Apa khabar readers sekalian? Aku harap
readers semua dalam keadaan yang sihat belaka. Hah, ada tak yang hairan atau
tengah berkerut-kerut dahi bila baca tajuk di atas? Post kali ni, aku tak mahu
cerita panjang. Musim kering idea lah katakan. Ok, post kali ni berilhamkan
huruf dari A – Z. A B C D E F G H dan seterusnya. Pelik? Sebenarnya tajuk ni
tidak se-pelik mana pun. Aku teringat situasi pertemuan semula dengan sahabat
tercinta aku. Uuuuh, ayat. Alhamdulillah, dia makin lama makin berubah (Maksud
aku, ke arah yang lebih baik). Satu perkataan sahaja cukup untuk menggambarkan
perubahan itu, “HIjrah”. Praise to Allah. Daripada imej seorang rockers, dia
menjadi seorang yang lebih baik. Pakaiannya lebih bercirikan Islam. Lumrah
manusia yang penuh dengan sifat curiosity, aku pun tanya, “Sejak bila?”
Jawabnya mudah, “Dah lama. Tahun ni juga.” Respon aku masa tu, terkejut
gembira. “Yeay. Finally, Dia changed.” Orang mana yang tidak gembira dengan
perubahan seseorang yang rapat dengannya, apatah lagi apabila insan tersebut
makin hampir dengan Allah. Tak begitu readers?
Hmm, apa yang aku mahu sampaikan di sini
sebenarnya, mudah sahaja. Jika hati kecil itu terdetik mahupun berbisik, “Aku
mahu berubah. Aku perlu berubah.” Maka, jangan ditangguh niat itu. buat
cepat-cepat. Perangai “Nanti, nantilah” ini, teramat berbahaya. Silap
haribulan, niat itu akan terkubur begitu sahaja. Jangan pula kita menjadi orang
yang rugi, dek kerana tidak mahu segera berubah. “Demi masa. Sesungguhnya
manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan yang beramal soleh serta
saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran.” (Surah Al-Asr: 1- 3). Bayangkan
dengan sikap suka bertangguh tu, apa impak besar yang akan kita terima? Taubat
ditangguh. Ibadah ditangguh. Melunaskan hutang ditangguh. Dan, secara
tiba-tiba, ajal menjemput. Apabila kita sudah meninggalkan dunia ini, amalan
apa pun kita tak mampu nak buat dah. Jangan pula kita menyesal dikemudian hari.
Hah, apa kaitan huruf A B C dengan hijrah ? Kaitannya adalah ini. Hmm, biasanya apabila seorang dai’e
(pendakwah @ penyeru) mengajak orang untuk buat baik dan tegah kejahatan,
alasan yang sering diberi mad’u (orang yang diseru) adalah, “Hidayah belum ada.
Nanti, nantilah. Tunggu sampai seru dulu.” “Aku kalau solat tak khusyu’. Kalau
tak khusyu’, tambah berdosa pula. Lebih baik tak solat.” Seharusnya mad’u mana
boleh cakap macam tu. Maksud aku, memanglah hidayah tu milik Allah, tapi takkan
kita mahu goyang kaki tanpa berusaha untuk berubah? Memanglah khusyu’ itu
penting, tapi kalau tak solat memanglah tak boleh nak latih diri untuk khusyu’.
Tak begitu? Takkanlah kita nak Tawakal tanpa usaha? That is rubbish. Mana ada
orang yang pandai membaca, mengeja, menulis dan mengira tanpa diajar dan
belajar terlebih dahulu. Macam masa kita kecik-kecik dulu, mesti cikgu ada ajar
& tunjuk kita kan yang mana A, yang mana satu B. macam mana cara
membunyikan & tulis setiap huruf tu. Kalau kita malas belajar, memang sah
lah kita tidak akan pandai. Contoh yang lain pula, mana ada jutawan yang dapat
kekayaan dengan goyang kaki sahaja, melainkan dia perlu berusaha terlebih
dahulu. Mana ada minuman yang sedia terhidang tanpa dibancuh terlebih dahulu. Same
goes dengan hijrah, selagi kita tidak paksa diri untuk berubah, maka tiada apa
yang akan berubah. Hidup akan menjadi static. Hambar tanpa ada penambahbaikan.
Akhir kata, jom “Hijrah” kan diri. Readers
pasti boleh. Paling penting sekali, berubahlah kerana Allah & bukannya
kerana makhluk-Nya. See you for the upcoming post. Happy reading readers.
No comments:
Post a Comment