Mak aku unik sebab benda-benda ni (bukan benda sebenarnya):
- Mak aku akan marah aku bila aku malas (sebab mak mahu aku jadi rajin)
- Mak aku bandingkan aku dengan anak orang lain (sebab mak mahu aku juga jadi anak yang dibanggakan)
- Mak aku berleter kat aku (sebab mak aku mahu aku jadi anak yang berguna)
- Mak aku tegas dengan aku (sebab mak mahu aku jadi anak yang berdisiplin)

So, bila korang juga kena leter dan dimarah-marah sayang, set kat otak "Ok, mak aku sayang kat aku. Sebab itulah mak buat semua tu. Aku kan anak special kat hati mak." (Bajet perasan sikit), gerenti lepas korang cakap macam tu, korang takkan merajuk punya. Biarlah kita yang merajuk kat mak, jangan mak yang merajuk dengan kita. Sebab, bila orang tua merajuk, kita payah nak pujuk. Bukan macam kita yang dihulur dengan Ice Cream dan coklat Cadbury dah boleh cair, ayah mak mengayat sikit dah boleh cair. Hati ibu bapa ni lagi sensitif sebenarnya. Sebelum anda, dia, aku, kita, kamu dan mereka dijaga hatinya, biarlah kita berusaha menjaga hati kedua orang tua kita. Ok?
Setakat itu sahajalah entri kali ni. Ingat ek, kasih dan sayanglah hati keduanya. Hati siapa? Hati mak dan ayah.
No comments:
Post a Comment