Friday, 9 February 2018

Tomyam Express...

Post aku yang ni pun, pasal resepi juga. Tomyam ni versi bujang. Maksud aku yang main campak ja, lepas tu tunggu masak. Yang ni versi menipu sikit. dah namanya masakan bujang, so yang penting ada. Takdanya bahan2 dan cara2 yang kompleks, memang versi ekspres punyalah.

Bahan2:

  • 2 labu bawang holland (supaya ada rasa manis2)
  • 3 ulas bawang putih (yang ni bagi penyek dengan pisau. Takyah cincang bagai)
  • 1 biji lobak merah
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bunga kobis
  • 1 keping dada ayam (yang ni potong ikut suka, nak besar kah, nak kecik, it's up to u)
  • 1 keping fishcake
  • 1/2 kg udang (kalau nak letaklah)
  • cendawan shitake atau cendawan butang (kalau nak letak, letak. Kalau taknak, takpa)
  • 1 kotak kiub tomyam (hah. bahan ni paling penting untuk bagi tomyam tu rasa tomyam)
  • garam & MSG secukup rasa
  • Air

Cara2:
  1. Potong dadu bawang holland, lepas tu ketepikan.
  2. Ketuk bawang putih dengan pisau. Supaya aroma & rasa bawang putih tu keluar & ketepikan.
  3. Potong sayur2 tu semua. Lobak tu bagi potong nipis2 sikit, supaya cepat masak. 
  4. Potong fishcake ikut suka, nak saiz macam mana.
  5. Potong ayang ikut suka.
  6. Udang tu, kalau rajin, kupas kulit. Buang kepala & belah bahagian belakang udang tu. 
  7. Lepas tu macam biasalah, basuh semua bahan. Lepas tu sediakan periuk.
  8. Hah, apa lagi. Campak semua bahan dalam periuk tu, lepas tu tambah air. Yang ni ikut suka nak banyak mana. Kalau korang jenis yang suka berkuah, banyakkanlah air tu.
  9. Lepas tu korang campak semua kiub tomyam tu dalam periuk tadi. Dalam satu kotak tu ada 6 kiub, so korang campaK Ja lah. Kalau kurang rasa tomyam tu, koran tambah lagi kiub tu.
  10. lepas tu bagi mendidih, & tambahlah garam & MSG ikut rasa korang. Dah masak semua benda tu. Korang bolehlah hidang.
Ok. Done. Selamat mencuba.

Chocolate Moist Kukus

Buat kesekian kalinya, aku teringin untuk update blog yang tidak seberapa ni. So, here it is. The chocolate moist kukus punya resepi.

Bahan2:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1 teaspoon soda bikarbonat
  • 1 cawan minyak makan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur
  • 1 teaspoon esen vanila
Cara2:
  1. Jerang air dalam pengukus siap2. Bila bahan dah siap bancuh, tinggal masukkan ja dalam pengukus.
  2. Lepas tu pukul telur & esen vanila sampai kembang, sampai telur tu rasa ringan. 
  3. Dalam kuali pula, masukkan minyak makan, susu pekat, susu cair & gula dan masak sehingga gula tu hancur.
  4. Masukkan bahan tadi dalam adunan telur. Lepas tu sebatikan.
  5. Masukkan bahan kering, tepung gandum, baking powder, serbuk koko, soda bikarbonat dalam adunan. Tapi sebelum masukkan tu, pastikan bahan kering tu dah diayak, bagi mengelakkan ada ketulan dalam kek.
  6. Lepas tu tuang dalam loyang yang dah digris dengan minyak makan atau butter. Lepas tu tutuplah loyang dengan aluminium foil atau piring atau plastik, supaya air pengukus tu tak terkena adunan kek. 
  7. Lepas tu kukuslah sampai masak. 
  8. Dah masak boleh lah hidang. Kalau korang rajin, korang buatlah topping dengan chocolate ganache kah atau apa2 ja lah.
Ok. That's all from me. Selamat mencuba.

Monday, 8 May 2017

..........

Hi folks. Long time no see. *Meh. As if I've got readers. But still, today, somehow I want to write. The assignments still piling up, and yet here I am, updatting my blog. Lately, I've caught up into a messy mess. How messy is this thing exactly😢? In the end, it's all start from myself. I'm the one to be blame. Ignore the grammatical errors that I've wrote. I wish, that I've got this kind of confidence in making decison. I don't know, recently I've lost my self confidence, the burden somehow, so heavy. I've no clue what to do. I've talked to several people, and all of them saying the same thing, "Don't be too stress. Be positive." and such, but somehow, those advice, doesn't even get into myself. I don't know what happened to myself. Why exactly, this kind of thing happened? I'm clueless.  Back then, I've got a very high confident level, as I'm getting older, I feel like everything is a tough things, and it's hard to keep moving. does my surrounding affecting the one who I've become today or what?

I've been procrastinating too much, and yet I still wish that I could pass on this semester. I think, my results this semester will be very bad./ It's not that I want to fail all of my papers, but somehow, I've lost the spirit to fight, studying? I don't know. 😞 Dear Lord, grant me the strength to further my stdy ing till I'm  graduating. There a re lots of responsibilities that still waiting to be fulfilled. Wishes will only remain as wishes, if I didn't do anything to make it real. 😩. Well that's all for tonight. Hopefully, tomorrow will be a better day than today. Aamiin.

Tuesday, 31 January 2017

Kaki Game

Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers dalam keadaan yang sihat-sihat belaka, (ceee ayat ala-ala ramai pembaca. Hakikatnya, takda pembaca pun). Scratch that part, Hmm, macam yang readers baca kat title di atas ni, aku mahu mengajak readers sekalian cuba mencari pengajaran disebalik perkara yang kita paling gemar sekali. Ok, mungkin ada sesetengah readers yang tidak berapa suka main game, tapi cuba baca lah. Aku pun bukannya kaki game sangat, tapi bila datang mood, main jugalah, hahahaha. Orait, back to the main point…
Sebenarnya, kalau korang ditanya dengan soalan ni, “Kau main game kah?” ataupun “Game apa yang kau ada?” korang akan jawab apa? Back then, last semester to be precisely, aku terdengarlah perbualan member2 aka coursemates aku.. Dorang sembang ah pasal koleksi game yang dorang ada. Sampai ber”gig-gig” (too many gigabytes), sampaikan untuk exchange games pun kena guna external. Hahaha… see, that is what a gamers do. I mean, they’re willing to do certain things in order to achieve their goals, which is to retrieve the game that they want, either to fulfill their free time or to avoid boredom. And, once you play the game, what exactly you’ll do? Macam yang aku kata tadi ah ataupun dalam post aku yang dulu-dulu tu, semua benda atau perkara yang berlaku, bila dilihat dari perspektif yang berbeza pasti akan ada pengajaran yang berubah. You just have to look from the new angle. 

Orait, agak-agaknyalah kan… apa pengajaran yang kita boleh dapat daripada game ni? Here are several things that we could learn from a game. Orait, pengajaran yang pertama adalah bila kau dalam masalah, kau pasti akan cari pertolongan. Dan, pertolongan yang aku maksudkan adalah, sebagai hamba yang ditimpa dengan masalah, kita pasti akan meminta bantuan dapipada Allah (Tuhan). “Hanya Engkau yang disembah, hanya Engkau tempat kami meminta pertolongan.” Contohnya, bila kau main ‘Find the hidden things’, lepas tu kau tidak dapat cari satu item, mesti kau klik ikon hint tu kan.. Dan macam tu jugalah dengan kita, sudah fitrah seorang manusia, lepas ditimpa musibah barulah sibuk mencari Tuhan. Time peperiksaan, barulah sibuk cari Tuhan, bila ada masalah, barulah sibuk tadah tangan. But at least, masih ingat Tuhan, daripada tiada langsung. But still, that shouldn’t be the excuse for us to be the ungrateful servant, shall we?  I mean, Dia dah bagi kau peluang untuk hidup setiap hari, Dia bagi kau rezeki setiap hari, Dia bagi kau keluarga dan kawan-kawan, Dia bagi kau rumah tempat berteduh dan banyak lagi benda ataupun perkara yang Dia bagi, sekurang-kurangnya tunjuklah sikit yang kau bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Dia bagi. Banyak kot. Dan, untuk tunjuk yang kau tu bersyukur, bukanlah hanya pada sesetengah tempoh sahaja, sebolehnya dan sepatutnya tunjuklah pada setiap masa. Ada masa lapang, zikirlah, kalau tidakpun bacalah kitab seminit dua, hayati makna yang terkandung didalamnya. Fikir tentang kekuasaan-Nya dan banyak lagi perkara berfaedah yang kita boleh buat. See, game pun boleh ajar kita untuk minta pertolongan dengan Allah.

Orait, pengajaran yang seterusnya adalah second chance. Biasanya lah kan, kalau kita main game ni, bila tidak dapat complete kan challenge yang ada, ataupun tersalah step kah, mesti mati kan. And then kalau mau retry game tu balik, dia bagi kita peluang untuk main dengan kurangkan “life” yang ada. Sama juga macam kita. Maksud aku, memang ah nyawa tu satu ja. Mati sekali, memang takkan hidup balik, bukan macam dalam game. But still, when you got the chance to change your life, for a better life of course, berusahalah untuk jadi orang yang lebih baik. Member aku pernah bagitau aku dulu, “Kalau kau mau berubah untuk jadi baik, berubah ja. Tak payah tunggu ‘sedia untuk berubah’. Sebab kalau kau tunggu ‘ke-sedia-an’ tu, memang sampai bila-bilapun kau takkan berubah. Sebab kau takkan pernah sedia.” Betul juga ah apa yang dia bagitau tu. Kalau kau mau tunggu diri kau untuk sedia tutup aurat kah, solat kah, puasa kah ataupun apa-apa ja lah perkara baik yang sepatutnya dibuat, tapi ditangguh juga dek kerana menanti kesediaan diri tu, memang sampai bila-bilapun kau tetap sama tanpa penambahbaikan. Memang ah kita sedar diri yang diri kita ni insan yang penuh dengan dosa, tapi tu bukannya alasan untuk kita tidak payah berusaha mengubah diri. Kalau dah tau diri tu berdosa, bertaubatlah. Dia bagi kita peluang setiap hari, setiap masa untuk berubah. Jangan sia-siakan peluang yang Dia bagi, jangan sampai Dia Tarik peluang yang ada.

Last but not least, the third moral value that we could get from the game is the reward aka ganjaran. Biasa ah kan, kalau kita dapat memenuhi challenge yang kena bagi tu, mesti ada reward yang kita dapat, extra lives kah, dapat trofi kah, dapat banyak hints untuk next level kah, dapat upgrade kah, apa-apa ja lah. Macam manusia juga, sudah fitrah seorang manusia atau apa-apa pun makhluk Allah (Tuhan), kena ah patuh pada perintah-Nya. Dan sudah semestinya setiap perbuatan baik itu akan ada ganjaran pahala dan syurga, perbuatan jahat pula ganjaran ataupun balasannya adalah dosa dan neraka. Dan aku amat pasti, bahawa tiada seorang pun daripada kita yang mendambakan aka menginginkan neraka untuk dirinya. Dengar ja perkataan neraka ataupun hell tu mesti semua seriau kan. Dengan gambaran-gambaran yang diberikan, api hitam menjulang tinggi, berjalan dengan selipar yang dibuat daripada api neraka, memakan buah yang berduri, meminum air yang busuk dan panas. Sesungguhnya neraka amat menggerunkan dan menakutkan. So, bila tau neraka tu macam mana, kena ah berusaha sebaik mungkin, semaksima yang boleh untuk jadi hamba yang baik, yang taat dengan perintah Tuhan. Nasihat aku pada diri sendiri, jangan tunggu sedia tu, berubah ah. Ada niat untuk buat baik, teruskan, amalkan. Ada niat untuk buat jahat, abaikan, jauhkan. Takut nanti, kita buat jahat, dan masa tu jugalah Dia ambik nyawa kita. Bertaubat pun tidak sempat. Ustazah aku pernah tanya dulu, “Kamu ingat kuasa Allah tu akan berkuranglah kalau kamu buat dosa? Kamu ingat kuasa Allah tu akan bertambah bila kamu buat pahala? Tidak, kuasa Allah statik. Kuasa Allah takkan terjejas pun dengan dosa kamu. Takkan naik walaupun kamu buat baik. Sebab dia Maha Berkuasa, tiada yang lebih berkuasa dari Dia. Kamu buat pahala, ganjaran tu untuk kamulah. Buat baik, dapatlah syurga. Kamu buat dosa, balasan neraka untuk kamu. Perbuatan kamu, kamulah yang tanggung. Baik ataupun buruk semua akan balik pada kamu.” In conclusion, mari kita jadi manusia yang lebih baik dari hari semalam, hari ni dan seterusnya. Biar kita jadi baik hari ni, sampai diri yang semalam jeles dengan diri yang hari ni, dan begitulah yang sebaiknya.

Adios… See you guys in the upcoming posts. Hopefully. Hahahahahahaha. 

Tuesday, 17 March 2015

Pemergianmu...





Assalammualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Apa khabar readers sekalian. Harap, semuanya dalam keadaan yang sihat belaka. Aku Cuma mahu menulis. Bukannya tanpa arah tujuan, tetapi sekadar untuk mencoret luahan hati.

Kini sudah genap 3 bulan semenjak peristiwa itu terjadi. Kata-kata arwah masih terngiang-ngiang di telinga, “Mahu balik sudahkah?” “Ya pakcik.” “Bila lagi cuti?” “Oh, lama lagi pakcik. Bulan 3 nanti baru habis. Kenapa pakcik?” “Oh tidak.” Wajah sendu arwah masih terbayang. 4 hari selepas tu iaitu pada hari pemergiannya, aku mula rasa pelik seperti ada yang tidak kena. Semua yang aku lakukan tidak menjadi. Dalam mindaku, adakah sesuatu yang buruk telah terjadi? Pada malam itu, aku dikejutkan dengan khabar yang mengejutkan berita tentang pemergian arwah buat selama-lamanya. Arwah yang bagiku sihat-sihat belaka, rupanya telah kembali ke rahmatullah. Pada mulanya, aku ingat itu hanya palsu belaka. Masih terbayang jasadnya yang aku andaikan sihat sentiasa. Namun begitu pemergiannya hanya mampu ditangisi. Bukan mahu menyalahkan takdir Allah, namun masih sukar untuk aku menerima tentang hakikat ini. Adakah kerana aku tidak sempat melihat arwah buat kali yang terakhir ataupun kerana aku hanya mampu melihat arwah selepas arwah dimandikan, aku pun tidak pasti. Setiap kali aku melihat wajah kedua-dua orang adikku, aku tidak mampu menyembunyikan kesedihanku. Aku hanya mampu memalingkan wajahku ke arah bertentangan. Tidak sanggup rasanya untuk berhadapan dengan mereka yang masih muda untuk mengenal apa itu erti kehilangan orang yang tersayang. Setiap kali aku melihat mereka, rasa sebak akan datang.
Kini, tiada lagi suara yang tegas dalam menegur anak-anaknya, tiada lagi gelak tawa yang menyerikan, tiada lagi kedengaran suara azan dan mengaji untuk menjadi halwa telinga, tiada lagi mekanik harapan, tiada lagi motivator di sisi, sungguh pemergianmu amat dirasai. Setiap kali terpandang bunga di halaman rumah, bayanganmu menghiasi minda, insan yang mencintai bunga. Tiada lagi insan yang aktif bersukan. Raket badminton itu membangkitkan memori tentang dirimu. Apabila melihat perkarangan rumah, masih terbayang dirimu sedang bermain badminton, dengan servis yang kencang. Dengan jumping smash. Sungguh aku tercari-cari basikal yang biasa ditunggangi. Apabila terdengar bicara tentang akhlakmu, air mata pasti akan mengalir. Bicara tentang dirimu, sungguh meruntun jiwa. Sungguh, wajah tenangmu sewaktu dikafankan masih ku ingati. Betapa aku mencemburui ketabahan kedua-dua orang adikku. Tiada air mata yang mengalir. Kalian begitu kuat menghadapi hidup, kalian bangkit dengan senyuman. Sungguh, kalian amat kuat.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, pemergianmu masih dirasai. Sungguh, hanya doa yang mampu ku titipkan buatmu. Kenangan masa lalu, akan ku sematkan sebagai sesuatu yang indah juga sebagai pengajaran paling berharga bagiku iaitu bahawa mati itu pasti dan hanya amal ibadah sahaja yang mampu membantu di hari perhitungan kelak. SEmoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman.

Al-Fatihah.

Jatuh Cinta Di GIATMARA



Assalammualaikum warahmatullah dan salam sejahtera dear readers. Apa Khabar semua? Hopefully you guys are fine. Hmm, pejam celik pejam celik sudah berkurun lamanya blog ini tidak ber”update”, one of the factor is, aku tiada masa (I’ve been through lots of things, sehingga aku tidak mampu meluangkan masa untuk blog ni. Such an excuse eh.) And praise to Allah, akhirnya aku bersemangat semula untuk menulis. Yup, I’m in love. Falling in love with the course of course. Walaupun hanya untuk seketika, 6 bulan bukannya lama but still, it gave me a whole new experience and its worthies, rather than sitting around and done nothing at home.

Hmm, post kali ni, aku teringin menceritakan pengalaman aku yang paling special semasa berada di Giat. First and foremost, aku rasa berdebar jugak a atas sebab-sebab yang tertentu antaranya adalah kerana aku belum biasa dengan persekitaran dan juga Giatmate yang berada di sana. Yang paling melekat sekali kat minda aku adalah, aku diajak untuk menanam bunga pada hari pertama aku berada di sana. Feeling of “what the” tu memang ada. Aku belajar pun memang fast forward habis a dek kerana mahu mengejar modul yang lain. Kiranya hampir ber”spring” jugak otak masa tu. Lots of things happened. Then, aku mulai rapat dengan member-member and staf-staf kat situ. Siapa cakap chemistry tu tidak boleh dibina? Pendapat macam tu salah sama sekali. Dalam persahabatan ni, benda pertama yang kita kena buat adalah give them some space and voila the chemistry will be created. For me, that chemistry being created starting from our respected Giat Manager, staffs and fellow mates.

Second of all, aku belajar benda baru. Untuk rasa seronok tu, entahlah, sukar untuk ku gambarkan dengan kata-kata, sebab aku belum selesa kot. Hehehe. Tapi aku memang teruja untuk perkara tu. First impression aku pasal HD (Hiasan Dalaman) adalah tentang landskap. Yup, pasal gubah bunga or something alike, more precisely as home décor. But once after I stepped in HD, I admit that I’m in a total shock (less actually, because I’ve already been informed about the real thing). HD ni sebenarnya pasal pemasangan wallpaper, karpet, langsir, pouffe, couch and the others. Benda yang aku paling suka kat HD ni adalah pasal sarung bantal and tilam, pouffe and sofa. Yang lain tu best jugak, but somehow this four things attracted me the most. Why? Because they’re simple (almost). Hehehe. In the end, aku mulai belajar cara untuk membuat kerja yang berkualiti, kemas dan kreatif dalam masa yang sama bersaing untuk jadikan diri lebih hebat daripada hari-hari yang sebelumnya. Sebelum masuk Giat, aku tidak pernah kenal dengan mesin jahit industry, I never lay a hand on them before, bila aku sentuh benda alah tu untuk kali pertama, memang agak berdebar jugak. Speed habislah katakan. Aku pun belajar untuk jahit kertas hinggalah ke fabric dan pvc. Sehingga aku menjadi pakar dalam menetas jahitan. Sadis sungguh keadaan itu apabila disuruh membuka jahitan demi jahitan. I almost surrender, but then, I’m so lucky when the others start to lend me a hand and guide me all over the way. That is why, u need to build a chemistry among the others, because they never hesitate to help you. Konklusinya, jangan jadi kera sumbang. Cari kawan…

Third, aku belajar cara untuk jadi salamander. Hehehe. Ya lah, bak kata pepatah Melayu, “Masuk kandang kambing ‘mengembek’, masuk kandang kerbau ‘menguak’ (or something alike).’’ Maksud aku, kita kenalah cuba beradaptasi dengan keadaan sekeliling. Kadang kala, kita perlu ikut tempo orang lain dan bukan hanya ikut langkah sendiri. Seekor kambing akan mudah dibaham oleh seekor serigala, compared to a herd of sheep. Eh apa kaitan kambing dengan salamander bagai ni? Hah, kaitannya adalah kat mana-manapun kita pergi, kita kena ada kawan, teman, sahabat seperjuangan. Manusia confirm akan menjadi gila apabila tidak berteman. Why? Because we need someone to comfort us, give us support, give us some superb brilliant ideas and such. Kat Giat @ GMP aku mempunyai kawan yang global. Dari Utara hinggalah ke Selatan. How come? Of course from the courses and activities that had been held. So, sudi ataupun tidak kita kena jalinkan silaturrahim, ramai kenalan ni memang best. As if you are such a famous person especially when they still recognize you in public. Hehehe. Yup, masuk kat GiatMara mengajar aku untuk jadi lebih open minded dan lebih peramah (perhaps). Apa yang aku mahu sampaikan sebenarnya adalah, pijaklah bumi Allah ni kat mana-manapun, yang penting kita kena luaskan jalinan perhubungan sesama insan. Why? Bukankah Allah menciptakan manusia ini berbilang bangsa untuk saling berkenalan? See, that is the right answer.

Then, I’ve learned to build up my confidence level. Most of them, aku belajar untuk bercakap di khalayak ramai, kadang-kadang tu bila menyuarakan pendapat ataupun mewakili seseorang untuk bercakap. Hehehe. Yup, dalam hal bercakap ni, aku pun tergagap-gagap juga, but since, aku diberi kepercayaan untuk itu, aku nyahkan juga degupan jantung tu. And, voila, at least boleh jugak aku bercakap. Hehehe. Well, kat mana-mana kita pergi pun, confidence tu kena ada. Sebagai contoh, yakinkan diri yang kita mampu buat atau siapkan satu tugasan tu, dan yang paling penting jangan ada istilah putus asa dalam kamus pembelajaran. Macam lagu ni cakap “Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampiri kejayaan, Jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan….” Bila confidence kita sudah naik, insya Allah, everything will go as smooth as it should. Kalau, dari starting point kita sudah set kat dalam minda, “Aku tidak boleh buat.” Memang confirmlah benda apa pun yang kita mahu buat untuk langkah seterusnya akan gagal. Failure is the right thing to say. In a nutshell, yakin pada diri, that is one of the key to success.

Okeylah, aku rasa sudah banyak yang aku cakap, coretan kali ini lebih simple, sebab otak aku sudah menjadi tepu dek kerana sudah lama tidak menulis. Wait for my next post readers. Till next time. Have a nice readings.

Tuesday, 16 September 2014

Tekanan???




Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja. Hmm, update kali ni tercetus bila aku teringat perbualan dengan dua orang penumpang (kiranya pangkat junior akulah). Sedang asyik aku layan pemandangan sepanjang dalam perjalanan tu, diorang borak lah (tanpa disengajakan, aku terdengar perbualan tu. Bukan eavesdropping ya). Aku tak tahulah apa pokok pangkalnya perbualan tu, yang aku sempat tangkap adalah, “Hisy tekanan aku!” Lalu, muncul lah idea untuk buat post kali ni. Hmm, apa yang aku mahu sampaikan di sini adalah, orang mana yang tiada masalah (Kalau tak ada masalah, kita pun takkan cuba mematangkan diri. Tak gitu??) Tapi yang membezakan setiap orang yang bermasalah tu adalah, bagaimana cara mereka untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Cara yang paling sesuai dan mampu membuatkan mereka tersenyum dan bukannya tekanan. Mustahil tidak rasa tekanan bila ada masalah? Tidak mustahil sebenarnya. Tidak percaya? Hah, jom scroll down untuk tahu cara yang boleh membuatkan kita tersenyum apabila berdepan dengan masalah.

Ok. Cara untuk tidak tekanan bila ada masalah adalah dengan mengingati Allah. “…. Ingatlah Allah ketika kamu berkeadaan berdiri, duduk dan berbaring…..” (Surah An-Nisa: 103). Hmm, aku rasa readers tahukan ayat mana yang mengingatkan kita tentang ketenangan? Jom semak tafsir masing-masing, “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Rad: 28). Hmm, yang ni memang tidak dapat disangkal lagi. What I mean is, bila kita ada masalah dan kita yakin bahawa setiap masalah itu ada hikmah dan solusi yang tersendiri, gerenti kita akan lebih rasa lapang. Sebagai contoh, kita kemalangan. Kalau kita jenis yang suka buat resolusi melulu, memanglah kita akan rasa tekanan, bahkan rasa depresi. Mungkin kita akan kata begini, “Apa pasal lah malang sangat nasib aku kali ni? Sudah jatuh ditimpa tangga lagi.” Asyik merungut sahajalah. Tapi, kalau kita cuba tukar persepsi kita, cara pemikiran kita, ada kemungkinan kita akan berfikir seperti ini, “Perancangan Allah lebih baik. Kemalangan hari ni patut dijadikan sempadan. Kesilapan yang sama tidak patut aku ulang lagi.” (Dan banyak lagi fikiran yang positif). See, kalau kita yakin semua perkara yang berlaku itu atas izin Allah dan sesuai dengan kemampuan kita, aku berani jamin yang kita pasti mampu menghadapi setiap masalah dengan senyuman. 

The next step is, bersabar. Bila sebut pasal sabar ni, ada yang akan berfikir, “Mudahlah untuk kau kata sabar. Tapi semasa dalam proses perlaksaanaan tu, sukar pula untuk diaplikasikan.” Hmm, sebenarnya bersabar ni tidak lah sesukar mana, kalau kita tahu cara yang betul. Lagipun Allah ada pesan iaitu, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah Baqarah: 45). Ada banyak kelebihan yang kita akan terima, apabila kita bersabar. Hmm, masalah dalam hidup seharian tu asam garam kehidupanlah. Maksud aku, hidup ni takkan terasa “umpphh”nya tanpa ada sebarang rintangan. (Betulkah?) Sebenarnya, bila kita bersabar, masalah yang kita hadapi itu tidak akan mampu membuatkan kita rasa tekanan. Sebab? Hah, sebabnya adalah kerana kita tahu bahawa setiap masalah (ujian) itu akan lebih mendekatkan kita kepada Allah. Contohnya, kita sedang kesempitan wang. Kalau kita sabar & ask for Allah help (solat + doa + tawakal = Hati tenang), insya Allah bantuan itu pasti ada. Ingatlah, bahawa pertolongan Allah itu amat dekat. Jadi, sila latih diri untuk bersabar dan sentiasalah meminta pertolongan Allah.

The last tips is, tawakal. Hmm, tawakal ni, dalam erti kata yang mudah adalah berserah kepada Allah. Masalah ni sebenarnya tidaklah seberat mana. Maksud aku, tiap ujian yang Allah beri pada kita itu sesuai dengan kekuatan kita. Allah telah berfirman, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah: 286). Selepas berusaha untuk mencari jalan penyelesaian setakat yang kita mampu, perkara terakhir yang kita boleh dan perlu lakukan adalah berserah diri kepada Allah. Jangan bertawakal tanpa ikhtiar pula, itu dah salah konsep namanya. Bila kita dah sandarkan harapan kepada Allah, segalanya akan menjadi baik dengan izin-Nya. “Walaupun tidak dikurniakan kesenangan, kita pasti akan diberi ketenangan. Bukankah ketenangan itu lebih baik daripada kesenangan?” (Pesan seorang sahabat) Hah, bukankah ketenangan itu ,lebih nikmat rasanya, lagila-lagilah dalam keadaan yang penuh dengan tekanan. So, serahkan segalanya kepada Allah setelah berusaha.

Akhir kata, hidup takkan ada tekanan bila kita percaya dengan ketentuan Allah (bukan yang percaya dan tidak mahu berinisiatif untuk menyelesaikan masalah). Yang baik tu datang dari Alllah, yang buruk tu datang dari Allah jua tetapi diburukkan lagi oleh insan yang serba kekurangan ni. Yang salah sila betulkan, yang betul sila tingkatkan lagi.
 Happy reading readers.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...