Wednesday 19 February 2014

Doraemon




Konna koto ii na
Dekitara ii na
Anna yume konna yume ippai aru kedo
Minna minna minna
Kanaete kureru
Fushigina POKKE de kanaete kureru
Sora wo jiyuu ni tobitai na
(HAI! Takekoputaa!)
AN AN AN
Tottemo daisuki
DORAEMON….

Apa khabar readers? Aku harap, readers macam selalu sihat-sihat belaka. Hah, agak-agaknya update hari ni, aku mahu cerita tentang apa? Hah? Dah dapat teka? Yup, memang aku mahu cakap pasal Doraemon. Sudah terang lagi bersuluh, aku letak tajuk, siap dengan lirik lagu lagi. Hehehe. Mesti readers cakap aku ni childish kan? Pasal anime pun mahu post. Bwahahahaha. Ok, mungkin aku childish sikit (sebab aku otaku), but who cares? Semua orang ada minat masing-masing. Besides, aku baca ataupun tengok anime pun untuk dapat pengajaran. Hmm? Tak percaya? Seriously? Takkan readers masih belum kenal siapa dan bagaimana cara penulisan aku? Hehehe, bukan nak angkat bakul, tapi mengingatkan sahaja. Aku buat post ni pun sebab teringat pesanan bekas guru besar sekolah aku. Beliau cakap, “Anak-anak tahukah kartun (anime) apa yang paling bagus sekali untuk ditonton? Kartun itu adalah Doraemon. Banyak pengajaran yang boleh didapati dalam Doraemon.” And I decided to post it. Okay, scratch that. Kita teruskan kepada point utama iaitu intipati yang boleh dipelajari daripada anime Doraemon.Mesti readers tertanya-tanya apakah nilai murni yang terdapat di dalam Doraemon ni. hmm antaranya adalah pemanasan global, penebangan hutan, pencemaran dan sebagainya. So, hayati perenggan yang seterusnya. Hehehe.

Hmm, bagi readers lah, apa yang readers boleh dapat (pengajaran ) dari Doraemon? Tak tahu? That is impossible. Readers mesti dapat detect something. Readers perasan tak satu perkara pelik? Pelik macam mana? Ya lah, bukankah pelik apabila seekor kucing (which is a robot) afraid of mouse? Tidakkah itu pelik? Bukankah kucing sepatutnya berani dengan tikus? Bukankah tikus itu makanan buat kucing? Hah, dengan ini aku mahu kongsikan pendapat aku dengan readers sekalian. Fobia Doraemon ni sebenarnya boleh dijadikan pengajaran. Bahkan fobia kita pun, tak kisahlah fobia dengan lipas kah, fobia spider kah, fobia dengan amfibia kah dan macam-macam lagilah, boleh dijadikan satu pengajaran. Hah, pengajaran yang kita boleh dapat daripada fobia tadi adalah, kita juga patut tanamkan perasaan phobia itu dengan dosa dan juga Neraka. Why? Hmm, bila kita fobia, mestilah kita menjauhkan diri sejauh yang boleh daripada perkara yang kita fobia kan itu. Kan? Bila kita takutkan dosa dan juga Neraka, mestilah kita menambahkan amal ibadah kita. Apa yang pasti, bila kita banyak beramal dengan keikhlasan, insya Allah, Allah akan mengganjari kita dengan pahala. Dan tiket untuk masuk Syurga pula adalah pahala. So, bila kita dah beramal, kita akan dapat pahala, bila kita dapat pahala kita akan masuk Syurga. Aamiin. Hmm, phobia (fright, terror, fear etc.) ni juga boleh diaplikasikan dalam mentauhidkan Allah. How? Simple, macam yang aku cakap tadi, bila kita takut, kita akan menjauhkan diri, tetapi dengan Allah, kita kena tukar konsep. Rasa takut terhadap Allah, kita jadikan sebagai pendorong untuk mendekatkan diri dengan Allah. Sebab dengan rahmat Allah sahajalah, baru kita boleh melangkahkan kaki ke Syurga. Tanpa rahmat Allah, ibadah sepanjang hayat pun tidak mampu untuk membawa kita Syurga. Ingat tu readers. Bila kita takut dengan Kekuasaan Allah, bila kita takut dengan Seksaan-Nya, maka jangan jauhkan diri dari-Nya dengan membuat maksiat (itu tandanya kita tidak takut dengan Allah). Bila kita takutkan Allah, banyakkan amal, agar sentiasa berada dekat dengan Dia. Kesimpulannya, jadikan fobia Doraemon sebagai ilham untuk fobia Dosa.

Hah, aku nak tanya pula pendapat readers apabila readers nampak Nobita berjumpa dengan Doraemon sambil menangis dan Doraemon akan mengeluarkan sesuatu dari poketnya iaitu barang yang berteknologi tinggi yang banyak kegunaannya (tak kisahlah, pintu suka hati, bamboo helicopter, mesin masa dan sebagainya) untuk menyelesaikan masalah Nobita? Hmm, maksud aku, apakah pengajaran yang readers boleh ambil dari sini? Tak tahu? Yes, it is indeed fun, bila apabila apa yang kita hajatkan menjadi kenyataan dan memang seronok apabila, ketika kita dalam kesusahan ada yang sudi membantu. Hah, macam biasa, kita boleh mengambil pengajaran yang berguna daripada perkara ini. Pengajarannya mudah, selalunya bila kita sedang menghadapi kesusahan, kita akan mencari pertolongan. Kita akan cari orang yang sudi mendengar keluhan kita dan yang sama waktu dengannya. Perkara yang paling menggembirakan adalah apabila masalah yang dihadapi itu mampu diatasi dengan bantuan yang ada. Apa yang aku mahu ketengahkan adalah, bila kita ditimpa masalah macam Nobita, kita cari tempat yang kita boleh adukan segala masalah. Siapa lagi kalau bukan Allah? Allah Maha Berkuasa. Bila Dia berfirman “Kun faya kun” (Jadilah maka jadilah). Bila Dia mahu menguji hamba-Nya, maka ia pasti akan terlaksana. Dan ingat readers, ujian (masalah) yang kita hadapi itu tidaklah berat sangat. Maksud aku, Allah beri kita ujian yang sama taraf dengan kekuatan kita. Contohnya, Allah beri kita kemalangan sampai kita patah kaki, patah tangan, cedera sana, cedera sini dan pelbagai bentuk ujian sebab Allah tahu kita mampu menangani ujian tersebut. Tak percaya? Jom semak tafsir. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah: ayat 285). Sebut pasal mengadu masalah dan meminta pertolongan ini, aku teringat satu surah. Readers pun mesti tahu surah ni. selalu dibaca. Paling minimum, dibaca 20 kali sehari. Wow. Hebatnya. Kita membaca surah ini selama 20 kali sehari? Yup. Surah yang aku sebut adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu Surah Al-Fatihah (Pembuka). Jom semak tafsir, “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah: ayat 5). Hmm, memang lumrah manusia yang sering merungut apabila ditimpa masalah, tapi jika kita mendalami maksud surah Al-Fatihah tadi, kita tidak akan berani untuk merungut. Why? Sebab kita tahu semua itu datang dari Allah. Jadi bila kita tahu itu datang dari Allah, gerenti kita tidak akan berani bersungut dan kita akan lebih banyak bersyukur. Dan bila kita tahu Allah itu Maha Berkuasa, kita akan cari Allah terlebih dahulu berbanding dengan makhluk-Nya. Ya, memang tidak salah untuk mengadu dengan orang yang rapat dengan kita, tapi lebih baik jika kita mengadu dengan Allah. Tak payah pun. Tak payah dail nombor telefon (kalau mahu dail pun boleh, nombor telefon Allah adalah 24434), tak payah taip mesej panjang-panjang, tak payah pergi jauh-jauh. Ambil wudhu’, tadahkan tangan dan berdoa. Luahkan perasaan. Gerenti hati akan mendapat ketenangan. Besides, Allah is the only One who can grant everything that we have wished. So, bila readers ditimpa masalah, cepat-cepat jumpa dengan Allah.

Hmm, sekarang ni aku nak cerita pula pasal Giant and Sunyo. Bila readers nampak Giant dengan Sunyo, apa tanggapan readers terhadap dua orang ni? First impression readers, macam mana? Hah? Kejam? Pembuli? Yup, fikiran kita sama. Hehehe. Setiap kali nampak dua orang budak ni, aku kadang kalanya, akan naik angin juga. Sikit-sikit nak buli orang. Cuba readers teka, pengajaran apa yang aku mahu ketengahkan? Pengajaran yang aku cakap adalah, penindasan. Ya, dengar sahaja tentang penindasan, kita pasti akan mengaitkan ia dengan kezaliman. Tindas dan zalim ini, bukan sahaja melibatkan keganasan, tetapi ia juga melibatkan sudut yang lain. Kalau bukan secara fizikal, ia mungkin melibatkan mental dan spiritual. Kadang, penindasan ini juga melibatkan kewangan (ekonomi). Bila riba berleluasa, yang kaya terus kaya, yang miskin semakin miskin. Oleh itu, “Say NO to Bribery”. Hmm, buli ni, akan menjejaskan perkembangan mental seseorang (bila seseorang itu masih muda), namun bila seseorang itu sudah meningkat dewasa, ’buli’ itu akan menjadi kuat secara spiritual. Di sini, aku mahu membawa readers kepada isu kemanusiaan. Aku mahu readers turut sedar bahawa di salah sebuah sudut dunia, ada saudara kita yang ditindas. Dari segi fizikal, mental dan spiritualnya. Namun, mereka tidak pernah gentar, bahkan mereka menjadi kuat. Iman mereka semakin kuat. Ya, mereka yang sedang di’buli’ dengan kejam ini adalah saudara kita di Palestin, Syria, Mesir dan banyak lagi (yang ini secara terang-terangan, bagaimana pula yang di’buli’ secara sembunyi?). Mereka dizalimi oleh Israel, Basyar dan juga rejim As-Sisi. Namun mereka ini, begitu yakin dengan Allah. Sanggup syahid demi Allah. Sungguh wahai readers, jauh sekali kita dengan mereka. Apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan para sahabat baginda SAW? Jauh sungguh. Adakah kita akan terus menjadi pemerhati dan pendengar yang buta, bisu lagi pekak? Adakah kita hanya mahu berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa? Adakah kita mahu membiarkan sahaja, seolah-olah tiada apa yang berlaku? Apa pula jawapan kita kepada Allah kelak? Teramat mustahil untuk kita membela diri ketika itu. teramat mustahil. Aku tidak menyuruh readers untuk terus ke sana, mengangkat senjata. Tidak, namun andainya readers berkemampuan, aku tabik usaha readers. Walaupun kita tidak mampu ke sana, berusahalah sedaya upaya readers untuk membantu mereka. Boikot barangan mereka. Mendoakan mereka. Mendoakan kehancuran musuh-musuh Allah. Sungguh, doa itu senjata orang mukmin. Oleh itu, wahai readers, ambil tindakan dengan segera. Banteras gejala ‘buli’ yang sedang berlaku dalam kalangan saudara seIslam kita.

Setakat itu sahajalah post aku untuk kali ini. Aku harap readers, mendapat input yang berguna. Yang baik itu, sememangnya datang dari Allah. Yang buruk itu datang dari aku yang serba kekurangan.

Selamat membaca readers.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...