Wednesday 1 May 2013

Kau Ilhamku

Entri ni aku bukan sekadar mengisi masa aku yang 'terlalu sedikit' ataupun sekadar menambah bilangan post yang sedia ada. Tujuan aku yang sebenarnya adalah untuk bertanya kepada readers, siapakah yang menjadi ilham anda?

Ya, siapakah ilham anda? Teringat pula lagu Man Bai, 'Kau Ilhamku' . Ilham aku ramai dan banyak. Aku mula mengenal perkataan ilham ni pun masa aku masuk tingkatan (memang lambat sikit, hehehe). Tapi aku mempunyai idola seawal usia 9 tahun. Idola aku, ilham aku dan juga inspirasi aku. Siapakah dia? Dia adalah guru bahasa Inggeris aku. Cikgu Hamdi, insan ini mengajar aku, membimbing aku dan menyemarakkan semangat untuk aku belajar bahasa yang sungguh asing. Thanks to him, aku ada pengetahuan dan kebolehan untuk berbahasa Inggeris. Apa yang aku dapat katakan adalah, cikgu akan berusaha sebaik yang mungkin untuk membuatkan pelajarnya berjaya. Terima kasih cikgu. Jasa mu akan ku kenang selalu.

Lepas tu, aku jumpa insan kedua iaitu kawan baik aku. Masa, aku teraba dalam kegelapan kerana
kebodohan aku sendiri, dia bawa sinar ke dalam hidup aku. Dia ajak aku untuk jadi baik. Macam mana dia jadi ilham aku? Di saat dia masih asing dengan sekolah aku, dia tetap tabah mempertahankan prinsip yang dia ada. Dia sematkan dalam hati untuk memberi sinar harapan di sekolah aku. Walaupun di asingkan, dia tetap tabah. Sebab tu aku menjadikan dia ilham aku.

Kemudian aku berjumpa dengan ketua aku. Ehm, kenapa dia menjadi ilham aku? Well, aku respect dengan dia sebab dia ni lain sikit. Eh? Lain macam pun jadi ilham? Ok, dia ni terlalu berilmu daripada aku, dia ni sentiasa dahagakan ilmu. Setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun, dia pasti akan lebih up to date (bukan macam aku, orang sudah kat Marikh, aku masih kat bumi. Sedih lah juga.) Lepas tengok dia macam ni, aku pun termotivasi lah juga untuk menjadi 'pusat rujukan se'sendiri' '. (Guna istilah pelik sekejap). Walaupun aku bukanlah orang yang ilmuwan, tapi aku cuba (walaupun liat membaca, kena paksa diri juga).

Lepas tu, aku berjumpa lagi dengan seorang ni. Dia lebih tua dari aku. Kami berkongsi minat yang sama. Kenapa dia ilham aku? Dia bersahaja, tapi dia bijak. Dia santai tapi dia rajin. Dia tough, tapi bila dengan geng dia, dia orang yang paling ramah. Pada saat kami mula rapat, satu benda yang akan aku ingat sampai bila-bila, "Kau mahu tahu sesuatu? Perkara yang boleh membuatkan kita rapat hanya satu benda. Kita minat anime. Kita minat Naruto. Selalunya, bila aku kata yang aku minat Naruto, orang akan gelak kat aku. Tapi kau berbeza." (Honestly, aku juga sama dengan dia. Aku cakap yang aku minat anime, orang pun gelak kat aku. Kadang-kadang rasa terasing sebab jadi otaku.) Lepas tu, dia ni berani pertahankan prinsip dia. Dia berani suarakan pendapat dia. Dia bukan orang yang mudah digoyahkan. Paling penting, dia berani untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dia berani tinggalkan masa lalu yang kelam, demi mencari sinar hidup yang lebih membahagiakan. See, keberanian itu penting kalau kita mahukan perubahan dalam hidup kita. Berani buat perkara yang baik, bukan yang jahat.

# Ok, setakat itu sahajalah entri aku kali ini. Kita perlukan ilham untuk terus mendorong kita agar sentiasa bergerak ke hadapan, meninggalkan zaman silam yang kelam. Kawan, walau siapa pun ilham kita. Pastikan dia ataupun mereka mampu membantu ada untuk keep moving forward.

# Search for your own inspiration.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...