan agar buat dengan ikhlas. Bila sedang solat pula, kenalah buat dengan khusyuk (Kita sedang berjumpa dengan Allah tu, takkan nak main-main pula kan?). Cara kita nak bertanya khabar dengan Allah, bukannya susah manapun. Call sahaja. Biar aku bagi number Allah, bagi readers yang msih blur. 24435. Itulah number Allah. Jawapannya adalah solat 5 waktu. Bila nak lebih erat lagi, banyakkan berdoa kepada Allah, perbanyakkan zikrullah agar hati lebih tenang dan banyak lagilah. Apa lagi readers, jom tanya khabar Allah.

Pengajaran seterusnya adalah, setia pada yang Satu (Esa). Lumrah orang yang bercouple, sudah pasti akan menggunakan ayat sang pujangga. “Lautan dalam sanggup ku renangi, onak dan duri sanggup aku redahi, lautan api sanggup aku hadapi.” “Biarlah kita sehidup semati.” [Lebih kuranglah ayatnya]. Tidak kurang juga dengan janji untuk hanya setia pada si dia, sanggup bersumpah untuk menunjukkan tahap keikhlasan. (Hebat sungguh manusia. Sampai sanggup bersumpah). Scratch that, apa yang aku mahu utarakan di sini adalah, kita boleh dan sudah semestinya perlu setia pada Allah. Allah yang mewujudkan kita di dunia ini, “Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.” (Al-Alaq: ayat 2). Kemudian Allah menaikkan taraf kita dengan menjadikan kita sebagai seorang pemimpin di muka bumi ini, “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Mengapa Kamu hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Kamu dan menyucikan Kamu?’ Tuhan berfirman” ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.’ “ (Al-Baqarah: 30). Jadi, tidak wajar rasanya bagi kita yang hanya wujud di muka bumi ini dengan izin Allah untuk menyekutukan dia. Kalau dengan couple sendiri pun kita tidak sanggup untuk curang, inikan pula dengan Allah? Takkan kita mahu “curang” dengan Allah? Bukankah Allah dah tegaskan dalam surah Al-Ikhlas ayat 1 yang bermaksud, “Katakanlah: ‘Dialah Allah, Yang Maha Esa.” See? Allah itu tidak ada dua, tidak tiga dan sebagainya. Allah itu hanya satu. Allah itu Esa. Setialah pada Allah. Jadikan ini sebagai prinsip iman anda H. A. C. K. S (Hanya Allah Cinta Ku Selamanya).

Dalam sesi percintaan muda-mudi sekarang pula, memang tidak sah kalau tidak membuat “ujian umum kasih sayang”. Hah readers masih blur? Kebiasaannya, aku selalu terdengar ataupun terlihat, masing-masing akan cuba menduga isi hati pasangan mereka. Ada yang siap menyamar menjadi orang lain, ada yang meminta pertolongan daripada teman-teman untuk menguji. Ada yang berpura-pura mahu berkenalan dan sebagainya. Bila pihak yang satu lagi buat endah tak endah, itu dah dikira setia. [Aku pun tak faham. Kalau tak percaya, kenapa menjalinkan hubungan? Tak begitu?]. Yang ini pun boleh dibuat pengajaran. Perasan ataupun tidak, kita ini pasti akan diuji Allah. Seperti seorang kekasih yang memerlukan bukti keikhlasannya, begitu juga dengan Allah. Allah mahu kita buktikan tentang sejauh dan setinggi mana tahap keimanan kita terhadap-Nya. Biasanya orang akan mengatakan sesuatu yang berlainan, iaitu lain dibibir dan lain dihati. Sebab itulah, Allah menguji kita. Aku teringat lagi pesan leader aku, dia pesan, “Allah tak akan uji kita, pada titik kekuatan kita. Tetapi Allah akan menguji kita pada titik kelemahan kita. Dia menguji kita untuk melihat setinggi mana keimanan kita terhadap-Nya dan untuk memperbaiki kelemahan kita. Andainya kita lemah pada hati, Dia akan menduga kita dengan sesuatu yang berkaitan dengan perasaan dan begitu juga dengan yang lain. Tiada siapa yang mampu lari daripada diuji.” [Ujian itu diberi bukan untuk melemahkan tetapi untuk menguatkan. Untuk membuatkan kita tersedar daripada lamunan. Untuk kita mengambil pengajaran yang tersembunyi.] Jadi, apabila anda sedang diuji, jangan mengeluh, tetapi bersyukurlah kerana Allah masih mengingati dirimu. Keep moving forward.

Lesson yang terakhir adalah sentiasa memuji (Allah). Kebiasaannya, semasa sang kumbang mahu memikat si bunga, sudah pasti akan menggunakan ayat sastera. “Kulitmu putih dan cantik bak bulan purnama. Suaramu merdu bak buluh perindu. [Dan sebagainya]” Memang pujian itu akan diberi 1000%. Sanggup buat apa sahaja agar dapat menambat hati si gadis. Tak begitu readers sekalian? Tapi, aku berpendapat, lebih elok untuk kita memuji Allah daripada memuji makhluk ciptaan-Nya. Allah yang memperelokkan wajah dan penampilan seseorang, so, adalah wajar untuk kita memuji Allah. Siap dapat ganjaran pahala. Kalau kita puji manusia, nanti dia jadi riak pula, tak pasal-pasal kita pun dapat saham dosa. Nauzubillah. Lagipun, dengan memuji Allah, secara tidak langsung hati kita akan menjadi tenang. Mengapa? “…. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah jua hati menjadi tenteram.” (Ar-Rad: 28) Hah, tak adalah rasa gundah-gulana. Tak payah mengayat bagai, kita hanya perlu bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah), bertakbir (Allahuakbar) dan pelbagai lagi bentuk zikrullah. Allah lebih layak untuk mendapat semua pujian. Mengapa? Sebab Allah yang mencipta kita. Yang kita sibuk nak puja dan puji makhluk-Nya, buat apa? Bukankah itu melambangkan kita seorang yajg sombong terhadap Allah (sebab tak mahu memuji Allah)? Dan bukankah, Allah telah menegaskan bahawa Allah tidak menyukai orang yang sombong? Tak begitu readers sekalian? Jangan buang masa lagi, jom puji Allah.

In conclusion, ambik yang jernih dan buang yang keruh. Setiap perkara yang negative itu boleh menjadi perkara yang positif kalau kita bersedia untuk melihat sesuatu perkara itu dari perspektif yang berbeza. Aku bukannya menggalakkan readers sekalian untuk ber”couple”, tetapi aku menggalakkan readers untuk melihat semua perkara itu sebagai perkara yang positif untuk kekal ceria. Happy reading readers.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...