Wednesday, 19 February 2014

Doraemon




Konna koto ii na
Dekitara ii na
Anna yume konna yume ippai aru kedo
Minna minna minna
Kanaete kureru
Fushigina POKKE de kanaete kureru
Sora wo jiyuu ni tobitai na
(HAI! Takekoputaa!)
AN AN AN
Tottemo daisuki
DORAEMON….

Apa khabar readers? Aku harap, readers macam selalu sihat-sihat belaka. Hah, agak-agaknya update hari ni, aku mahu cerita tentang apa? Hah? Dah dapat teka? Yup, memang aku mahu cakap pasal Doraemon. Sudah terang lagi bersuluh, aku letak tajuk, siap dengan lirik lagu lagi. Hehehe. Mesti readers cakap aku ni childish kan? Pasal anime pun mahu post. Bwahahahaha. Ok, mungkin aku childish sikit (sebab aku otaku), but who cares? Semua orang ada minat masing-masing. Besides, aku baca ataupun tengok anime pun untuk dapat pengajaran. Hmm? Tak percaya? Seriously? Takkan readers masih belum kenal siapa dan bagaimana cara penulisan aku? Hehehe, bukan nak angkat bakul, tapi mengingatkan sahaja. Aku buat post ni pun sebab teringat pesanan bekas guru besar sekolah aku. Beliau cakap, “Anak-anak tahukah kartun (anime) apa yang paling bagus sekali untuk ditonton? Kartun itu adalah Doraemon. Banyak pengajaran yang boleh didapati dalam Doraemon.” And I decided to post it. Okay, scratch that. Kita teruskan kepada point utama iaitu intipati yang boleh dipelajari daripada anime Doraemon.Mesti readers tertanya-tanya apakah nilai murni yang terdapat di dalam Doraemon ni. hmm antaranya adalah pemanasan global, penebangan hutan, pencemaran dan sebagainya. So, hayati perenggan yang seterusnya. Hehehe.

Hmm, bagi readers lah, apa yang readers boleh dapat (pengajaran ) dari Doraemon? Tak tahu? That is impossible. Readers mesti dapat detect something. Readers perasan tak satu perkara pelik? Pelik macam mana? Ya lah, bukankah pelik apabila seekor kucing (which is a robot) afraid of mouse? Tidakkah itu pelik? Bukankah kucing sepatutnya berani dengan tikus? Bukankah tikus itu makanan buat kucing? Hah, dengan ini aku mahu kongsikan pendapat aku dengan readers sekalian. Fobia Doraemon ni sebenarnya boleh dijadikan pengajaran. Bahkan fobia kita pun, tak kisahlah fobia dengan lipas kah, fobia spider kah, fobia dengan amfibia kah dan macam-macam lagilah, boleh dijadikan satu pengajaran. Hah, pengajaran yang kita boleh dapat daripada fobia tadi adalah, kita juga patut tanamkan perasaan phobia itu dengan dosa dan juga Neraka. Why? Hmm, bila kita fobia, mestilah kita menjauhkan diri sejauh yang boleh daripada perkara yang kita fobia kan itu. Kan? Bila kita takutkan dosa dan juga Neraka, mestilah kita menambahkan amal ibadah kita. Apa yang pasti, bila kita banyak beramal dengan keikhlasan, insya Allah, Allah akan mengganjari kita dengan pahala. Dan tiket untuk masuk Syurga pula adalah pahala. So, bila kita dah beramal, kita akan dapat pahala, bila kita dapat pahala kita akan masuk Syurga. Aamiin. Hmm, phobia (fright, terror, fear etc.) ni juga boleh diaplikasikan dalam mentauhidkan Allah. How? Simple, macam yang aku cakap tadi, bila kita takut, kita akan menjauhkan diri, tetapi dengan Allah, kita kena tukar konsep. Rasa takut terhadap Allah, kita jadikan sebagai pendorong untuk mendekatkan diri dengan Allah. Sebab dengan rahmat Allah sahajalah, baru kita boleh melangkahkan kaki ke Syurga. Tanpa rahmat Allah, ibadah sepanjang hayat pun tidak mampu untuk membawa kita Syurga. Ingat tu readers. Bila kita takut dengan Kekuasaan Allah, bila kita takut dengan Seksaan-Nya, maka jangan jauhkan diri dari-Nya dengan membuat maksiat (itu tandanya kita tidak takut dengan Allah). Bila kita takutkan Allah, banyakkan amal, agar sentiasa berada dekat dengan Dia. Kesimpulannya, jadikan fobia Doraemon sebagai ilham untuk fobia Dosa.

Hah, aku nak tanya pula pendapat readers apabila readers nampak Nobita berjumpa dengan Doraemon sambil menangis dan Doraemon akan mengeluarkan sesuatu dari poketnya iaitu barang yang berteknologi tinggi yang banyak kegunaannya (tak kisahlah, pintu suka hati, bamboo helicopter, mesin masa dan sebagainya) untuk menyelesaikan masalah Nobita? Hmm, maksud aku, apakah pengajaran yang readers boleh ambil dari sini? Tak tahu? Yes, it is indeed fun, bila apabila apa yang kita hajatkan menjadi kenyataan dan memang seronok apabila, ketika kita dalam kesusahan ada yang sudi membantu. Hah, macam biasa, kita boleh mengambil pengajaran yang berguna daripada perkara ini. Pengajarannya mudah, selalunya bila kita sedang menghadapi kesusahan, kita akan mencari pertolongan. Kita akan cari orang yang sudi mendengar keluhan kita dan yang sama waktu dengannya. Perkara yang paling menggembirakan adalah apabila masalah yang dihadapi itu mampu diatasi dengan bantuan yang ada. Apa yang aku mahu ketengahkan adalah, bila kita ditimpa masalah macam Nobita, kita cari tempat yang kita boleh adukan segala masalah. Siapa lagi kalau bukan Allah? Allah Maha Berkuasa. Bila Dia berfirman “Kun faya kun” (Jadilah maka jadilah). Bila Dia mahu menguji hamba-Nya, maka ia pasti akan terlaksana. Dan ingat readers, ujian (masalah) yang kita hadapi itu tidaklah berat sangat. Maksud aku, Allah beri kita ujian yang sama taraf dengan kekuatan kita. Contohnya, Allah beri kita kemalangan sampai kita patah kaki, patah tangan, cedera sana, cedera sini dan pelbagai bentuk ujian sebab Allah tahu kita mampu menangani ujian tersebut. Tak percaya? Jom semak tafsir. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah: ayat 285). Sebut pasal mengadu masalah dan meminta pertolongan ini, aku teringat satu surah. Readers pun mesti tahu surah ni. selalu dibaca. Paling minimum, dibaca 20 kali sehari. Wow. Hebatnya. Kita membaca surah ini selama 20 kali sehari? Yup. Surah yang aku sebut adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu Surah Al-Fatihah (Pembuka). Jom semak tafsir, “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah: ayat 5). Hmm, memang lumrah manusia yang sering merungut apabila ditimpa masalah, tapi jika kita mendalami maksud surah Al-Fatihah tadi, kita tidak akan berani untuk merungut. Why? Sebab kita tahu semua itu datang dari Allah. Jadi bila kita tahu itu datang dari Allah, gerenti kita tidak akan berani bersungut dan kita akan lebih banyak bersyukur. Dan bila kita tahu Allah itu Maha Berkuasa, kita akan cari Allah terlebih dahulu berbanding dengan makhluk-Nya. Ya, memang tidak salah untuk mengadu dengan orang yang rapat dengan kita, tapi lebih baik jika kita mengadu dengan Allah. Tak payah pun. Tak payah dail nombor telefon (kalau mahu dail pun boleh, nombor telefon Allah adalah 24434), tak payah taip mesej panjang-panjang, tak payah pergi jauh-jauh. Ambil wudhu’, tadahkan tangan dan berdoa. Luahkan perasaan. Gerenti hati akan mendapat ketenangan. Besides, Allah is the only One who can grant everything that we have wished. So, bila readers ditimpa masalah, cepat-cepat jumpa dengan Allah.

Hmm, sekarang ni aku nak cerita pula pasal Giant and Sunyo. Bila readers nampak Giant dengan Sunyo, apa tanggapan readers terhadap dua orang ni? First impression readers, macam mana? Hah? Kejam? Pembuli? Yup, fikiran kita sama. Hehehe. Setiap kali nampak dua orang budak ni, aku kadang kalanya, akan naik angin juga. Sikit-sikit nak buli orang. Cuba readers teka, pengajaran apa yang aku mahu ketengahkan? Pengajaran yang aku cakap adalah, penindasan. Ya, dengar sahaja tentang penindasan, kita pasti akan mengaitkan ia dengan kezaliman. Tindas dan zalim ini, bukan sahaja melibatkan keganasan, tetapi ia juga melibatkan sudut yang lain. Kalau bukan secara fizikal, ia mungkin melibatkan mental dan spiritual. Kadang, penindasan ini juga melibatkan kewangan (ekonomi). Bila riba berleluasa, yang kaya terus kaya, yang miskin semakin miskin. Oleh itu, “Say NO to Bribery”. Hmm, buli ni, akan menjejaskan perkembangan mental seseorang (bila seseorang itu masih muda), namun bila seseorang itu sudah meningkat dewasa, ’buli’ itu akan menjadi kuat secara spiritual. Di sini, aku mahu membawa readers kepada isu kemanusiaan. Aku mahu readers turut sedar bahawa di salah sebuah sudut dunia, ada saudara kita yang ditindas. Dari segi fizikal, mental dan spiritualnya. Namun, mereka tidak pernah gentar, bahkan mereka menjadi kuat. Iman mereka semakin kuat. Ya, mereka yang sedang di’buli’ dengan kejam ini adalah saudara kita di Palestin, Syria, Mesir dan banyak lagi (yang ini secara terang-terangan, bagaimana pula yang di’buli’ secara sembunyi?). Mereka dizalimi oleh Israel, Basyar dan juga rejim As-Sisi. Namun mereka ini, begitu yakin dengan Allah. Sanggup syahid demi Allah. Sungguh wahai readers, jauh sekali kita dengan mereka. Apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan para sahabat baginda SAW? Jauh sungguh. Adakah kita akan terus menjadi pemerhati dan pendengar yang buta, bisu lagi pekak? Adakah kita hanya mahu berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa? Adakah kita mahu membiarkan sahaja, seolah-olah tiada apa yang berlaku? Apa pula jawapan kita kepada Allah kelak? Teramat mustahil untuk kita membela diri ketika itu. teramat mustahil. Aku tidak menyuruh readers untuk terus ke sana, mengangkat senjata. Tidak, namun andainya readers berkemampuan, aku tabik usaha readers. Walaupun kita tidak mampu ke sana, berusahalah sedaya upaya readers untuk membantu mereka. Boikot barangan mereka. Mendoakan mereka. Mendoakan kehancuran musuh-musuh Allah. Sungguh, doa itu senjata orang mukmin. Oleh itu, wahai readers, ambil tindakan dengan segera. Banteras gejala ‘buli’ yang sedang berlaku dalam kalangan saudara seIslam kita.

Setakat itu sahajalah post aku untuk kali ini. Aku harap readers, mendapat input yang berguna. Yang baik itu, sememangnya datang dari Allah. Yang buruk itu datang dari aku yang serba kekurangan.

Selamat membaca readers.

Wednesday, 5 February 2014

Coffee-addict




Readers apa khabar? Aku harap readers dalam keadaan yang sihat. Hmm, aku dah lama terfikir pasal tajuk ni, tapi idea untuk menulis belum pernah menerjah ke dalam ruangan minda. Untuk pembuka bicara, let me tell you guys kenapa aku pilih tajuk ni. Aku sebenarnya, seorang yang coffee-holic. (Ya, aku cipta terma tu. Hehe). Lebih tepat lagi, seorang coffee-addict. Semua jenis minuman yang ada kopi aku suka (tidak semua, sikit sahaja sebenarnya. Contohnya Nescafe Ice [I love this one], Nescafe Latte & Nescafe Mocha), tapi aku lagi suka kopi O. dalam sehari, aku boleh minum 5 cawan kopi (itu yang dikatakan ketagih). Well, lucky for me, at least aku cuma ketagih dengan kopi dan bukannya dengan benda lain. 

Pada mulanya, aku bukanlah peminum tegar kopi, tapi lama-kelamaan, rasa minat pada kopi ni timbul. Mungkin pengaruh persekitaran ataupun faktor lain. Sebelum aku tahu manfaat kopi ni, aku main hentam minum sahaja, but after I’ve been through a tough exam (M.U.E.T), aku pun dapat info yang berguna dan makin suka untuk menikmati secawan kopi (uuuu ayat). Salah satunya, kopi pun macam teh juga, ada manfaat anti-oksida (untuk awet mudalah katakan). Lepas tu, kopi ni membantu kita untuk mengurangkan stress and depression (yang ni aku setuju sangat-sangat). Kopi juga membantu menyihatkan hati (buah pinggang, dan ia sememangnya benar. Melancarkan urin. Hehe) dan banyak lagilah. Readers tekan sahaja “Khasiat kopi” dalam mana-mana laman web, gerenti boleh jumpa banyak kelebihan kopi. Lagi satu, aku teringat satu kata-kata penceramah masa di sekolah dulu. Penceramah tu kata:
 “Antara lobak, telur dan kopi, yang mana satu pilihan adik-adik? (Ya, aku pilih kopi. Masa tu tidak ramai yang pilih kopi.)” Lepas tu penceramah menerangkan setiap elemen. “Agak-agaknya lah, apabila ketiga-tiga bahan ini dimasak apa yang akan terjadi? Tahukah adik-adik bahawa lobak yang tadi keras, akan menjadi lembik? Tahukah adik-adik bahawa telur yang mulanya lembik (cair), akan mengeras? Dan tahukah adik-adik bahawa kopi tadi, apabila diletakkan pada air ia akan mula mengubah warna air tersebut dari segi warna dan rasa? Jadi yang mana satu pilihan adik-adik? Adakah adik-adik jenis yang mulanya keras (tabah, sabar dan kuat), tetapi apabila dimarah ataupun ketika melalui satu ujian hidup, adik akan terus berputus-asa? Adakah adik yang pada mulanya cair (lemah-lembut, penyabar dan tabah), namun apabila melalui satu ujian yang berat adik akan terus menjadi seorang yang keras (pemarah dan tidak sabar dengan ujian). Ataupun adik yang pada mulanya hanya serbuk (tidak berguna apa-apa), namun setelah bergaul dengan orang lain, adik mampu mempengaruhi orang lain, bahkan mampu menjadi seorang yang mengubah orang lain. Yang mana satu pilihan adik-adik?” Biar aku tanya readers pula. Yang mana satu pilihan readers?

Ok, habis cerita tentang kopi dan aku. Sebenarnya apa yang aku ingin sampaikan adalah, kita boleh ambil satu atau dua pengajaran yang penting. Bukannya nak bangga sebagai peminum tegar kopi, tapi pasal benda lain. Hah, pengajaran pertama adalah kita sepatutnya menjadi seorang yang rajin beribadah (most likely, to be a worshiper-addict). Ya, kenapa tidak? Maksud aku, seperti seorang yang addicted to something, dia pasti tidak akan menghabiskan harinya tanpa benda yang dia ketagih tu. Hmm, simple words, same as prayer and other things that related to our faith (Iman) towards Allah. Maksudnya? Ya lah, sudah semestinya kita sebagai hamba Allah yang sentiasa berdosa perlu ‘ketagih beribadah’. Takkan aku nak explain lebih? Ok, sedikit penjelasan, kita yang sudah semestinya berdosa, perlu beramal sebanyak yang boleh. Mengapa? Kerana dosa itu, balasannya Neraka. Orang yang beramal dengan penuh keikhlasan, ihsan dan disertai dengan akhlak yang baik, sudah pasti insan tersebut akan memperolehi ganjaran yang baik, daripada pahala kepada Syurga yang telah dijanjikan Allah “Segolongan masuk Syurga dan segolongan masuk Neraka.” (Asy Syura: Ayat 7) Ingat ya readers, Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Bila Dia berfirman, orang yang beriman akan diberikan Syurga, maka benarlah. Bila Dia berfirman orang yang berdosa akan dihumban ke Neraka, maka benarlah. Bila Dia berfirman, bahawa hukuman-Nya adalah sekeras-keras hukuman maka benarlah, “Allah menyediakan azab yang keras bagi mereka, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang yang mempunyai akal (iaitu) orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu.” (At-Talaq: 10). Banyak peringatan yang Allah berikan, dari Al-Quran, diceritakan di dalam hadis, dikisahkan di dalam sirah, bahkan kita pun sentiasa mengalaminya (bencana alam dan sebagainya). Begitu banyak peringatan yang Allah berikan tentang hari Kiamat, hari Perhitungan dan kehidupan yang seterusnya (Syurga & Neraka), takkan kita masih belum bersedia untuk hari Akhirat? Takkan nak tunggu nyawa dikerongkong, baru kita sibuk merayu untuk dilanjutkan tempoh hidup? Mustahil. Itu jawapan yang pasti. Apabila Allah telah mengarahkan kepada Malaikat Izrail untuk mencabut nyawa seseorang, maka tugas itu akan dilaksanakan dengan segera. Tiada penangguhan. “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati….” (Ali-Imran: 185). Antara dua, melihat Malaikat Izrail datang dengan wajah yang manis ataupun melihat Malaikat Izrail dengan wajah yang menggerunkan? Aku yakin 100%, yang readers akan pilih pilihan pertama. So, tunggu apa lagi? Ayuh kita bersama, memperbanyakkan amal. Start by doing it progressively. Perbaiki yang wajib, kemudian tambahkan dengan yang sunat. Akhir sekali, biasakan diri untuk sentiasa beribadah kepada Allah. Caranya mudah, perbanyakkan doa, agar kita menjadi hamba-Nya yang taat. Aamiin.

Ok. Pengajaran yang kedua adalah, setia pada yang Satu. Hah? Tak faham? Aku bukannya maksudkan readers punya couple. Tapi, pada Allah yang Esa. Kalau kita suka dan addicted minum kopi, bukannya mudah untuk kita mengubah cita rasa kita. Betul tak? Hah, samalah dengan Allah. Dah kita tahu bahawa Dia yang membuatkan kita lahir ke dunia (dari air mani yang hina [sperma] kepada seorang Khalifah di muka bumi ini) “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Mengapa kamu hendak menjadaikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Kamu dan menyucikan Kamu?’ Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak tahu.” (Al-Baqarah: 30), bukankah kita patut membalas jasa-Nya, dengan mengabdikan diri kepada-Nya sahaja? Apa yang Dia suruh (Solat, Puasa, Zakat, Haji, Berbakti kepada orang tua, Melayan anak yatim dengan baik dan banyak lagi), kita buatlah. Tak payah merungut sepanjang masa, sebab semua tu ada manfaatnya terhadap kita sendiri (sudah dibuktikan secara saintifik). Contohnya solat. Bila kita sujud, darah akan lebih cepat mengalir ke otak dan membekalkan lebih banyak oksigen pada tubuh. Lepas tu puasa. Puasa pula membantu untuk menyihatkan sistem penghadaman. Tidak makan selama beberapa jam, membantu untuk merehatkan perut. Ya lah, cuba bayangkan perut kita tidak pernah berehat selama 11 bulan. Asyik bekerja sahaja untuk memproses makanan yang kita makan. Kita yang manusia inipun, bila dipaksa bekerja tanpa sebarang rehat buat tempoh yang lama, gerenti kita pun lemah. Sama juga dengan organ dalaman kita. Mereka perlu rehat. So, the conclusion is. Pick Allah, stay with Him. Allah is our only way to enter the Jannah (paradise).

Lastly, cuba jadi macam kopi. Bukannya aku suruh readers bertukar menjadi coffee beans, itu memang tak mungkinlah. Tapi cuba jadi macam kopi, yang daripada satu jenis bertukar menjadi berjenis-jenis. Pelbagai perasa boleh didapati. Daripada regular, menjadi mocha, latte, cappuccino dan sebagainya. Selain itu juga, kopi mempunyai banyak khasiat (selagi tidak menjadi overdose macam aku). Hmm, dari sini kita boleh dapat satu lesson iaitu, kita perlu bijak mencorakkan hidup kita. Ada orang hidupnya statik sahaja. Contohnya, sentiasa murung dan sebagainya. Kadang, sampai orang lain pun menjauh. Maksud aku adalah simple, jangan biarkan orang lain yang menentukan hidup kita, tetapi biarlah kita sendiri yang menentukan hidup kita. Macam kopi, daripada air yang putih jernih, bila ditambah dengan kopi, maka bertukarlah warna air tadi. Hah, biarlah kita jadi macam ni. bukan orang lain yang mengubah kita tapi kita yang mengubah orang lain (ke arah yang lebih baik). Ada orang, tidak mampu membuat keputusan, apa yang orang kata dia ikut sahaja (Aduh! Terasa.) Janganlah aku & readers jadi macam ini. Masing-masing dikurniakan dengan akal, jangan bazirkan minda kita dengan tidak mahu berfikir. Perlu tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing. Hmm, lepas tu biarlah kita menjadi orang yang banyak berjasa kepada masyarakat dan agama. Banyak manfaat kepada orang lain dan bukannya orang yang menyulitkan keadaan, asyik bantah keputusan orang lain & tidak mahu mencari penyelasaian yang lebih baik (ini perbuatan tidak bertanggungjawab!) [Terkena lagi]. Curahkan keringat kita untuk membantu orang lain, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Bila orang perlukan bantuan tenaga kita, jangan bertangguh, tolong secepat yang boleh. Bila orang memerlukan jalan penyelesaian, asahkan otak untuk turut sama berfikir solusi yang terbaik. Aku serahkan kepada readers untuk buat konklusi sendiri.

Kesimpulannya, bila kita ada minat, hobi ataupun sesuatu perkara yang kita addicted sangat-sangat (maaf sebab grammatical error), gunakanlah ia dengan cara yang berhemah. Kalau bukan secara fizikal, gunakanlah secara mental. Bagaimana? Aku terangkan dari segi mental, iaitu kita gunakan minat kita sebagai ilham untuk melihat nikmat Allah dan menghebahkannya kepada orang lain. Tak kisahlah macam mana cara sekalipun. Sama ada menggunakan tulisan, video, lagu dan sebagainya. Akhir kata, jadilah macam KOPI. Hehehe. 

Selamat membaca readers. Happy reading.

Sunday, 26 January 2014

The Odd Life Of Timothy Green



Apa khabar dear readers? Harap readers semua sihat sejahtera. Update terbaru ni, aku mahu bercerita tentang satu movie yang bertajuk “The Odd Life Of Timothy Green”. Movie ni keluaran 2012, dua tahun yang lalu. Mungkin movie ni cerita lama bagi readers, tapi cerita lama boleh jadi baru buat seketika. (Sorry, merapu sekejap. J) Hmm, diringkaskan cerita, movie ni adalah tentang sepasang suami isteri yang ingin mendapatkan anak angkat. Jadi pasangan ini perlu menghadiri temu duga. Dalam interview tu pasangan Green disoal, “Kenapa satu nama ni menjadi pengalaman yang istimewa bagi mereka?” Cuba teka, pengalaman apa yang paling istimewa bagi pasangan Green? Hah, dah dapat teka? Kalau readers teka “Timothy”, memang betullah. Lepas tu, pasangan ni disuruh untuk menceritakan tentang Timothy. Bagi yang sudah pernah menonton movie ni, jawapan aku bagi komen yang diberikan adalah, “Yes indeed”, movie ni ada sedikit ciri (does not make sense) tapi ia memang menarik. Setiap kali aku tengok movie ni, tears will pours down. Why? Simple, it is a very touching story. Sebagai contoh? Ok, since Timothy ni keluar dari kebun di belakang rumah (which is, Timothy keluar daripada kotak yang ditanam oleh pasangan Green), kehadiran Timothy perlu dirahsiakan buat sementara waktu, terutamanya tentang daun-daun yang ada pada kaki Timothy. Hmm, kat sini aku rasa kita boleh belajar satu benda. Cuba teka? Hah, pengajarannya adalah, setiap orang menyimpan rahsia masing-masing. Speaking of secret, aku teringat pesan senior aku, “Rahsia tidak akan menjadi rahsia. Apabila wujud orang ketiga yang mengetahui tentang rahsia itu. rahsia hanya akan menjadi rahsia apabila 2 pihak sahaja yang tahu mengenai ia. 2 pihak itu ialah diri sendiri dan Allah.” Hmm, apa yang aku mahu utarakan adalah, kita tidak ada hak untuk mencerobohi privasi seseorang, meskipun orang itu adalah orang yang rapat dengan kita. 

Lepas tu, apa yang aku dapat belajar daripada pasangan Green ni adalah mereka menghargai Timothy as a son and as a precious child. Hah, Islam juga turut mengajar kita perkara yang sama iaitu “Anak adalah anugerah”. Ok, jom imbau sirah sebentar. Readers kenal siapa itu Abu Hafs (Bapa Singa)? Hah, tepat sekali. Tidak lain dan tidak bukan, dialah Saidina Umar Al-Khattab. 

Dalam satu peristiwa, sahabat Rasulullah SAW pernah melihat Saidina Umar menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yang jelas. Akhirnya ada yang beranoi bertanya, "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menangis kemudian tertawa tanpa sebab yang dapat kami fahami?" Lalu, saidina Umar menceritakan:

" Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangayt membenci anak perermpuan. Ketika aku mendapat perkhabaran anak perempuan, daripada saat kelahirannya lagu kebencianku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu, aku sabar sehingga usianya 6 tahun, aku sudah tidak tahan lagi. Aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya berkhelah dan bermain-main, dia turut membantuku menggali lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum mengetahui niatku, masih ingat aku bermain-main, dia menolong mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan.  Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW, kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh  mereka hidup-hidup. Maha Besar Allah, Maha Baik Allah menghantar Rasulullah SAW yang meletakkan perempuan di tempat yang mulia. Marilah kita bersyukur di atas nikmat ini. Itulah rahsianya, apabila aku teringat kisah ini, aku menangis. 
Umar berkata lagi, "Berkenaan mengapa aku tersenyum, pada suatu hari aku keluar bandar dari Mekah. Apabila berada di luar, biasanya kami membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan, tetapi hari itu aku terlupa membawa batu, tetapi aku ada membawa kurma, aku membuat berhala dri kurma dan aku sembah kurma itu. Apabila makanan aku habis, mulalah aku makan TUhan aku itu sedikit demi sedikit. Apabila aku teringat kisah ini, aku ketawa sendirian."

 Hmm, tahukah readers bahawa Islam itu adalah rahmat buat semua? Islam membawa perubahan yang besar dalam hidup manusia terutamanya dari segi cara hidup. Tak faham? Hmm, secara ringkasnya Islam membetulkan cara hidup yang kurang convenient. Nyawa dihargai, sistem perhambaan dihapuskan, status wanita diangkat darjatnya dan banyak lagi perubahan yang dibawa dalam ajaran Islam. Kalau kita lihat keadaan pada zaman kini, seolah-olah kita kembali semula ke zaman jahiliah (yang tidak tahu apa-apa, tidak tahu membezakan yang hak [kebenaran] dan yang bathil [salah]). Maksiat berleluasa, anak baru lahir dibunuh (dilayan ibarat sampah). Hukum agama ditolak ke tepi. Peringatan bersama, hargailah setiap nyawa. Darah itu lebih pekat daripada air. Susah senang, keluargalah yang akan sentiasa sedia membantu. Bukan salah anak yang lahir ke dunia dalam keadaan sebegitu.

Lesson three (ajuk kata-kata Nanny McPhee), honest to a fault (jujur kerana benar @ tidak menipu). Hmm, pengajaran ni aku dapat, selepas melihat scene Timothy melukis majikan maknya (Cynthia @ Cindy Green). Cuba teka, apa yang terjadi? Timothy, melukis potret tersebut dengan baik sekali. But, the problem is, dia melukis…. (hmm, how to describe this thing). Majikan Cindy, mempunyai sedikit rambut di dagunya (nak kata janggut, bukannya banyak, readers buat assumption sendirilah), and Timothy draw that ‘hair’ too. And guess what? Mestilah majikan tu naik minyak. Lumrah naluri seorang ibu untuk mempertahankan anak-anak mereka. Without hesitating, whether she’ll be scold or worst (being fired), Cindy become a heroine to her child. As expected, Cindy dipecat. Ok, mungkin dari sini kita boleh belajar satu benda iaitu, berani kerana benar. Hmm, ini boleh dikaitkan dengan dakwah. Ya lah, biasanya generasi masa kini takut untuk menyatakan kebenaran, mungkin kerana orang atasan yang bertindak ‘mencantas’ pemikiran orang muda dengan menuyekat kebebasan bersuara dan sebagainya. Tapi, aku yakin, one thing for sure, api yang marak mungkin boleh dipadamkan dengan segera. Namun, bara api yang tersembunyi sukar untuk dikesan, dan lama-kelamaan ia boleh marak menjadi api. Generasi muda, meskipun diluar nampak lemah, namun didalam jiwanya mempunyai jiwa yang berkobar-kobar.  So, dear youngsters, jangan biarkan semangat anda yang berkobar menjadi lemah. Kuatkan dan luahkan pemikiran anda dengan kreatif dan kritis.   

Actually, there lots of lessons. Tapi, aku malas nak mention banyak-banyak. Aku serahkan kepada readers untuk tonton movie ni, lepas tu analisis pengajaran yang ada kat dalam movie ni. till next time readers.
Happy reading and watching. 

Monday, 16 December 2013

Running Man





Apa khabar dear readers? Lama dah blog aku ni ‘berhabuk’. Hmm, jom ‘clean’ this blog dengan sedikit update terbaru. Ok lah, aku rasa sekarang ni ramai dah yang tahu apa itu “Running Man” (RM). Betul? Tipulah kalau readers cakap yang tiada satu pun tahu apa tu Running Man? Mungkin ada segelintir yang tidak tahu. Okay, biar aku bagi briefing kejap pasal RM. RM ni pada mulanya ada 8 orang members. Diketuai National MC Yoo Jae Suk ssi, followed by Commander Kim Jong Kook ssi, Ace Song Ji Hyo ssi, Peaceful Kang Gary ssi, Haroro Ha Dong Hoon ssi, Giraffe Kwang Soo ssi & Big Nose Hyung Ji Suk Jin ssi (Ex member Flower Boy Song Joong Ki ssi). Ok lah, enough with the intro. Readers pun mesti dah tahu nama betul + samaran RM member ni. Diringkaskan cerita, RM ni variety show yang reality punya, non-script show. Semuanya berlaku secara spontan (percakapan & perlakuan), tetapi aktiviti show disediakan oleh PD yang bertanggungjawab. Guest pula terdiri daripada penyanyi, pelakon & ahli sukan.
Apa yang aku mahu utarakan di sini bukanlah tentang perjalanan RM tu macam mana, apa yang dilaksanakan, siapa yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, tetapi tentang pengajaran yang boleh diambil daripada show ni. Eh, dari variety show pun ada pengajaran? Haha, jangan cakap readers tak percaya. Sebenarnya kalau kita ni rajin, tiap saat tu kalau kita mahu muhasabah, ada sahaja yang boleh dijadikan pengajaran (banyak pula koma ya). Ingat pesan nabi S(Salallahu).A(Alaihi).W(Wassalam) “Orang mukmin tidak akan masuk ke dalam lubang biawak sebanyak dua kali.” Secara simple nya, kita ambil satu pengajaran tu untuk menghindarkan diri daripada membuat kesalahan yang sama berulang kali. Aku lupa nama philosopher ni, tapi kata-kata dia sangat ‘berbisa’,  “Orang yang melupakan sejarah, akan mengulangi kesalahan yang sama”. See, pentingnya kita mengambil pengajaran atas perkara yang telah berlaku. Jom rujuk tafsir, surah Al-Hasyr ayat 2 yang bermaksud, “Maka ambillah pengajaran (daripada peristiwa itu) wahai orang yang mempunyai pandangan” ataupun dalam surah Yusuf ayat 111 yang bermakud, “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi mereka yang berakal”. Eh, apa kaitan hadis, falsafah & tafsir Al-Quran dengan RM ni? 
Hah, kaitannya adalah, ‘kandungan’ rancangan ni yang boleh dijadikan sebagai pengajaran. Contohnya? Ok, apa yang readers selalu nampak bila readers menonton show ni? Fun or funny? Ok, memanglah fun or funny, but selain itu? Tak tahu? Firstly, kesemua member RM kenal guests yang hadir daripada artis sehinggalah ke ahli sukan. Beza dengan kita. Pemberita tv pun jarang yang kita kenal ataupun ingat nama mereka. Betul? But that not my point, apa yang aku mahu tekankan di sini adalah, kalau artis, announcer dengan ahli sukan dikenali, kenapa kita tidak berusaha untuk mengenal Allah, kekasih-Nya, bahkan para pejuang Islam yang terdahulu? Kenal sifat-sifat Allah, menghayati perjalanan sirah terdahulu, lalu adaptasikan dalam hidup seharian. Memang rata-rata manusia mengakui Allah itu Esa, namun untuk benar-benar ikhlas mengabdikan diri kepada Allah, kita perlu mengenal Dia dengan lebih dalam begitu juga dengan kekasih-Nya dan para sahabat baginda. Bagaimana? Dengan membaca Al-Quran dan maknanya serta mengkaji hadis, bahkan membaca buku-buku sirah yang ada. Kuncinya adalah ikhlas, sabar & istiqamah. Bila kita dah tahu semua tu termasuklah bagaimana para anbiya’, golongan khulafa’ serta golongan tabi’ tabi’in bertungkus lumus untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ni, gerenti kita pun berkobar-kobar untuk menggalas tanggungjawab tu. 

Secondly, apa yang aku dapat nampak (dengan bantuan my best friend) dalam RM ni adalah saling hormat-menghormati antara members dan guests. Contohnya, bila members belum ataupun tidak rapat dengan guests yang hadir, members akan panggil guests dengan menambah –ssi (ini yang dipanggil honorifics) di belakang nama (contohnya: Park Ji Sung ssi) ataupun panggil sunbaenim (untuk yang pangkat senior) ataupun tambah –nim (highly formal) di belakang nama (macam IU panggil panggil Park Ji Sung ‘Park Ji Sung nim’, ataupun macam member EXO panggil ‘Yoo nim’). Lepas tu, sebelum members RM mahu memanggil guests secara informal (lebih mesra atau guna nama samaran) members RM minta kebenaran dulu dengan guests (bila dah dapat kebenaran (bolehlah borak macam biasa). Hah, dari sini kita boleh belajar satu benda iaitu saling hormat-menghormati. Memanglah kita sudah sedia maklum tentang apa itu ‘hormat’ tapi, budaya itu belum diterapkan sepenuhnya dalam hidup seharian kita. Kadang-kadang kita guna juga gelaran ‘kehormat’ ni tapi untuk event or certain reasons. Contohnya panggil orang pak cik, mak cik, abang, kakak, adik, tuan, puan, encik, cik, Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri dan sebagainya. Tapi, bukan sekadar panggilan kehormat sahaja yang aku mahu utarakan. Selain itu kita ni ni kerap sungguh jadi orang yang rude. Bukan setakat pada elders, yang youngers pun kita ‘kurang ajar’. How? Contohnya, bila kita rapat dengan kawan sendiri (memang rapat pun), kita suka hati panggil kawan tu dengan pelbagai nama yang pelik & buruk.  Silap hari bulan, kawan ‘makan hati’. Hah, siapa juga yang susah dalam bab pujuk-memujuk? Point aku di sini, kita kenalah amalkan akhlak yang baik. Ikut pesan nabi S(Salallahu).A(Alaihi).W(Wassalam), “Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Sinopsisnya adalah, ‘hormat’ itu merupakan cabang akhlak (yang lebih dikenali sebagai adab ataupun etika). Jom rujuk tafsir pula, surah An-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud, “Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, teman sejawat, ibnu sabil (orang yang berjalan di jalan Allah), dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan bangga diri.” So, kalau mahu menjadi orang berakhlak, kenalah mula dari sekarang. Start to gain respect from the others by respecting them. Hormat orang lain = Dihormati orang lain. 

Thirdly, the men protect the women. Contohnya? Ok, cuba tengok RM episod 137 kat kolam renang. Readers ada nampak Mr. Yoo Jae Suk dengan Commander comforting Miss Ji Hyo bila dia jatuh? Banyak sebenarnya episod yang menunjukkan members (men) layan mana-mana women  dengan baik. Ok, jom hayati sirah kejap. Pada zaman Kerajaan Abbasiyyah , ada gadis yang mengadu bahawa diganggu oleh tentera Rom (Ketika berada di pasar, skirtnya dipaku dan terkoyak sehingga menampakkan auratnya. Bila itu terjadi, gadis itu lalu mengatakan, “Wa Mu’tasim? Di manakah Mu’tasim?). Bila Khalifah Al-Mu’tasim dengar aduan tu, bala tentera terus dikerahkan untuk menyerang kota Amoria (terletak di Turki, yang dahulunya dikuasai tentera Byzantine). *Cuba cari kat internet. Hah, akhirnya lelaki yang mengganggu gadis tadi dijadikan sebagai hamba kepada gadis tersebut. Cuba bandingkan keadaan pada zaman itu dengan zaman kita sekarang? Banyak sungguh perbezaannya. Kaum wanita & kanak-kanak ditindas serta dieksploitasi dengan rakus, tapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Pandangan orang zaman sekarang terlalu ‘terbuka’. ‘Perlindungan’ dianggap sebagai ‘sekatan’. Bukan semua larangan tu menyusahkan ataupun untuk ‘sekatan’, sebaliknya larangan itu lebih banyak manfaat berbanding dengan keburukan. Selak tafsir kejap, surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud, “Dan mungkin kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia mudarat kepadamu dan Allah mengetahui, tetapi kamu tidak tahu.” See, tidak semua apa yang kita tidak suka itu buruk dan apa yang kita benci tu bagus. Contohnya mendedahkan sesuatu yang seharusnya disembunyikan. Dalam surah Al-Azhab ayat 59 ada menjelaskan tentang aurat, “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka melabuhkan pakaian ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih dikenali sehingga tidak diganggu.’ ” Konsep cantik itu bukan tertumpu pada bentuk luaran tubuh badan sahaja. Luaskan pandangan readers, dengan melihat konsep cantik itu pada sudut yang lain. Start it with, adab (tengok adab @ akhlak your dream girl dengan orang lain) dan sebagainya. Jangan hanya tumpukan pada satu sudut sahaja. Protect your dream girl dengan nasihat yang baik-baik. Ubah diri untuk jadi lebih baik, agar dapat ganjaran yang baik. 

“Sesungguhnya orang yang beriman, orang yang berhijrahdan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.” Al-Baqarah: 218

Ok lah, setakat itu dahulu kerja ‘cleaning’ blog aku. Terlalu panjang rasanya tulisan kali ni. Apa-apun, aku harap readers dapat input yang berguna dalam tulisan kali ni.

~Apa yang baik jadikan panduan, apa yang buruk jadikan sempadan.
~Happy reading. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...