Wednesday 5 February 2014

Coffee-addict




Readers apa khabar? Aku harap readers dalam keadaan yang sihat. Hmm, aku dah lama terfikir pasal tajuk ni, tapi idea untuk menulis belum pernah menerjah ke dalam ruangan minda. Untuk pembuka bicara, let me tell you guys kenapa aku pilih tajuk ni. Aku sebenarnya, seorang yang coffee-holic. (Ya, aku cipta terma tu. Hehe). Lebih tepat lagi, seorang coffee-addict. Semua jenis minuman yang ada kopi aku suka (tidak semua, sikit sahaja sebenarnya. Contohnya Nescafe Ice [I love this one], Nescafe Latte & Nescafe Mocha), tapi aku lagi suka kopi O. dalam sehari, aku boleh minum 5 cawan kopi (itu yang dikatakan ketagih). Well, lucky for me, at least aku cuma ketagih dengan kopi dan bukannya dengan benda lain. 

Pada mulanya, aku bukanlah peminum tegar kopi, tapi lama-kelamaan, rasa minat pada kopi ni timbul. Mungkin pengaruh persekitaran ataupun faktor lain. Sebelum aku tahu manfaat kopi ni, aku main hentam minum sahaja, but after I’ve been through a tough exam (M.U.E.T), aku pun dapat info yang berguna dan makin suka untuk menikmati secawan kopi (uuuu ayat). Salah satunya, kopi pun macam teh juga, ada manfaat anti-oksida (untuk awet mudalah katakan). Lepas tu, kopi ni membantu kita untuk mengurangkan stress and depression (yang ni aku setuju sangat-sangat). Kopi juga membantu menyihatkan hati (buah pinggang, dan ia sememangnya benar. Melancarkan urin. Hehe) dan banyak lagilah. Readers tekan sahaja “Khasiat kopi” dalam mana-mana laman web, gerenti boleh jumpa banyak kelebihan kopi. Lagi satu, aku teringat satu kata-kata penceramah masa di sekolah dulu. Penceramah tu kata:
 “Antara lobak, telur dan kopi, yang mana satu pilihan adik-adik? (Ya, aku pilih kopi. Masa tu tidak ramai yang pilih kopi.)” Lepas tu penceramah menerangkan setiap elemen. “Agak-agaknya lah, apabila ketiga-tiga bahan ini dimasak apa yang akan terjadi? Tahukah adik-adik bahawa lobak yang tadi keras, akan menjadi lembik? Tahukah adik-adik bahawa telur yang mulanya lembik (cair), akan mengeras? Dan tahukah adik-adik bahawa kopi tadi, apabila diletakkan pada air ia akan mula mengubah warna air tersebut dari segi warna dan rasa? Jadi yang mana satu pilihan adik-adik? Adakah adik-adik jenis yang mulanya keras (tabah, sabar dan kuat), tetapi apabila dimarah ataupun ketika melalui satu ujian hidup, adik akan terus berputus-asa? Adakah adik yang pada mulanya cair (lemah-lembut, penyabar dan tabah), namun apabila melalui satu ujian yang berat adik akan terus menjadi seorang yang keras (pemarah dan tidak sabar dengan ujian). Ataupun adik yang pada mulanya hanya serbuk (tidak berguna apa-apa), namun setelah bergaul dengan orang lain, adik mampu mempengaruhi orang lain, bahkan mampu menjadi seorang yang mengubah orang lain. Yang mana satu pilihan adik-adik?” Biar aku tanya readers pula. Yang mana satu pilihan readers?

Ok, habis cerita tentang kopi dan aku. Sebenarnya apa yang aku ingin sampaikan adalah, kita boleh ambil satu atau dua pengajaran yang penting. Bukannya nak bangga sebagai peminum tegar kopi, tapi pasal benda lain. Hah, pengajaran pertama adalah kita sepatutnya menjadi seorang yang rajin beribadah (most likely, to be a worshiper-addict). Ya, kenapa tidak? Maksud aku, seperti seorang yang addicted to something, dia pasti tidak akan menghabiskan harinya tanpa benda yang dia ketagih tu. Hmm, simple words, same as prayer and other things that related to our faith (Iman) towards Allah. Maksudnya? Ya lah, sudah semestinya kita sebagai hamba Allah yang sentiasa berdosa perlu ‘ketagih beribadah’. Takkan aku nak explain lebih? Ok, sedikit penjelasan, kita yang sudah semestinya berdosa, perlu beramal sebanyak yang boleh. Mengapa? Kerana dosa itu, balasannya Neraka. Orang yang beramal dengan penuh keikhlasan, ihsan dan disertai dengan akhlak yang baik, sudah pasti insan tersebut akan memperolehi ganjaran yang baik, daripada pahala kepada Syurga yang telah dijanjikan Allah “Segolongan masuk Syurga dan segolongan masuk Neraka.” (Asy Syura: Ayat 7) Ingat ya readers, Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Bila Dia berfirman, orang yang beriman akan diberikan Syurga, maka benarlah. Bila Dia berfirman orang yang berdosa akan dihumban ke Neraka, maka benarlah. Bila Dia berfirman, bahawa hukuman-Nya adalah sekeras-keras hukuman maka benarlah, “Allah menyediakan azab yang keras bagi mereka, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang yang mempunyai akal (iaitu) orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu.” (At-Talaq: 10). Banyak peringatan yang Allah berikan, dari Al-Quran, diceritakan di dalam hadis, dikisahkan di dalam sirah, bahkan kita pun sentiasa mengalaminya (bencana alam dan sebagainya). Begitu banyak peringatan yang Allah berikan tentang hari Kiamat, hari Perhitungan dan kehidupan yang seterusnya (Syurga & Neraka), takkan kita masih belum bersedia untuk hari Akhirat? Takkan nak tunggu nyawa dikerongkong, baru kita sibuk merayu untuk dilanjutkan tempoh hidup? Mustahil. Itu jawapan yang pasti. Apabila Allah telah mengarahkan kepada Malaikat Izrail untuk mencabut nyawa seseorang, maka tugas itu akan dilaksanakan dengan segera. Tiada penangguhan. “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati….” (Ali-Imran: 185). Antara dua, melihat Malaikat Izrail datang dengan wajah yang manis ataupun melihat Malaikat Izrail dengan wajah yang menggerunkan? Aku yakin 100%, yang readers akan pilih pilihan pertama. So, tunggu apa lagi? Ayuh kita bersama, memperbanyakkan amal. Start by doing it progressively. Perbaiki yang wajib, kemudian tambahkan dengan yang sunat. Akhir sekali, biasakan diri untuk sentiasa beribadah kepada Allah. Caranya mudah, perbanyakkan doa, agar kita menjadi hamba-Nya yang taat. Aamiin.

Ok. Pengajaran yang kedua adalah, setia pada yang Satu. Hah? Tak faham? Aku bukannya maksudkan readers punya couple. Tapi, pada Allah yang Esa. Kalau kita suka dan addicted minum kopi, bukannya mudah untuk kita mengubah cita rasa kita. Betul tak? Hah, samalah dengan Allah. Dah kita tahu bahawa Dia yang membuatkan kita lahir ke dunia (dari air mani yang hina [sperma] kepada seorang Khalifah di muka bumi ini) “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Mengapa kamu hendak menjadaikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Kamu dan menyucikan Kamu?’ Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak tahu.” (Al-Baqarah: 30), bukankah kita patut membalas jasa-Nya, dengan mengabdikan diri kepada-Nya sahaja? Apa yang Dia suruh (Solat, Puasa, Zakat, Haji, Berbakti kepada orang tua, Melayan anak yatim dengan baik dan banyak lagi), kita buatlah. Tak payah merungut sepanjang masa, sebab semua tu ada manfaatnya terhadap kita sendiri (sudah dibuktikan secara saintifik). Contohnya solat. Bila kita sujud, darah akan lebih cepat mengalir ke otak dan membekalkan lebih banyak oksigen pada tubuh. Lepas tu puasa. Puasa pula membantu untuk menyihatkan sistem penghadaman. Tidak makan selama beberapa jam, membantu untuk merehatkan perut. Ya lah, cuba bayangkan perut kita tidak pernah berehat selama 11 bulan. Asyik bekerja sahaja untuk memproses makanan yang kita makan. Kita yang manusia inipun, bila dipaksa bekerja tanpa sebarang rehat buat tempoh yang lama, gerenti kita pun lemah. Sama juga dengan organ dalaman kita. Mereka perlu rehat. So, the conclusion is. Pick Allah, stay with Him. Allah is our only way to enter the Jannah (paradise).

Lastly, cuba jadi macam kopi. Bukannya aku suruh readers bertukar menjadi coffee beans, itu memang tak mungkinlah. Tapi cuba jadi macam kopi, yang daripada satu jenis bertukar menjadi berjenis-jenis. Pelbagai perasa boleh didapati. Daripada regular, menjadi mocha, latte, cappuccino dan sebagainya. Selain itu juga, kopi mempunyai banyak khasiat (selagi tidak menjadi overdose macam aku). Hmm, dari sini kita boleh dapat satu lesson iaitu, kita perlu bijak mencorakkan hidup kita. Ada orang hidupnya statik sahaja. Contohnya, sentiasa murung dan sebagainya. Kadang, sampai orang lain pun menjauh. Maksud aku adalah simple, jangan biarkan orang lain yang menentukan hidup kita, tetapi biarlah kita sendiri yang menentukan hidup kita. Macam kopi, daripada air yang putih jernih, bila ditambah dengan kopi, maka bertukarlah warna air tadi. Hah, biarlah kita jadi macam ni. bukan orang lain yang mengubah kita tapi kita yang mengubah orang lain (ke arah yang lebih baik). Ada orang, tidak mampu membuat keputusan, apa yang orang kata dia ikut sahaja (Aduh! Terasa.) Janganlah aku & readers jadi macam ini. Masing-masing dikurniakan dengan akal, jangan bazirkan minda kita dengan tidak mahu berfikir. Perlu tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing. Hmm, lepas tu biarlah kita menjadi orang yang banyak berjasa kepada masyarakat dan agama. Banyak manfaat kepada orang lain dan bukannya orang yang menyulitkan keadaan, asyik bantah keputusan orang lain & tidak mahu mencari penyelasaian yang lebih baik (ini perbuatan tidak bertanggungjawab!) [Terkena lagi]. Curahkan keringat kita untuk membantu orang lain, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Bila orang perlukan bantuan tenaga kita, jangan bertangguh, tolong secepat yang boleh. Bila orang memerlukan jalan penyelesaian, asahkan otak untuk turut sama berfikir solusi yang terbaik. Aku serahkan kepada readers untuk buat konklusi sendiri.

Kesimpulannya, bila kita ada minat, hobi ataupun sesuatu perkara yang kita addicted sangat-sangat (maaf sebab grammatical error), gunakanlah ia dengan cara yang berhemah. Kalau bukan secara fizikal, gunakanlah secara mental. Bagaimana? Aku terangkan dari segi mental, iaitu kita gunakan minat kita sebagai ilham untuk melihat nikmat Allah dan menghebahkannya kepada orang lain. Tak kisahlah macam mana cara sekalipun. Sama ada menggunakan tulisan, video, lagu dan sebagainya. Akhir kata, jadilah macam KOPI. Hehehe. 

Selamat membaca readers. Happy reading.

1 comment:

  1. same goes to me.. heheh..favorite - Nescafe mocha ... most fav - coffee O hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...