Thursday, 24 April 2014

Nanti, Nantilah...



Apa khabar readers? Wah, banyak update aku kali ni ya? Hahaha, ini disebabkan aku tidak meng”update” blog aku selama sebulan lamanya. Kiranya kali ini, masa untuk balas balik aaa. Aku tak nak cerita panjang sangat. Boleh dikatakan sebagai sesi refleksi diri untuk masa yang singkat sahaja. Ok, sementara ilham masih segar dalam minda, aku ingin mengajak readers sekalian untuk turut sama muhasabah diri. Aku guna tajuk di atas sebab, aku dan ramai lagi orang di luar sana yang sering menghadapi situasi ‘ini’. Hah, nak tahu situasi apa? Situasi suka bertangguh. Elok-elok dah rancang untuk buat dua update dalam masa dua minggu, tetapi telah tertunda sehingga ke empat minggu lamanya. Puncanya hanya satu iaitu, sifat suka bertangguh. Semasa idea itu masih berlegar di ruang minda, sibuk nak layan benda lain. Tengok movie lah, tengok drama lah, tengok variety show lah. Lepas tu bagi alasan, “Ala, idea takkan lari ke mana. Nanti, nantilah aku buat.” Hah, tak begitu readers? Tak kiralah apa jua benda yang kita buat, bukan sekadar dalam meng”update” blog tetapi banyak lagi perkara yang kita memang suka buat semasa last minute (dan hanya sedikit sahaja yang suka melakukan kerja tepat pada masanya). Aku tak perli sesiapa, sebab aku selalu buat benda yang sama (which I have to change).  Ok, skip that, jom scroll down ke perenggan yang seterusnya.

Ok lah, aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya, tetapi jom semak tafsir sebentar. Allah dah menegaskan tentang masa ni dalam Al-Quran. Terdapat banyak ayat yang melibatkan tentang masa, namun surah ini lebih tepat dan padat untuk dijadikan pedoman. “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta orang yang nasihat-menasihati dengan kebenaran dan dengan kesabaran.” (Al-Asr: 1 - 3). Hah, ayat ini dah menjelaskan dengan terang dan nyata bahawa kita ini selalu rugi sebab tak reti nak menghargai masa dengan menggunakannya sebaik mungkin. Pernah dengar tak tentag satu peatah Arab ni? “Masa itu ibarat pedang”. Apabila kita mengatakan sesuatu itu seperti pedang, sudah semestinya ia “tajam”. Masa ni, takkan sudi untuk menunggu kita. Kalau kita seorang yang suka membuang masa, alamatnya masa itu akan “memotong” kita dan ia takkan mungkin berhenti ataupun berpatah balik. Sekali ia berlalu, takkan ada “U-Turn” buat kita. Oleh itu hargailah masa yang ada.

Gunakanlah peluang yang ada ini dengan sebaiknya. Maksud aku, hargailah setiap saat dalam hidup anda. Maksimakan penggunaannya. Terutamanya kea rah kebaikan. Gunakan masa anda untuk membuat amal ibadah sebanyak yang boleh. Jangan jadikan, “Kita masih muda, berseronoklah dulu.” “Masa masih panjang.” [Dan alasan yang sama waktu dengannya sebagai prinsip hidup]. Memang betullah, usia itu masih muda, tetapi kita tidak tahu sama ada ajal itu akan menunggu kita hingga ke hari tua. Tak begitu? Andai Allah telah menentukan kita kembali ke sisi-Nya pada usia yang muda, teramat mustahil untuk kita menundakannya. Pesanan aku, jangan suka bertangguh. Jika readers mempunyai rancangan, usahakanlah untuk menyiapkannya ataupun melaksanakannya dalam kadar yang segera.

Ok lah, setakat itu sahaja post aku kali ini. Aku harap readers dapat input yang berguna. See you soon. Happy reading.

Do You Miss Me?


Apa khabar readers sekalian? Sihat tak? Kalau sihat, Alhamdulillah. Kalau sakit, Alhamdulillah juga, jangan sedih. Semua benda yang terjadi itu ada keindahannya yang tersendiri, sihat ataupun sakit itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. So, didiklah diri untuk jadi seorang yang optimis dan bukannya pesimis. (Wah, macam motivator pula dah.) Okey, post aku kali ini, bukanlah nak tanya readers rindu dengan aku ataupun tidak tapi nak tanya readers rindu pada Dia ataupun tidak? Macam biasalah, aku bagi intro dulu, dari mana datangnya ilham aku ni. Hah, ilham aku ni datang daripada kelompok tertentu. Selalunya, bila aku buka TV ataupun bila aku berada kat pekan, bandar dan sebagainya, aku pasti akan terlihat segelintir pasangan ni. ada yang sah berpasangan, ada yang baru separuh jalan dan ada yang masih belum sah bergelar suami isteri. Readers tahu siapa yang aku maksudkan? Ya, tepat sekali itulah dia yang digelar “Couple”. Couple ini, dalam bahasa Malaysianya adalah pasangan. Bila sebut sahaja pasal couple ada yang pipi kemerah-merahan kerana malu dan ada pula yang menggeleng tanda tidak setuju. Kalau readers tanya pendapat aku, aku akan jawab, “Aku setuju pada couple tetapi hanya pada yang bercouple secara sah.” Maksud aku, sudah tentu aku bersetuju dengan sepasang suami isteri yang telah selamat diijabkabulkan. Tak ada masalah nak pegang tangan ataupun berdua-duaan di hadapan ramai. Allah pun setuju. Ooooopppps, aku bukan nak hurai tentang perkahwinan, tetapi benda lain. So, tunggu apa lagi, jom scroll down ke perenggan seterusnya.

Like always, setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajaran yang tersembunyi, tinggal kita sahaja yang mahu mengambil pengajaran ataupun tidak. Pengajaran pertama yang aku dapat adalah, bertanya khabar. Eh, pelik sangat pengajaran ni. Hehehe, baca dulu penjelasan aku. Sepanjang pengamatan aku dan pengalaman bersama dengan orang yang bercouple ini adalah, mereka memang tidak lekang daripada gadjet mereka, tidak kiralah telefon bimbit kah, telefon pintar kah, lappy kah dan sebagainya. Bila ditanya kenapa, jawapan yang aku terima adalah, “Nanti dia sms aku atau call aku. Aku kenalah jawab ataupun angkat.” Hah, inilah ciri-ciri orang yang sedang bercintan-cintun. Lalu aku pun satu kesimpulan iaitu, kita sepatutnya macam tu juga. Kenalah rajin jaga hubungan dengan Allah untuk menjaga hubungan dengan manusia. Cara nak menjaga hubungan dengan Allah bukannya payah, khususnya buat orang yang beriman “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45). Allah dah bagi banyak klu, antaranya terdapat dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud, “Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang yang sebelummu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 21) “Sesungguhnya orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 277). Hah, bila buat amal soleh pula, Allah dah pesan agar buat dengan ikhlas. Bila sedang solat pula, kenalah buat dengan khusyuk (Kita sedang berjumpa dengan Allah tu, takkan nak main-main pula kan?). Cara kita nak bertanya khabar dengan Allah, bukannya susah manapun. Call sahaja. Biar aku bagi number Allah, bagi readers yang msih blur. 24435. Itulah number Allah. Jawapannya adalah solat 5 waktu. Bila nak lebih erat lagi, banyakkan berdoa kepada Allah, perbanyakkan zikrullah agar hati lebih tenang dan banyak lagilah. Apa lagi readers, jom tanya khabar Allah.

Pengajaran seterusnya adalah, setia pada yang Satu (Esa). Lumrah orang yang bercouple, sudah pasti akan menggunakan ayat sang pujangga. “Lautan dalam sanggup ku renangi, onak dan duri sanggup aku redahi, lautan api sanggup aku hadapi.” “Biarlah kita sehidup semati.” [Lebih kuranglah ayatnya]. Tidak kurang juga dengan janji untuk hanya setia pada si dia, sanggup bersumpah untuk menunjukkan tahap keikhlasan. (Hebat sungguh manusia. Sampai sanggup bersumpah). Scratch that, apa yang aku mahu utarakan di sini adalah, kita boleh dan sudah semestinya perlu setia pada Allah. Allah yang mewujudkan kita di dunia ini, “Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.” (Al-Alaq: ayat 2). Kemudian Allah menaikkan taraf kita dengan menjadikan kita sebagai seorang pemimpin di muka bumi ini, “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Mengapa Kamu hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Kamu dan menyucikan Kamu?’ Tuhan berfirman” ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.’ “ (Al-Baqarah: 30). Jadi, tidak wajar rasanya bagi kita yang hanya wujud di muka bumi ini dengan izin Allah untuk menyekutukan dia. Kalau dengan couple sendiri pun kita tidak sanggup untuk curang, inikan pula dengan Allah? Takkan kita mahu “curang” dengan Allah? Bukankah Allah dah tegaskan dalam surah Al-Ikhlas ayat 1 yang bermaksud, “Katakanlah: ‘Dialah Allah, Yang Maha Esa.” See? Allah itu tidak ada dua, tidak tiga dan sebagainya. Allah itu hanya satu. Allah itu Esa. Setialah pada Allah. Jadikan ini sebagai prinsip iman anda H. A. C. K. S (Hanya Allah Cinta Ku Selamanya).

Dalam sesi percintaan muda-mudi sekarang pula, memang tidak sah kalau tidak membuat “ujian umum kasih sayang”. Hah readers masih blur? Kebiasaannya, aku selalu terdengar ataupun terlihat, masing-masing akan cuba menduga isi hati pasangan mereka. Ada yang siap menyamar menjadi orang lain, ada yang meminta pertolongan daripada teman-teman untuk menguji. Ada yang berpura-pura mahu berkenalan dan sebagainya. Bila pihak yang satu lagi buat endah tak endah, itu dah dikira setia. [Aku pun tak faham. Kalau tak percaya, kenapa menjalinkan hubungan? Tak begitu?]. Yang ini pun boleh dibuat pengajaran. Perasan ataupun tidak, kita ini pasti akan diuji Allah. Seperti seorang kekasih yang memerlukan bukti keikhlasannya, begitu juga dengan Allah. Allah mahu kita buktikan tentang sejauh dan setinggi mana tahap keimanan kita terhadap-Nya. Biasanya orang akan mengatakan sesuatu yang berlainan, iaitu lain dibibir dan lain dihati. Sebab itulah, Allah menguji kita. Aku teringat lagi pesan leader aku, dia pesan, “Allah tak akan uji kita, pada titik kekuatan kita. Tetapi Allah akan menguji kita pada titik kelemahan kita. Dia menguji kita untuk melihat setinggi mana keimanan kita terhadap-Nya dan untuk memperbaiki kelemahan kita. Andainya kita lemah pada hati, Dia akan menduga kita dengan sesuatu yang berkaitan dengan perasaan dan begitu juga dengan yang lain. Tiada siapa yang mampu lari daripada diuji.” [Ujian itu diberi bukan untuk melemahkan tetapi untuk menguatkan. Untuk membuatkan kita tersedar daripada lamunan. Untuk kita mengambil pengajaran yang tersembunyi.] Jadi, apabila anda sedang diuji, jangan mengeluh, tetapi bersyukurlah kerana Allah masih mengingati dirimu. Keep moving forward.

Lesson yang terakhir adalah sentiasa memuji (Allah). Kebiasaannya, semasa sang kumbang mahu memikat si bunga, sudah pasti akan menggunakan ayat sastera. “Kulitmu putih dan cantik bak bulan purnama. Suaramu merdu bak buluh perindu. [Dan sebagainya]” Memang pujian itu akan diberi 1000%. Sanggup buat apa sahaja agar dapat menambat hati si gadis. Tak begitu readers sekalian? Tapi, aku berpendapat, lebih elok untuk kita memuji Allah daripada memuji makhluk ciptaan-Nya. Allah yang memperelokkan wajah dan penampilan seseorang, so, adalah wajar untuk kita memuji Allah. Siap dapat ganjaran pahala. Kalau kita puji manusia, nanti dia jadi riak pula, tak pasal-pasal kita pun dapat saham dosa. Nauzubillah. Lagipun, dengan memuji Allah, secara tidak langsung hati kita akan menjadi tenang. Mengapa? “…. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah jua hati menjadi tenteram.” (Ar-Rad: 28) Hah, tak adalah rasa gundah-gulana. Tak payah mengayat bagai, kita hanya perlu bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah), bertakbir (Allahuakbar) dan pelbagai lagi bentuk zikrullah. Allah lebih layak untuk mendapat semua pujian. Mengapa? Sebab Allah yang mencipta kita. Yang kita sibuk nak puja dan puji makhluk-Nya, buat apa? Bukankah itu melambangkan kita seorang yajg sombong terhadap Allah (sebab tak mahu memuji Allah)? Dan bukankah, Allah telah menegaskan bahawa Allah tidak menyukai orang yang sombong? Tak begitu readers sekalian? Jangan buang masa lagi, jom puji Allah.

In conclusion, ambik yang jernih dan buang yang keruh. Setiap perkara yang negative itu boleh menjadi perkara yang positif kalau kita bersedia untuk melihat sesuatu perkara itu dari perspektif yang berbeza. Aku bukannya menggalakkan readers sekalian untuk ber”couple”, tetapi aku menggalakkan readers untuk melihat semua perkara itu sebagai perkara yang positif untuk kekal ceria. Happy reading readers.

Akulah Si Babysitter


(Gambar hiasan sahaja)

Apa khabar readers sekalian? Aku harap readers sekalian sihat-sihat belaka. Dah lama dah blog aku ni terupdate. Pejam celik, pejam celik, dah masuk sebulan taka da cerita. So, hari ini dengan sukacitanya aku ingin membuat satu post terbaru. Post ini aku buat apabila terkenangkan anak buah aku. Almaklumlah, anak buah yang pertama, memang ditatang dengan minyak yang penuh lah kan. Hehehe. Memandangkan mama anak buah aku ni, masih lagi dalam pengajiannya, maka aku pun diberi mandate untuk menjaga serba sedikit lah. Pada mulanya, aku rasa ralat jugalah. Aku mana pernah ada pengalaman dalam kes sebegini. Nak jaga anak kecik ni bukannya mudah. Kepayahannya tu, hanya Allah dan mereka yang berpengalaman sahaja yang tahu, khususnya kaum ibu. Tak begitu? Alhamdulillah, lama-kelamaan pun, aku makin mahir, walaupun tidak secekap kaum ibu di luar sana. Sepanjang aku menjaga niece aku ni, ada lah juga dua tiga pengajaran yang aku dapat daripada yang negative hinggalah yang ke positif.
 
Okey, pengajaran pertama yang aku perolehi adalah, kesabaran itu perlu. Hah, macamlah readers tidak tahu perangai anak kecik kan? Hyper. Satu perkataan ini, aku rasa mampu membuatkan readers terbayang tentang anak buah masing-masing. Tidak kiralah jantina apa pun, perempuan kah, lelaki kah, sifat ingin tahu anak-anak ini sangat tinggi berbanding dengan orang dewasa. Masih belum mampu meniarap, dah tinggi angan-angan untuk merangkak dan berjalan. Sifat gopoh tu gerenti ada. Hah, bila mahu berjalan pula, gerenti mahu dipimpin untuk merasakan pengalaman berjalan. Yang memimpin pula, sudah pasti terasa penat kan? Disaat inilah kesabaran mulai teruji. Sifat curiosity and demanding, apabila digabungkan memang akan mengundang keletihan terhadap orang dewasa. Kita nak marah pun, budak-budak kecik ni masih belum tahu apa-apa. So, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kirilah nampaknya. Jalan yang terbaik adalah bersabar, bukankah Allah dah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.” Hah, bila readers rasa geram, jangan lupa untuk minta pertolongan dengan Allah dan bersabarlah kerana pertolongan Allah itu sentiasa dekat.

Pengajaran seterusnya pula adalah jangan selfish kalau readers tidak mahu menghadapi sebarang tekanan. Hah, mesti readers berkerut-kerut sekarang ni. Selfish yang macam mana? Lagi-lagilah dengan kanak-kanak. Maksud aku adalah, bila budak-budak meminta sesuatu, kita janganlah buat endah tak endah sahaja. Macam yang aku cakap tadi, budak kecik ni memang demanding. Nak itulah, nak inilah. Sekejap cakap, “Ambik tu.” Sekejap lagi “Ambik ni.” Sampai bertimbun mainan. Memang tak pernah habis permintaan tu, yang jadi masalahnya pula tawaran yang kita boleh bagi tu kurang (Chewaah, guna istilah ekonomi pula dah). Hehehe, readers pun tahukan, pada tahap inilah, otak anak-anak mula berkembang. So, kita pun janganlah kawal sangat anak-anak ni, aku tengok sesetengah ibu bapa ni terlalu mengawal anak-anak. Sekejap cakap, “Eh, jangan main kat sana.” Sekejap lagi cakap, “Tak boleh main tu.” Kalau anak-anak tu boleh berkata-kata dengan fasih, gerenti diorang akan cakap macam ni, “Tak boleh tu, tak boleh ni. habis tu apa yang boleh?” Apa yang aku mahu sampaikan adalah, ibu bapa tidak boleh terlalu mengawal anak. Kajian ada mengatakan bahawa, anak-anak yang terlalu dikongkong akan terjejas tumbuserannya. Hah, so, beri sedikit kebebasan kepada anak-anak untuk meneroka dunia luar tapi dengan pengawasan jarak jauh. Analoginya boleh dikatakan seperti kita yang masih bertatih ketika menunggang bsikal. Tidak sah, tunggang basikal selagi tidak luka sana sini. Sama juga dengan anak-anak, lagipun, kita yang akan terlebih tekanannya kerana terlalu risau dengan anak-anak. Let them be, for once and awhile.

The third lesson is keep fit to keep focus. Sepanjang musim aku jadi babysitter ni, aku memang tak menang tangan (lebih kuranglah). Anak buah ni, memang pantang dibiarkan. Alihkan sahaja pandangan dari dia, zooooom dah lari sampai kat dapur. Bila kat dapur pula, sibuk nak pi paip main air. Bila kat beranda pula, nak turun tangga. Memang hyper sangatlah. Kejap panjat sana, kejap panjat sini. Untung tak semput. Tapi, yang best dengan dia ni, aku memang dapat buat exercise secara tidak langsung. Kiranya, jaga niece aku ni membantu aku untuk memperbanyak steps daripada duduk. Terlalu banyak rehat ni, bahaya juga. Bukannya menyihatkan tetapi membawa lebih banyak penyakit. So, I am extremely grateful towards my niece. Dia sihat, aku pun sihat sekali. Kalau ‘rehat banyak sangat, badan pun cepat lemas. Alhamduillah, aku dah jarang sakit dah. Demam, berhingus memang dah taka da sejak 4 bulan yang lepas, lenguh-lenguh badan tu aku rasa memang lumrahlah. Sakit ni pun bagus juga, selain daripada menjadi kifarah dosa, tetapi menjadi pengingat diri, “Aku banyak dosa. Alhamdulillah Allah bagi aku sakit, dosa-dosa aku pun berkurang. Bila aku sihat, aku perlu perbanyakkan amalan.” Secara tidak langsung, sakit itu menjadi motivator dan reflection sekali. Macam peribahasa English, “Strike two birds with one stone.” (Kalau aku tak silaplah).

Lesson terakhir adalah, jaga perlakuan dan pertuturan apabila bersama dengan anak-anak kecil. Hah, guru pertama anak-anak ini adalah orang dewasa, apa yang ibu bapa mereka buat, itulah yang menjadi teladan. Kita cakap satu, diorang cakap satu. Kita cakap one, dia cakap one. Macam burung kakak tua. Main sebut sahaja tanpa mengetahui maknanya. Sebab itulah kita kena cakap benda yang baik-baik sahaja. Nak melatah pun, cakaplah benda yang baik, daripada benda yang kurang elok didengar. Seriously, anak .buah aku ni mengalahkan burung kakak tua. Cakap sepatah, dia akan ulang berkali-kali. Daya ingatan memang kuat. Hah, pada usia muda inilah, kita kena ajar anak-anak tentang bagi salam, solat, zikir dan sebagainya. Bukan sekadar tahu sebut papa, mama sahaja. Tapi bagi kenal dengan Allah, rasulullah, para sahabat baginda dan sebagainya. Hargailah masa anda menjadi guru pertama ini dengan sebaiknya. Jangan sibuk nak ajar anak benda yang kurang elok pula, seperti cakap benda yang mencarut, menghina dan sebagainya. Nanti, bila anak dah besar, tak tahulah nak jadi apa. Nauzubillah. Bila anak biuat salah pula, jangan cakap benda iyang bukan-bukan, (kata anak bodohlah, tak gunalah:Ingat ya, kata-kata orang tua itu makbul. Lagi-lagilah kata-kata yang lahir daripada mulut seorang ibu. So, dear mothers, be careful with you words).

Hah, setakat itu sahajalah post aku kali ni. aku harap readers sekalian mendapat input yang berguna. Happy reading.

Wednesday, 19 March 2014

Turn On The TV & Turn Off The Radio



Apa khabar readers sekalian? Macam biasalah, aku harap readers semua dalam keadaan yang sihat-sihat belaka. Hmm, mesti readers tertanya-tanya kan, kenapa bagi tajuk macam ni? (Kalau tak tertanya-tanya pun tak apa). Okay, kisahnya begini, sejak dua minggu yang lalu, aku sudah jarang tengok television dan mula menukar cita rasa kepada radio. Mula-mula, aku rasa “Eh, seronok juga dengar radio ni. Dapat dengar muzik. Dapat release tension.” Tapi, lama kelamaan aku mula bosan (Aku mengaku, aku jenis yang cepat bosan). Hari-hari dengar benda yang sama, berbeza pattern tapi benda yang sama. Ada reggae, rock, balada, pop, hip hop dan sebagainya, tapi berunsurkan cinta melulu [most of them choose LOVE as a theme: wishing they have a happy ending relationship, a hatred feeling, a lonely type and such] (Aku bukan orang yang ‘jiwang’). Dek kerana itu, aku dari hari ke hari semakin bosan. Dengan itu, aku end up kebosanan aku dengan mematikan radio dan kembali menonton TV. Melalui situasi ini aku dapat idea untuk update (lessons) terbaru. Jom, hayati perenggan seterusnya.

Okay, lesson one. Cari hiburan yang betul. Hmm, aku bukannya melarang readers untuk berhenti mendengar muzik dan sebagainya. Tidak. Kalau readers nak dengar, just carry on. Sebab aku pun memerlukan muzik untuk menjalani hidup seharian, but not all the time. Besides, muzik boleh membantu menghilangkan stress. Tak gitu? Tapi, sebolehnya carilah muzik yang boleh mendekatkan kita dengan Allah. Tak kisahlah genre rock, balada, pop, hip hop, reggae dan sebagainya, yang penting temanya lebih kepada Rabbaniyah. Ehm, macam Irfan Makki, Maher Zain, Outlandish dan banyak lagi artis di luar sana yang mengajak para peminat muzik untuk mendekatkan diri kepada Allah, tentang persaudaraan, tentang Islam dan sebagainya. Yang paling penting, ianya bukan hanya pada satu genre sahaja (Nasyeed of course). Hmm, lagi satu hiburan yang aku maksudkan di sini bukanlah hiburan yang betul-betul menghiburkan sehingga kita lagha daripada melaksanakan tanggungjawab kita terhadap Allah. Tidak sama sekali, tapi carilah hiburan yang menghilangkan segala keresahan jiwa, dan dalam masa yang sama mendekatkan diri kepada Allah. Cuba readers teka, apakah hiburan itu? Tak tahu? Jawapannya mudah sahaja, hiburan yang aku maksudkan itu adalah Al-Quran. Didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat tertentu yang mampu menggembirakan hati yang duka dan sebagainya. Apabila kita rasa, ujian yang dihadapi itu berat, Allah pujuk hati dengan firman-Nya, “Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah: 286). Maksud aku, bila kita disampaikan ataupun diberitahu tentang sesuatu yang menggembirakan ataupun dipujuk dengan kata-kata yang boleh memotivasikan diri, itu dah kira masuk dalam kategori hiburan lah kan? Thus, carilah hiburan yang betul. Ok?

Lesson two, television can provides you with lots of information. I mean, of course radio also can do the same thing, but it is more to the simple news and not the detail type. TV pula, it is more informative, but certain of things contain lots of speculation and stuff. Seperti biasa, kita perlu bijak untuk mengasingkan setiap perkara yang disampaikan. Maksud aku, jangan terus hadam apa yang disampaikan, terus percaya 100%. Kena bijak ambil pengajaran, apa yang baik diamalkan, apa yang buruk jangan jadikan teladan. Hah, mesti readers tertanya-tanya macam mana TV ni boleh jadi sumber media yang lebih berinformasi compared to radio isn’t it? Hmm, kalau readers ada baca post aku yang terdahulu, mesti readers perasan tentang anime ataupun kartun yang aku pernah selitkan serba sedikit dan pengajaran yang terdapat di dalamnya. Maksud aku, kadang kala berita yang disampaikan ada yang betul, ada yang berdasarkan spekulasi dan ada juga yang lebih terarah untuk berat sebelsah. Saling menuding jari, itu salah, ini salah dan sebagainya, natijahnya jika kita tidak bijak mentafsir maklumat, memang padahlah. Tapi macam mana sekalipun, aku masih memilih TV. Hari aku tidak akan lengkap tanpa kata-kata motivasi ataupun pengajaran. Bila aku dengar radio, aku hanya mendengar tentang gosip dan lebih kepada maklumat tentang artis. Macam mana aku mahu mengambil pengajaran daripada itu kan? Bila aku tengok TV (most of the time, I’ll watch animes or cartoons). Yes, unexpectedly I have gain many lessons while watching them. Memandangkan aku tidak dapat mengambil pengajaran daripada  radio, aku pun beralih kepada TV sekali lagi. But then, semua itu terpulang kepada readers masing-masing. Kalau readers berpendapat bahawa radio itu lebih baik, aku tiada masalah langsung. Semua orang ada hak untuk membuat keputusan. Cuma, bijaklah menilai sesuatu maklumat yang disampaikan, jangan terus percaya. Allah blessed all of us with the given gift that is call ‘Brain’, so used it wisely.



Finally yet importantly, TV is the medium to 
train you about creativity, innovation and such also as a stress reliever. Hmm, bila readers menonton TV, mesti readers pernah melihat program masakan, pertukangan, gubahan dan sebagainya yang melibatkan daya kreativiti dan inovasi. Tidak kurang juga dengan cerita komedi. Dari sini, kita juga boleh mengasah otak kanan kita untuk turut bergerak aktif seperti otak kiri. Bila kita tengok orang yang berkreativiti, gerenti kita pun tergerak untuk buat benda yang sama. Tidak rugi pun untuk mencuba. Contohnya, dalam bab pertukangan. Kebiasaannya kita lebih suka untuk bergantung kepada orang yang mahir dan malas untuk mencuba ataupun membuatnya dengan sendiri. Natijahnya, apabila berada dalam keadaan yang terdesak, kita teragak-agak untuk memulakan langkah pembaikpulihan. Sebab itulah kita kena perlu menyediakan payung sebelum hujan. Siapkan diri dengan pelbagai kemahiran teknikal, walaupun hanya pada asas sahaja (Yang penting, ada kemahiran itu). Aku yakin, selepas sahaja mencuba, readers akan ketagih untuk membuat lebih banyak lagi invention (Bahkan mungkin yang lebih kreatif , better than the first evaluation). Hah, readers mesti sudah sedia maklum tentang kebaikan ‘ketawa’. Ada yang kata, ketawa bagus untuk release tension, bagus untuk awet muda, untuk kekal sihat dan sebagainya. Hmm, aku rasa yang ini ada betulnya juga. Kadang-kadang, kita perlukan satu entertainment untuk menghilangkan stress. Dengan itu, cerita komedi yang dipaparkan mungkin boleh membantu, tetapi ingat juga pesan nabi SAW agar tidak ketawa berlebihan. 

Okay lah, setakat itu sahaja update aku untuk kali ini. Aku harap readers dapat input yang berguna, maaf sebab banyak merapu. Happy reading dear readers.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...