Thursday, 25 April 2013

Luahan yang tidak terluah

Entri ni (kira entrilah kot) aku buat sekadar mengisi post aku, mungkin untuk mengekspesikan juga apa yang terpendam. Hehe, happy reading.

  • Ibu disaat anakmu mengatakan dia tidak sakit, sebenarnya saat itu dia sedang menahan sakit yang teramat sangat.
  • Ibu disaat anakmu mengatakan dia tidak apa-apa, sebenarnya saat itu dia sedang menghadapi masalah yang sukar untuk diatasi.
  •  Ibu disaat anakmu mengatakan hasil kerjanya tidak memberangsangkan, sebenarnya saat itu dia berharap agar usahanya dipuji.

  • Ibu disaat anakmu sedang kecewa, sebenarnya dia amat berharap agar dirinya diberi semangat dan diberi motivasi.
  • Ibu disaat anakmu sedang menangis kesedihan, sebenarnya dia berharap agar dirinya dipujuk oleh dirimu.
Hakikatnya wahai ibu, terdapat banyak luahan hati yang ingin dikatakan, namun apabila aku merenung semula pengorbanan mu, kepayahan mu, kesusahan mu dan usaha mu aku terus terdiam. Teramat mustahil untuk aku meminta lebih daripada apa yang aku miliki kerana engkau sudah memberikan lebih daripada apa yang sepatutnya dan seharusnya aku perlu bersyukur dengan apa yang aku ada. Wahai ibu ku sayang, maafkan aku kerana seringkali mengeluh dan mengharapkan lebih daripada dirimu tanpa berusaha untuk memberikan sesuatu kepada mu. Maafkan anak mu ini duhai ibu.

# Apabila anda mempunyai sebarang rungutan terhadap ibu anda, think it back dear readers. Layakkah kita untuk merungut? Hebat sangatkah kita untuk mempersoalkan keupayaan ibu kita sendiri. Jika bukan kita yang menghargai ibu, siapa lagi? Takkan sepupu kita, rakan-rakan kita? Come on, she is your mother. Jangan sampai tiba satu saat untuk merasa kehilangannya, baru mula mengharap agar ibu kembali ke sisi.

~ Love your mother, accept her as she already and always accept you even you are not a perfect child for her.

Wednesday, 17 April 2013

Hantu FB


Entri kali ni dibuat ketika teringat teguran abang aku. Tengah aku asyik online, dia cakap “Haish, hantu FB betullah kamu ni. Sikit-sikit online, tidak sah kalau dalam sehari tu tiada online.” Terkejut juga aku bila disergah macam tu. Bila aku fikir balik, ya lah kot (betullah apa yang abang aku cakap). Lepas tu aku mahu jawab macam ni (tapi tak jadi):
  • Aku online ni bersebab juga
  • Aku online pun sebab aku mahu mendapatkan maklumat yang aku takkan dapat dari berita dan akhbar
  • Aku online pun sebab itu sahajalah cara untuk aku berkomunikasi dengan masyarakat (kawan aku yang jauh)
  • Aku online sebab itu salah satu cara yang mudah untuk sebarkan kebaikan (medan dakwah tercepat)
  • Aku online sebab itu salah satu untuk aku menyuarakan pendapat aku
  • Aku online sebab itu salah satu cara untuk aku bersilaturrahim dengan orang luar
  • Aku online sebab itu salah satu cara untuk aku mendapat nasihat daripada orang yang pakar

Lepas tu aku terfikir pula, kenapa orang boleh mudah berasa bosan dengan FB, twitter dan pelbagai lagi laman sosial yang lain. Antara sebab yang aku dapat:
  • Orang lain online sebab mahu ekspresikan perasaan (bila tak dilayan dengan jutaan like, comment dan share, hah mulalah berasa bosan)
  • Orang online sebab sekadar mahu mendapat kawan baru (bila tak dapat kawan baru, kebosanan akan datang melanda)
  • Orang online sebab mahu menyuarakan pendapat (bila tiada respon, benda pertama yang akan dirasa adalah bosan)
  • Orang online sebab mahu jadi spy, stalker, spammer dan pelbagai lagi aktiviti yang serupa (bila tiada yang baru untuk dilihat, orang tu akan rasa bosan)

Hah, setakat tu sahajalah yang aku dapat utarakan. Laman sosial ni ada pelbagai manfaatnya bila kita
menggunakannya dengan niat yang baik, tujuan yang betul dan kaedah yang berkesan. Apabila kita menggunakannya untuk perkara yang bukan-bukan, kita juga akan dapat impak yang kurang berkesan, kurang menggembirakan dan pelbagai lagi kesan (yang pada kita) bukanlah sebaik yang diimpikan. Sebagai contoh, kau gunakan FB untuk menyumpah seranah orang, lepas tu kau dapat banyak like dan comment (daripada orang yang sama fikiran dengan kau). Boleh bayangkan kesan terhadap anda? Tak boleh? Ok, memanglah kau rasa seronok, "Fuyoh, aku dapat banyak like lah. Tak sangka pula aku, menyumpah orang pun dapat banyak like. Kalau macam ni, aku menyumpah lagilah."<~ (Sebagai contoh). Cuba bayangkan, kau sudah mencarut, lepas tu kau ajak orang lain untuk buat benda yang sama dengan kau iaitu menyumpah (menghina dan yang sama waktu dengannya), hah bukankah itu bermakna kau sudah mendapat saham dosa mereka? Aku bukanlah orang yang mahu berceramah, tapi aku harap kita berusahalah jadi pengguna laman sosial yang baik. Jangan gunakannya dengan tidak berhemah.

#Remember dear readers, do not use your social sites for the wrong doings. Ok?

~Setakat itu sahajalah entri kali ni. Renung-renungkan.

Tuesday, 16 April 2013

Abang Aku Cakap...

Sepanjang perjalanan yang berjam-jam tu aku dapat banyak pengajaran dari abang aku. Antara apa yang aku dapat:
 “Kalau kau mahu berjaya, kau kena buat satu benda ni. Kau kena cakap dengan diri kau yang esok kau tidak akan hidup lagi. Cuba kau bayangkan kalau dalam seminggu lagi kau akan meninggal, sudah semestinya kau akan cuba hidup dengan sebaik mungkin dalam tempoh tersebut. Kau akan buat benda ataupun perkara yang kau suka kan? Hah, begitu juga dengan kehidupan kau, kejayaan kau dan kerjaya kau. Bila kau tahu kau akan mati hari esok, sudah semestinya kau akan buat yang terbaik dalam apa jua perkara yang sedang kau buat. Sebagai contoh, kau tahu yang kau akan mati esok, mesti kau cakap dengan diri kau, ‘Aku tidak akan dapat lagi benda ni esok, jadi aku kena buat yang terbaik.’ Begitulah yang seterusnya dalam apa juga yang kau sedang usahakan. Insya Allah, dalam apa juga urusan kau, semuanya akan jadi yang terbaik. Bila hari ni, tugas kau yang terbaik, kau kena pastikan tugas kau yang seterusnya adalah lebih baik daripada hari ni. Kalau aku dulu, semua peluang yang ada di depan mata, aku akan rebut dengan segera. Alhamdulillah, sekarang ni aku kira berjayalah. Aku boleh dapat rezeki di mana-mana dengan kemahiran dan kelayakan yang aku ada.”
“Dalam bab kahwin pula, kau kena jadi orang yang matang.” “Maksud?” “Maksudnya, orang
yang matang apabila berkahwin ni adalah orang yang dapat menimbang segala hal, sama ada patut ataupun tidak sesuatu perkara tu. Contohnya, sebagai seorang suami, suami tu lah yang patut menanggung isteri dan anak-anaknya. Bukan ibu dan ayah si isteri. Suamilah yang patut menjaga isi rumahnya, bukan pihak ketiga (mak ayah kedua-dua pihak). Di sinilah kita dapat menilai sama ada pasangan suami isteri tu matang ataupun tidak. Dari segi tanggungjawab. Siapakah yang menyara keluarga itu? Pasangan yang matang adalah pasangan yang tidak membebankan mana-mana pihak dan mampu berdiri dengan sendiri. Tidak kisahlah sama ada dari segi perbelanjaan, kediaman, makanan, tempat tinggal ataupun pakaian sendiri.”
“Kalau bab jodoh pula. Kita tidak tahu sama ada kita akan bertemu dengan pasangan masing-masing ataupun tidak, tetapi kita seharusnya mencuba untuk mencari pasangan yang melengkapi kita ataupun yang kehilangan kita sebagai pasangannya. Kau tidak tahu sama ada pasangan yang kau ada sekarang adalah tulang rusuk kiri kau yang hilang ataupun tidak. Pasangan suami isteri tu pun belum tentu lagi adalah dari tulang rusuk yang sama. Boleh jadi pada masa hadapan, mereka akan bercerai. Kau kena ingat, jodoh ni di tangan Allah. Kau tidak boleh main-main, sebab tu lah kau kena selalu rujuk dengan Allah. Solat sunat istikharah, doa kat Allah agar diberi petunjuk. Jodoh takkan datang bergolek kat kau, kalau kau tidak berusaha.”
“Last sekali, kau usahalah agar menjadi anak yang baik. Kau adalah tunggak keluarga, kau kena usaha semaksima yang boleh agar kau dapat berjaya. Kau bukannya tidak tahu yang mak dengan bapa kau macam mana. Kedua-duanya sudah tua, kalau bukan kau, siapa lagi yang akan menyara keduanya? Kau kena balas jasa keduanya selagi kau mampu.”
Apa yang aku dapat simpulkan daripada perbualan tu adalah, kau tidak akan berjaya kalau kau tidak paksa diri untuk sampai ke target yang kau inginkan. Bila kau bijak merebut peluang, gerenti kau akan dapat banyak rezeki kat luar sana. Sama juga dengan amal ibadah, bila kita tahu yang kita akan mati sekian-sekian gerenti, kita akan berusaha semaksimum yang boleh untuk mengumpul bekalan di akhirat kelak. Memanglah kahwin tu senang (senangkah?), masalahnya selepas sahaja majlis ijab dan kabul, mampukah sang suami itu menunaikan tanggungjawab sebaik yang mungkin? Konklusinya, buat mereka yang ingin mendirikan rumah tangga, silalah matangkan diri terlebih dahulu. Ketahui tanggungjawab masing-masing. Jangan asyik mengharapkan bantuan ibu dan ayah. Kalau hati dah berkenan, utarakanlah niat dihati mahu memperisterikan si fulanah atau bersuamikan si fulan (ikut cara Siti Khadijah melamar Nabi Muhammad SAW >jangan lupa untuk berselawat<). Ingat, jodoh takkan datang bergolek, kalau tak dicari. Akhir sekali, walaupun kita ni anak yang nakal, berusahalah untuk jadi anak yang baik. Jangan kusutkan fikiran orang tua yang asyik risaukan keadaan anak-anaknya.

Ok lah, setakat itu sahaja entri kali ni. Jika ada yang terasa, aku minta maaflah (memang tu pun tujuannya). Ingatan untuk aku, renungan buat semua. Apa yang baik jadikan teladan, apa yang buruk jangan amalkan.

Saturday, 13 April 2013

My Trios


Entri kali ni, aku dedikasikan khusus buat the trios yang pernah dan sentiasa wujud dalam hati serta minda aku. Insan bertiga ni terlalu berjasa dalam membentuk siapa aku sekarang.

Insan pertama mengajar aku untuk menjadi insan yang lebih baik dari keadaan yang dahulu (insan mana yang tidak mempunyai zaman silam yang kelam). Insan ini menarik aku ke arah 'pencerahan' bukan dengan kata-kata tetapi hanya dengan penampilan dan perwatakannya. Dia yang ajak aku untuk jadi budak baik (aku masih nakal, tapi ada naik sikit. Bajet perasan kejap.) Dia tidak menyingkirkan aku kerana kekurangan aku, sebaliknya bila aku hampir terjatuh ke dalam 'gaung' yang gelap dia hulurkan tangan pada aku dan berusaha untuk menarik aku keluar sehingga sekarang. Pelbagai dorongan yang dia berikan (Kalau ada masa, aku cerita panjang-panjang pasal dia.) Aku paling lemah bila aku tengah berdepan dengan dia tetapi pada masa yang sama aku juga akan menjadi kuat bila aku berada di sisi dia. Thank you so much.

Insan yang kedua mengajar aku untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan menjadi pemimpin yang amanah. Dia masih muda (kalau ikut kalendar hijrah kami satu umur, kalau ikut kalendar gregorian aku lebih tua sedikit), tapi umur bukan penghalang untuk seseorang tu menjadi pemimpin dan matang (terpulang kepada cara pemikiran dan tindakan seseorang, sama ada mahu menjadi orang yang matang ataupun tidak). Seriously, aku salute dengan dia. Sebab apa? Dia lebih matang dari (aku) luaran dan dalaman. Maksud? Otak dia bila bab berfikir, hujah dan segala macam yang sama waktu dengannya adalah di luar kotak. Dia suka berpandangan jauh dan open minded. Dia penuh dengan falsafah, simile, hiperbola, metafora (berlebihan pula), tapi itulah kenyataannya. Satu benda yang buat aku mahu mencontohi (sedang) dia adalah, dia ulat buku dan dalam masa yang sama dia penganalisis. Apa yang dia baca, dia akan teliti dengan betul, dia kaji maknanya, lalu huraikan dalam keadaan dunia yang sebenar. Itulah dia insan yang menjadi ketua aku. Thank you, sebab jadi pemimpin yang baik untuk aku.

Insan yang terakhir mengajar aku untuk menjadi siapa aku yang sebenar (jangan jadi hipokrit, sebab kau bukan plastik iaitu sampah yang paling banyak di muka bumi) dan dia juga banyak mengajar aku erti persahabatan yang sebenar. Dia ajar aku untuk menjadi seorang yang berani untuk mempertahankan pendirian aku. Bila aku sedih, dia ada untuk ceriakan aku (dengan merampas karakter anime yang aku paling obses). Bila aku stres, dialah orang pertama yang akan pujuk aku supaya tidak tekanan lebih-lebih. Bila aku ada masalah, dia akan cakap, "Semua tu datang dari Allah, Allah lebih mengetahui. Ingat, bukan kau sahaja yang diuji (semua makhluk Allah itu juga diuji, meskipun ia seekor semut, Allah boleh uji semut dengan menghantar seorang manusia untuk memicitnya sehingga mati untuk melihat sejauh mana tingginya tawakal semut itu terhadap kekuasaan Allah untuk menyelamatkannya). Kita tidak perlu membahaskan mengapa Allah memberi kita ujian dan apa yang telah Dia rancangkan unuk kita, tetapi fikirlah pasti ada hikmah disebalik ujian yang berlaku. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah." Bila aku takut untuk mempertahankan prinsip aku, dia akan cakap, "Setiap orang ada prinsip dan pegangan yang tersendiri, kau tidak sepatutnya bimbang untuk menyuarakan apa yang kau fikir. Lepas kau beritahu orang lain tentang pendapat kau, terpulang dengan mereka untuk buat tindakan yang selebihnya. Sama ada mahu terima ataupun tidak. Yang penting, kau tetap dengan prinsip dan pegangan kau." Thank you sebab sudi backup aku bila aku teramat memerlukan dan selalu stand up for fight bila aku selalu dibuli (dibuli?).


~ Inilah kisah serba sedikit tentang sahabat sejati aku (insya Allah). Insan yang banyak mengubah aku sehingga terbentuklah insan yang sedang menulis ni (ya kah? Obviously, yes.)

# Dear readers, when you have your best friend's, do not hesitate to say that you love them. Because they are one in a little million things. Do appreciate your friend's.




Friday, 12 April 2013

Saya Yang Menurut Perintah

Setiap kali aku mendapat notis pengumuman daripada sekolah (notis mesyuarat PIBG, sukaneka, hari Anugerah, hari ganti sekolah, hari cuti, sambutan hari kemerdekaan, hari negara dan bermacam lagi), benda pertama yang aku akan baca adalah ayat terakhir kat bawah sekali, ayat ni special edition lah (bagi aku, semestinya). Ayat apa?
"Saya yang menurut perintah."
Kenapa ayat tu special bagi aku? Jawapannya mudah, kalau dengan manusia kita boleh takut, siap berusaha tahap maksimum untuk menuruti apa yang diarahkan, kenapa kita jarang sekali untuk buat macam tu bila berdepan dengan Allah? (Kita bukan kamu, aku pun sama juga >meniti hari-hari 'pencerahan'< .) Lepas tu,  aku terbawa-bawa ayat tu ke dalam dunia nyata. Bila aku tinggal kat rumah auntie aku, secara automatiknya aku akan tercakap ayat di atas (bila diberi arahan). Bila aku fikir balik, macam aku duduk dengan komando pula, sebab apa? Ya lah, sikit-sikit cakap "Saya yang menurut perintah." (Merapu sikit). Entri aku kali ni sebenarnya untuk mengetengahkan beberapa hal iaitu:
  • Bila kita menjadi tetamu, ibaratnya kita ni hanyalah hulubalang-hulubalang dan dayang-dayang kat tempat tuan rumahlah (Erk, bukankah kita ni sepatutnya jadi macam raja yang tak payah buat apa-apa pun?)
  • Bila kita menjadi tetamu, kita kena raikan pendapat tuan rumah (Tu bukan rumah kau, apa pasal kau mahu buat macam rumah kau sendiri?)
  • Bila kita menjadi tetamu, ringankanlah tulang untuk membantu (Kang tak pasal-pasal kena halau oleh tuan rumah sebab malas.)
  • Bila kita menjadi tetamu, kita kena sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling (Kalau tuan rumah minta tolong, tolonglah. Sedar sikit yang kau hanya menumpang.)
Apa yang aku mahu katakan adalah, sebagai tetamu, cubalah hormati tuan rumah dengan menolong mereka (ingatan untuk aku dan buat mereka yang terasa juga, kot.) Kepada tuan rumah pula, raikanlah tetamu dengan sebaiknya, layan baik-baik. Jangan buat ala-ala tentera kang tak pasal-pasal makan hati pula tetamu tu (payah mahu pujuk nanti).

~ So for my beloved (beloved?) readers, thank you so much for reading this post (if you are reading or just watching and left, which is never mind). Hopefully, this post got some advice (even it is not much, but still got one). Once again, thank you and happy reading.

KaSiH sAyAnG mAk AkU

Aku buat entri ni, masa aku sibuk memikirkan macam mana cara mak aku tunjukkan yang dia sayang kat aku. Kadang-kadang aku pelik juga, mak ni sayang kat aku kah? Lepas tu, aku cuba fikir balik. Ok, mak kau tidak sama dengan mak orang lain. Mak kau ada identiti yang tersendiri dan teristimewa. Mak kau tu is One in a Million. Mak kau tu unik. (Ayat memujuk diri tapi betullah statement tu.)

Mak aku unik sebab benda-benda ni (bukan benda sebenarnya):

  • Mak aku akan marah aku bila aku malas (sebab mak mahu aku jadi rajin)
  • Mak aku bandingkan aku dengan anak orang lain (sebab mak mahu aku juga jadi anak yang dibanggakan)
  • Mak aku berleter kat aku (sebab mak aku mahu aku jadi anak yang berguna)
  • Mak aku tegas dengan aku (sebab mak mahu aku jadi anak yang berdisiplin)
Ada banyak lagi benda yang membuatkan mak aku special bagi aku, tak payahlah aku hurai panjang-panjang. Apa yang aku mahu kongsi kat sini adalah, walau macam mana sekalipun mak kita buat kat kita, ingat bahawa mak kita itu adalah mak kita (memang pun). Mak kita yang bersusah payah melahirkan kita, bukannya mak orang lain. Mak kita marah dengan kita, berleter dengan kita bukan sebab tak sayang, tapi sebab mak terlalu sayang dengan kitalah, mak kita buat macam tu.. 

So, bila korang juga kena leter dan dimarah-marah sayang, set kat otak "Ok, mak aku sayang kat aku. Sebab itulah mak buat semua tu. Aku kan anak special kat hati mak." (Bajet perasan sikit), gerenti lepas korang cakap macam tu, korang takkan merajuk punya. Biarlah kita yang merajuk kat mak, jangan mak yang merajuk dengan kita. Sebab, bila orang tua merajuk, kita payah nak pujuk. Bukan macam kita yang dihulur dengan Ice Cream dan coklat Cadbury dah boleh cair, ayah mak mengayat sikit dah boleh cair. Hati ibu bapa ni lagi sensitif sebenarnya. Sebelum anda, dia, aku, kita, kamu dan mereka dijaga hatinya, biarlah kita berusaha menjaga hati kedua orang tua kita. Ok?

Setakat itu sahajalah entri kali ni. Ingat ek, kasih dan sayanglah hati keduanya. Hati siapa? Hati mak dan ayah.


Thursday, 11 April 2013

Creative Arts

Entri ni aku buat semasa aku tiada idea untuk buat blog aku yang tidak seberapa ni. Selamat menghayati.

Jangan buang sampah


Kejamnya


Itik pinggan

Sotong dan kapal Titanic



Ah, my hand



Jalan yang berlubang 

Telur yang menjadi rumah
Ok, Setakat itu sahajalah entri kali ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...