Friday, 24 May 2013

Aku dan Lampu


How are you dear readers? Entri aku kali ni adalah untuk mengajak readers sekalian untuk refleksi diri sebentar. Kenapa aku pilih tajuk di atas? Ini lebih kepada pengalaman dan juga pengamatan aku sendiri. Jom hayati situasi aku sebentar. Di rumah aku, terdapat bahagian yang memerlukan kepakaran orang yang berpengalaman dalam bab elektronik, memandangkan tiada insan yang pakar di rumah, terpaksalah aku menawarkan diri. Selepas beberapa kali mencuba, lampu tandas belum juga menunjukkan tanda untuk berjaya dihidupkan. Aku hampir putus asa, mama suruh aku minta tolong dengan pak cik. Lepas tu aku terfikir, in case lah one day, pak cik aku tidak dapat dihubungi dan saat itu pakar elektronik juga teramat diperluan dan secara kebetulannya aku juga berada di situ, adakah aku akan terus menanti dan menanti sehingga bantuan tiba? So, I decided to try once again and voila I made it. Lepas tu aku terfikir, sampai bila aku kena bergantung dengan orang lain. Sampai bila? Bila ada masalah, mudahnya berputus asa, bukannya terus mencuba sehingga berjaya.

After that, aku terfikir lagi, satu hari nanti aku kena bergantung pada diri sendiri. Tidak selamanya aku boleh bergantung harap pada orang lain. Hanya pada yang Esa aku boleh sentiasa bergantung harap, sebab boleh jadi kawan baik hari ini akan menjadi musuh pada masa hadapan. Musuh pada hari ini boleh jadi kawan baik pada masa akan datang. Orang yang ‘rapat’ dengan Allah, tidak mudah berputus asa dan putus harapan. Sebab? Innallaha ma as sobirin. Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.  Aku terfikir lagi, adakah aku orang yang sabar? Kenapa aku tanya soalan macam ni? aku takut, aku jadi orang yang mudah hilang sabar sehingga aku semakin menjauh dengan Allah. Dear readers, kehidupan tanpa redha Allah lebih menakutkan daripada hidup tanpa redha manusia. Seorang manusia tidak dapat menyakiti kita, tidak dapat menyentuh kita jika tanpa izin Allah, tapi bila mana Allah mahu menyakiti kita, tiada seorang pun manusia yang akan dapat membantu kita pada masa itu. See, betapa pentingnya Allah dalam kehidupan kita. Manusia boleh buang kita jauh-jauh dan kita masih boleh survive, tapi bila Allah ‘buang’ kita, I can guarantee you that, your life will be worthless. Hidup sebagai ‘buangan’ Allah teramat hina. Ya, memang seronok dapat buat semua benda tanpa menghiraukan hukum halal dan haram, tapi ingat one day, bila Allah kata “Kau akan dibinasakan”, jangan pula baru sibuk rasa menyesal. Meremang bulu roma bila membaca tafsir ayat 17 daripada surah Al-Kahfi yang bermaksud:
"Sesiapa yang diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkan-Nya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya."
 See, Allah is powerful over all. Kita yang perlukan Allah dalam hidup ni, bukannya Allah yang perlukan kita. Kalau kita tidak mengubah nasib kita sendiri, tiada apa yang akan terjadi. Angan-angan akan kekal menjadi angan-angan.  Lampu tandas akan terus rosaki, kalau aku tidak berusaha untuk membaikinya. Sama juga dengan kehidupan kita, kita tidak akan dapat menjadi orang yang baik, kalau kita tidak berusaha untuk ke arah itu. Jangan cakap, "Ah, hidayah belum datang. Bila hidayah dah datang, barulah aku berubah."
Renungi ayat ini pula dari surah Ar-Rad ayat 11 
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak dan melindungi mereka selain daripada-Nya."
So, kenalah ubah diri. Selamat beubah dear readers.

Wednesday, 1 May 2013

Kau Ilhamku

Entri ni aku bukan sekadar mengisi masa aku yang 'terlalu sedikit' ataupun sekadar menambah bilangan post yang sedia ada. Tujuan aku yang sebenarnya adalah untuk bertanya kepada readers, siapakah yang menjadi ilham anda?

Ya, siapakah ilham anda? Teringat pula lagu Man Bai, 'Kau Ilhamku' . Ilham aku ramai dan banyak. Aku mula mengenal perkataan ilham ni pun masa aku masuk tingkatan (memang lambat sikit, hehehe). Tapi aku mempunyai idola seawal usia 9 tahun. Idola aku, ilham aku dan juga inspirasi aku. Siapakah dia? Dia adalah guru bahasa Inggeris aku. Cikgu Hamdi, insan ini mengajar aku, membimbing aku dan menyemarakkan semangat untuk aku belajar bahasa yang sungguh asing. Thanks to him, aku ada pengetahuan dan kebolehan untuk berbahasa Inggeris. Apa yang aku dapat katakan adalah, cikgu akan berusaha sebaik yang mungkin untuk membuatkan pelajarnya berjaya. Terima kasih cikgu. Jasa mu akan ku kenang selalu.

Lepas tu, aku jumpa insan kedua iaitu kawan baik aku. Masa, aku teraba dalam kegelapan kerana
kebodohan aku sendiri, dia bawa sinar ke dalam hidup aku. Dia ajak aku untuk jadi baik. Macam mana dia jadi ilham aku? Di saat dia masih asing dengan sekolah aku, dia tetap tabah mempertahankan prinsip yang dia ada. Dia sematkan dalam hati untuk memberi sinar harapan di sekolah aku. Walaupun di asingkan, dia tetap tabah. Sebab tu aku menjadikan dia ilham aku.

Kemudian aku berjumpa dengan ketua aku. Ehm, kenapa dia menjadi ilham aku? Well, aku respect dengan dia sebab dia ni lain sikit. Eh? Lain macam pun jadi ilham? Ok, dia ni terlalu berilmu daripada aku, dia ni sentiasa dahagakan ilmu. Setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun, dia pasti akan lebih up to date (bukan macam aku, orang sudah kat Marikh, aku masih kat bumi. Sedih lah juga.) Lepas tengok dia macam ni, aku pun termotivasi lah juga untuk menjadi 'pusat rujukan se'sendiri' '. (Guna istilah pelik sekejap). Walaupun aku bukanlah orang yang ilmuwan, tapi aku cuba (walaupun liat membaca, kena paksa diri juga).

Lepas tu, aku berjumpa lagi dengan seorang ni. Dia lebih tua dari aku. Kami berkongsi minat yang sama. Kenapa dia ilham aku? Dia bersahaja, tapi dia bijak. Dia santai tapi dia rajin. Dia tough, tapi bila dengan geng dia, dia orang yang paling ramah. Pada saat kami mula rapat, satu benda yang akan aku ingat sampai bila-bila, "Kau mahu tahu sesuatu? Perkara yang boleh membuatkan kita rapat hanya satu benda. Kita minat anime. Kita minat Naruto. Selalunya, bila aku kata yang aku minat Naruto, orang akan gelak kat aku. Tapi kau berbeza." (Honestly, aku juga sama dengan dia. Aku cakap yang aku minat anime, orang pun gelak kat aku. Kadang-kadang rasa terasing sebab jadi otaku.) Lepas tu, dia ni berani pertahankan prinsip dia. Dia berani suarakan pendapat dia. Dia bukan orang yang mudah digoyahkan. Paling penting, dia berani untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dia berani tinggalkan masa lalu yang kelam, demi mencari sinar hidup yang lebih membahagiakan. See, keberanian itu penting kalau kita mahukan perubahan dalam hidup kita. Berani buat perkara yang baik, bukan yang jahat.

# Ok, setakat itu sahajalah entri aku kali ini. Kita perlukan ilham untuk terus mendorong kita agar sentiasa bergerak ke hadapan, meninggalkan zaman silam yang kelam. Kawan, walau siapa pun ilham kita. Pastikan dia ataupun mereka mampu membantu ada untuk keep moving forward.

# Search for your own inspiration.


Bila Bunga ku sedang Mekar

Bersemangat pula aku untuk menulis kali ni. Kali ni aku mahu berkongsi dengan readers tentang bunga kat sebelah kiri ni. Hah, cantik tak? Bunga aku ni special edition (walaupun bukan aku yang tanam). Bunga ni pak cik aku tolong tanamkan. Diakhirkan cerita, bunga ni sudah mula berbunga. It's already start to bloom. Yeah, aku gembira. Bunga ni istimewa. Sebab ia hanya akan berbau harum ketika malam menjelang tiba, ketika matahari kembali bersinar, ia akan kehilangan wanginya (sebenarnya ia hanyalah kurang berbau harum ketika ada matahari).  So, bunga ni memang special lah kan. Lupa pula, bunga ni namanya Spider Lily. Kenapa nama dia macam ni, obviously I didn't know about that. Nanti readers cari sendiri. Aku terfikir, adakah wanita boleh diibaratkan dengan bunga dan lelaki diibaratkan sebagai lebah (ubah istilah sedikit)? Kenapa pula? Ya lah, bunga kan menawan, sama juga dengan wanita. Wanita ini mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga mampu membuatkan lelaki tertarik. Namun, bunga yang mana satu sesuai untuk digandingkan dengan personaliti anda? Ehh, soalan jenis apa pula ni. Ok, ramai wanita yang memilih untuk menjadi ibarat bunga mawar yang berduri, duri semalu dan banyak lagi. Tapi, aku berpendapat bahawa wanita seharusnya
menjadi ibarat bunga kaktus (tapi, semua orang ada pendapat yang tersendiri.) Tapi kenapa mesti kaktus?
Bunga mawar mesikpun berduri, namun masih mampu menarik hati sang lebah untuk menghirup madunya. So, it is still attractive. Sama juga dengan wanita, meskipun dia menutup aurat tetapi masih lagi menggiurkan, itu tiada guna juga (melainkan wanita itu menjadi tarikan kerana kemuliaan akhlak dan keperibadiannya. Maksudnya less attractive).
Duri semalu pula bila disentuh baru mahu tertutup. Bukankah itu maknanya dia masih membuka ruang untuk dirinya disentuh. Come on, wahai wanita kat luar sana. Diri anda begitu berharga, syurga anak-anak terletak di bawah kaki anda. Anda begitu mulia, takkanlah anda sanggup membiarkan diri anda disentuh dengan sewenangnya oleh lelaki kat luar sana? Belum tentu lagi dia tu (mereka tu) pasangan hidup anda yang sebenarnya (ibaratnya hingga ke hujung hayat).
 Ok, kaktus. Kaktus ni bagaimana ciri fizikalnya? Ya, dia penuh berduri hingga tiada kumbang yang sanggup untuk mendekatinya. Kaktus mampu mencari bekalan air yang jauh di dalam padang pasir. Dia tahan dengan godaan panasnya mentari yang melebihi tahap suhu bilik yang normal. Dia juga mampu membekalkan bekalan air untuk unta yang kehausan. Paling unik, dia juga mampu menghasilkan bunga, meskipun ia memakan tempoh yang lama. See, sekiranya wanita mampu menjadi seperti ini. Mempertahankan mahkota aurat dirinya dengan sempurna.Menjaga cintanya dan hanya untuk yang halal serta untuk Pemilik Cinta yang hakiki (Allah). Andainya wanita menjadikan dirinya berguna untuk keluarga, sahabat handai, masyarakat bahkan untuk agamanya dengan membimbing generasi muda untuk berjaya dunia dan akhirat. Andainya wanita mampu menahan dirinya daripada godaan dunia yang fatamorgana ini. Sebab itulah aku lebih suka, menggunakan istilah "Wanita ibarat bunga Kaktus." 
Namun, kita boleh pilih mana-mana istilah yang penting prinsip kita tu  tidak bercanggah dengan syarak. Aku
harap wanita kat luar sana bijak menjaga maruah diri. Jangan biarkan maruah anda tercalar, kerana kesannya bukan sahaja berlaku terhadap anda sendiri, namun ia juga meliputi nama baik keluarga. Jika anda memang jenis yang 'tidak makan saman' ataupun bermuka tebal, bertelinga kuali, silalah fikir untuk orang lain. Sebelum anda berfikir kebaikan anda atau ikut kepala anda sahaja, sila letakkan anda di posisi orang lain. Kata pada diri, "Kalau aku buat macam ni, apa yang akan si A rasa? Kesan yang aku dapat, ok kah?" Hah, tanya diri anda dahulu. Jangan main redah sahaja. Jangan pentingkan diri sendiri (aku terkena sendiri).

# So, bila bunga aku sedang mekar, aku akan menghidu wangi yang harum dan mendapat ketenangan. Wahai wanita, jadikan dirimu yang mampu memberi ketenangan kepada orang lain dan bukannya ketegangan.

~ Selamat membaca readers. :)

  

Thursday, 25 April 2013

Luahan yang tidak terluah

Entri ni (kira entrilah kot) aku buat sekadar mengisi post aku, mungkin untuk mengekspesikan juga apa yang terpendam. Hehe, happy reading.

  • Ibu disaat anakmu mengatakan dia tidak sakit, sebenarnya saat itu dia sedang menahan sakit yang teramat sangat.
  • Ibu disaat anakmu mengatakan dia tidak apa-apa, sebenarnya saat itu dia sedang menghadapi masalah yang sukar untuk diatasi.
  •  Ibu disaat anakmu mengatakan hasil kerjanya tidak memberangsangkan, sebenarnya saat itu dia berharap agar usahanya dipuji.

  • Ibu disaat anakmu sedang kecewa, sebenarnya dia amat berharap agar dirinya diberi semangat dan diberi motivasi.
  • Ibu disaat anakmu sedang menangis kesedihan, sebenarnya dia berharap agar dirinya dipujuk oleh dirimu.
Hakikatnya wahai ibu, terdapat banyak luahan hati yang ingin dikatakan, namun apabila aku merenung semula pengorbanan mu, kepayahan mu, kesusahan mu dan usaha mu aku terus terdiam. Teramat mustahil untuk aku meminta lebih daripada apa yang aku miliki kerana engkau sudah memberikan lebih daripada apa yang sepatutnya dan seharusnya aku perlu bersyukur dengan apa yang aku ada. Wahai ibu ku sayang, maafkan aku kerana seringkali mengeluh dan mengharapkan lebih daripada dirimu tanpa berusaha untuk memberikan sesuatu kepada mu. Maafkan anak mu ini duhai ibu.

# Apabila anda mempunyai sebarang rungutan terhadap ibu anda, think it back dear readers. Layakkah kita untuk merungut? Hebat sangatkah kita untuk mempersoalkan keupayaan ibu kita sendiri. Jika bukan kita yang menghargai ibu, siapa lagi? Takkan sepupu kita, rakan-rakan kita? Come on, she is your mother. Jangan sampai tiba satu saat untuk merasa kehilangannya, baru mula mengharap agar ibu kembali ke sisi.

~ Love your mother, accept her as she already and always accept you even you are not a perfect child for her.

Wednesday, 17 April 2013

Hantu FB


Entri kali ni dibuat ketika teringat teguran abang aku. Tengah aku asyik online, dia cakap “Haish, hantu FB betullah kamu ni. Sikit-sikit online, tidak sah kalau dalam sehari tu tiada online.” Terkejut juga aku bila disergah macam tu. Bila aku fikir balik, ya lah kot (betullah apa yang abang aku cakap). Lepas tu aku mahu jawab macam ni (tapi tak jadi):
  • Aku online ni bersebab juga
  • Aku online pun sebab aku mahu mendapatkan maklumat yang aku takkan dapat dari berita dan akhbar
  • Aku online pun sebab itu sahajalah cara untuk aku berkomunikasi dengan masyarakat (kawan aku yang jauh)
  • Aku online sebab itu salah satu cara yang mudah untuk sebarkan kebaikan (medan dakwah tercepat)
  • Aku online sebab itu salah satu untuk aku menyuarakan pendapat aku
  • Aku online sebab itu salah satu cara untuk aku bersilaturrahim dengan orang luar
  • Aku online sebab itu salah satu cara untuk aku mendapat nasihat daripada orang yang pakar

Lepas tu aku terfikir pula, kenapa orang boleh mudah berasa bosan dengan FB, twitter dan pelbagai lagi laman sosial yang lain. Antara sebab yang aku dapat:
  • Orang lain online sebab mahu ekspresikan perasaan (bila tak dilayan dengan jutaan like, comment dan share, hah mulalah berasa bosan)
  • Orang online sebab sekadar mahu mendapat kawan baru (bila tak dapat kawan baru, kebosanan akan datang melanda)
  • Orang online sebab mahu menyuarakan pendapat (bila tiada respon, benda pertama yang akan dirasa adalah bosan)
  • Orang online sebab mahu jadi spy, stalker, spammer dan pelbagai lagi aktiviti yang serupa (bila tiada yang baru untuk dilihat, orang tu akan rasa bosan)

Hah, setakat tu sahajalah yang aku dapat utarakan. Laman sosial ni ada pelbagai manfaatnya bila kita
menggunakannya dengan niat yang baik, tujuan yang betul dan kaedah yang berkesan. Apabila kita menggunakannya untuk perkara yang bukan-bukan, kita juga akan dapat impak yang kurang berkesan, kurang menggembirakan dan pelbagai lagi kesan (yang pada kita) bukanlah sebaik yang diimpikan. Sebagai contoh, kau gunakan FB untuk menyumpah seranah orang, lepas tu kau dapat banyak like dan comment (daripada orang yang sama fikiran dengan kau). Boleh bayangkan kesan terhadap anda? Tak boleh? Ok, memanglah kau rasa seronok, "Fuyoh, aku dapat banyak like lah. Tak sangka pula aku, menyumpah orang pun dapat banyak like. Kalau macam ni, aku menyumpah lagilah."<~ (Sebagai contoh). Cuba bayangkan, kau sudah mencarut, lepas tu kau ajak orang lain untuk buat benda yang sama dengan kau iaitu menyumpah (menghina dan yang sama waktu dengannya), hah bukankah itu bermakna kau sudah mendapat saham dosa mereka? Aku bukanlah orang yang mahu berceramah, tapi aku harap kita berusahalah jadi pengguna laman sosial yang baik. Jangan gunakannya dengan tidak berhemah.

#Remember dear readers, do not use your social sites for the wrong doings. Ok?

~Setakat itu sahajalah entri kali ni. Renung-renungkan.

Tuesday, 16 April 2013

Abang Aku Cakap...

Sepanjang perjalanan yang berjam-jam tu aku dapat banyak pengajaran dari abang aku. Antara apa yang aku dapat:
 “Kalau kau mahu berjaya, kau kena buat satu benda ni. Kau kena cakap dengan diri kau yang esok kau tidak akan hidup lagi. Cuba kau bayangkan kalau dalam seminggu lagi kau akan meninggal, sudah semestinya kau akan cuba hidup dengan sebaik mungkin dalam tempoh tersebut. Kau akan buat benda ataupun perkara yang kau suka kan? Hah, begitu juga dengan kehidupan kau, kejayaan kau dan kerjaya kau. Bila kau tahu kau akan mati hari esok, sudah semestinya kau akan buat yang terbaik dalam apa jua perkara yang sedang kau buat. Sebagai contoh, kau tahu yang kau akan mati esok, mesti kau cakap dengan diri kau, ‘Aku tidak akan dapat lagi benda ni esok, jadi aku kena buat yang terbaik.’ Begitulah yang seterusnya dalam apa juga yang kau sedang usahakan. Insya Allah, dalam apa juga urusan kau, semuanya akan jadi yang terbaik. Bila hari ni, tugas kau yang terbaik, kau kena pastikan tugas kau yang seterusnya adalah lebih baik daripada hari ni. Kalau aku dulu, semua peluang yang ada di depan mata, aku akan rebut dengan segera. Alhamdulillah, sekarang ni aku kira berjayalah. Aku boleh dapat rezeki di mana-mana dengan kemahiran dan kelayakan yang aku ada.”
“Dalam bab kahwin pula, kau kena jadi orang yang matang.” “Maksud?” “Maksudnya, orang
yang matang apabila berkahwin ni adalah orang yang dapat menimbang segala hal, sama ada patut ataupun tidak sesuatu perkara tu. Contohnya, sebagai seorang suami, suami tu lah yang patut menanggung isteri dan anak-anaknya. Bukan ibu dan ayah si isteri. Suamilah yang patut menjaga isi rumahnya, bukan pihak ketiga (mak ayah kedua-dua pihak). Di sinilah kita dapat menilai sama ada pasangan suami isteri tu matang ataupun tidak. Dari segi tanggungjawab. Siapakah yang menyara keluarga itu? Pasangan yang matang adalah pasangan yang tidak membebankan mana-mana pihak dan mampu berdiri dengan sendiri. Tidak kisahlah sama ada dari segi perbelanjaan, kediaman, makanan, tempat tinggal ataupun pakaian sendiri.”
“Kalau bab jodoh pula. Kita tidak tahu sama ada kita akan bertemu dengan pasangan masing-masing ataupun tidak, tetapi kita seharusnya mencuba untuk mencari pasangan yang melengkapi kita ataupun yang kehilangan kita sebagai pasangannya. Kau tidak tahu sama ada pasangan yang kau ada sekarang adalah tulang rusuk kiri kau yang hilang ataupun tidak. Pasangan suami isteri tu pun belum tentu lagi adalah dari tulang rusuk yang sama. Boleh jadi pada masa hadapan, mereka akan bercerai. Kau kena ingat, jodoh ni di tangan Allah. Kau tidak boleh main-main, sebab tu lah kau kena selalu rujuk dengan Allah. Solat sunat istikharah, doa kat Allah agar diberi petunjuk. Jodoh takkan datang bergolek kat kau, kalau kau tidak berusaha.”
“Last sekali, kau usahalah agar menjadi anak yang baik. Kau adalah tunggak keluarga, kau kena usaha semaksima yang boleh agar kau dapat berjaya. Kau bukannya tidak tahu yang mak dengan bapa kau macam mana. Kedua-duanya sudah tua, kalau bukan kau, siapa lagi yang akan menyara keduanya? Kau kena balas jasa keduanya selagi kau mampu.”
Apa yang aku dapat simpulkan daripada perbualan tu adalah, kau tidak akan berjaya kalau kau tidak paksa diri untuk sampai ke target yang kau inginkan. Bila kau bijak merebut peluang, gerenti kau akan dapat banyak rezeki kat luar sana. Sama juga dengan amal ibadah, bila kita tahu yang kita akan mati sekian-sekian gerenti, kita akan berusaha semaksimum yang boleh untuk mengumpul bekalan di akhirat kelak. Memanglah kahwin tu senang (senangkah?), masalahnya selepas sahaja majlis ijab dan kabul, mampukah sang suami itu menunaikan tanggungjawab sebaik yang mungkin? Konklusinya, buat mereka yang ingin mendirikan rumah tangga, silalah matangkan diri terlebih dahulu. Ketahui tanggungjawab masing-masing. Jangan asyik mengharapkan bantuan ibu dan ayah. Kalau hati dah berkenan, utarakanlah niat dihati mahu memperisterikan si fulanah atau bersuamikan si fulan (ikut cara Siti Khadijah melamar Nabi Muhammad SAW >jangan lupa untuk berselawat<). Ingat, jodoh takkan datang bergolek, kalau tak dicari. Akhir sekali, walaupun kita ni anak yang nakal, berusahalah untuk jadi anak yang baik. Jangan kusutkan fikiran orang tua yang asyik risaukan keadaan anak-anaknya.

Ok lah, setakat itu sahaja entri kali ni. Jika ada yang terasa, aku minta maaflah (memang tu pun tujuannya). Ingatan untuk aku, renungan buat semua. Apa yang baik jadikan teladan, apa yang buruk jangan amalkan.

Saturday, 13 April 2013

My Trios


Entri kali ni, aku dedikasikan khusus buat the trios yang pernah dan sentiasa wujud dalam hati serta minda aku. Insan bertiga ni terlalu berjasa dalam membentuk siapa aku sekarang.

Insan pertama mengajar aku untuk menjadi insan yang lebih baik dari keadaan yang dahulu (insan mana yang tidak mempunyai zaman silam yang kelam). Insan ini menarik aku ke arah 'pencerahan' bukan dengan kata-kata tetapi hanya dengan penampilan dan perwatakannya. Dia yang ajak aku untuk jadi budak baik (aku masih nakal, tapi ada naik sikit. Bajet perasan kejap.) Dia tidak menyingkirkan aku kerana kekurangan aku, sebaliknya bila aku hampir terjatuh ke dalam 'gaung' yang gelap dia hulurkan tangan pada aku dan berusaha untuk menarik aku keluar sehingga sekarang. Pelbagai dorongan yang dia berikan (Kalau ada masa, aku cerita panjang-panjang pasal dia.) Aku paling lemah bila aku tengah berdepan dengan dia tetapi pada masa yang sama aku juga akan menjadi kuat bila aku berada di sisi dia. Thank you so much.

Insan yang kedua mengajar aku untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan menjadi pemimpin yang amanah. Dia masih muda (kalau ikut kalendar hijrah kami satu umur, kalau ikut kalendar gregorian aku lebih tua sedikit), tapi umur bukan penghalang untuk seseorang tu menjadi pemimpin dan matang (terpulang kepada cara pemikiran dan tindakan seseorang, sama ada mahu menjadi orang yang matang ataupun tidak). Seriously, aku salute dengan dia. Sebab apa? Dia lebih matang dari (aku) luaran dan dalaman. Maksud? Otak dia bila bab berfikir, hujah dan segala macam yang sama waktu dengannya adalah di luar kotak. Dia suka berpandangan jauh dan open minded. Dia penuh dengan falsafah, simile, hiperbola, metafora (berlebihan pula), tapi itulah kenyataannya. Satu benda yang buat aku mahu mencontohi (sedang) dia adalah, dia ulat buku dan dalam masa yang sama dia penganalisis. Apa yang dia baca, dia akan teliti dengan betul, dia kaji maknanya, lalu huraikan dalam keadaan dunia yang sebenar. Itulah dia insan yang menjadi ketua aku. Thank you, sebab jadi pemimpin yang baik untuk aku.

Insan yang terakhir mengajar aku untuk menjadi siapa aku yang sebenar (jangan jadi hipokrit, sebab kau bukan plastik iaitu sampah yang paling banyak di muka bumi) dan dia juga banyak mengajar aku erti persahabatan yang sebenar. Dia ajar aku untuk menjadi seorang yang berani untuk mempertahankan pendirian aku. Bila aku sedih, dia ada untuk ceriakan aku (dengan merampas karakter anime yang aku paling obses). Bila aku stres, dialah orang pertama yang akan pujuk aku supaya tidak tekanan lebih-lebih. Bila aku ada masalah, dia akan cakap, "Semua tu datang dari Allah, Allah lebih mengetahui. Ingat, bukan kau sahaja yang diuji (semua makhluk Allah itu juga diuji, meskipun ia seekor semut, Allah boleh uji semut dengan menghantar seorang manusia untuk memicitnya sehingga mati untuk melihat sejauh mana tingginya tawakal semut itu terhadap kekuasaan Allah untuk menyelamatkannya). Kita tidak perlu membahaskan mengapa Allah memberi kita ujian dan apa yang telah Dia rancangkan unuk kita, tetapi fikirlah pasti ada hikmah disebalik ujian yang berlaku. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah." Bila aku takut untuk mempertahankan prinsip aku, dia akan cakap, "Setiap orang ada prinsip dan pegangan yang tersendiri, kau tidak sepatutnya bimbang untuk menyuarakan apa yang kau fikir. Lepas kau beritahu orang lain tentang pendapat kau, terpulang dengan mereka untuk buat tindakan yang selebihnya. Sama ada mahu terima ataupun tidak. Yang penting, kau tetap dengan prinsip dan pegangan kau." Thank you sebab sudi backup aku bila aku teramat memerlukan dan selalu stand up for fight bila aku selalu dibuli (dibuli?).


~ Inilah kisah serba sedikit tentang sahabat sejati aku (insya Allah). Insan yang banyak mengubah aku sehingga terbentuklah insan yang sedang menulis ni (ya kah? Obviously, yes.)

# Dear readers, when you have your best friend's, do not hesitate to say that you love them. Because they are one in a little million things. Do appreciate your friend's.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...