Thursday, 11 April 2013

Creative Arts

Entri ni aku buat semasa aku tiada idea untuk buat blog aku yang tidak seberapa ni. Selamat menghayati.

Jangan buang sampah


Kejamnya


Itik pinggan

Sotong dan kapal Titanic



Ah, my hand



Jalan yang berlubang 

Telur yang menjadi rumah
Ok, Setakat itu sahajalah entri kali ini.


Monday, 8 April 2013

Suami ku DaYuS


Aik, macam pelik pula entri kali ni. Aku buat entri kali ni sebab aku teringat dialog aku dengan my beloved sister. Kakak aku cakap:
"Sebagai seorang suami, bukankah dia patut membimbing isteri ke arah yang lebih baik?" "Maksud kak?" "Ya lah, bukankah suami ini pemimpin rumah tangga? Atau lebih tepat lagi sebagai imam keluarga." "Dia sekarang tidak baikkah?" (Diam) "Walaupun sekarang ni zaman serba canggih, tapi pendapat orang tua tu sekurang-kurangnya hargailah. Walaupun tidak bersetuju, tapi hargailah pendapat itu. Lagipun, bukankah lebih baik sekiranya suami itu membantu isteri dan zuriatnya ke arah kehidupan yang baik?" "Ehm, setuju kak."
Bila aku tengok keadaan sekarang, kebanyakan suami (kebanyakan bukan semua) kat luar sana hanya mengikut telunjuk si isteri. Come on lah kawan, sayang bini pun janganlah sampai ke tahap begitu. Membiarkan si isteri mempamerkan aurat (yang sepatutnya milik anda sahaja) dilihat oleh insan yang bukan mahramnya, membiarkan si isteri menayangkan perhiasan diri yang sepatutnya disembunyikan, membiarkan si isteri terus dengan kelalaian dunia dan berbagai lagi aktiviti 'tidak sihat'. Bila orang gelar 'kau suami dayus' hah mulalah nak meragam dan melenting, tahu pula nak marah, tapi bila isteri membuat semua perkara yang dilarang Allah (tayang aurat, tinggal solat dan sebagainya) mulut tu terkunci pula (silap haribulan bangga pula isteri buat semua benda tu).



Antara hadis yang menjelaskan isu ni adalah:
Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat. Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus. (Riwayat Ahmad dan An Nasaie: Albani mengesahkannya sebagai hadis sahih: Ghayatul Maram, no 278)

Apa yang aku mahu sampaikan adalah, sebagai seorang suami, jadilah imam dengan sebaiknya. Jadi pemimpin yang mampu bawa isteri dan anak-anak ke syurga. Jadi suami yang boleh dibanggakan dengan ketegasan dan kasih sayangnya bukan menjadi kebanggaan kerana kejahilannya. Kalau tahu diri tu serba kekurangan terutamanya dalam ilmu agama, jangan rasa ragu-ragu untuk menuntut ilmu agama. Selagi masih bernyawa, jangan lepaskan peluang yang ada. 
Suami yang dayus ni adalah lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap tanpa rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat." (Al-Khabair 1/ 45).

Apa yang kita dapat simpulkan adalah, suami dayus ni adalah lelaki yang membiarkan isterinya melanggar perintah Allah (dedah aurat dan yang sama waktu dengannya). So, konklusinya buat suami dan bakal suami kat luar sana, jangan biarkan anda menjadi suami yang dayus tetapi jadilah Imam keluarga yang Tegas.


Sunday, 7 April 2013

Argghhhh!!! Kenapa mesti gagal?

Baru-baru ni aku sekali lagi memasuki perkarangan sekolah. Untuk apa? Ambil keputusan exam lah. Beberapa minggu yang lalu, aku rasa jantung aku hampir meletup. Dok asyik fikir, bagaimanalah keputusan aku nanti. Bila dah tiba masanya, aku rasa 'seram' pula. Ya lah, mana kita tahu keputusan kita macam mana. Lepas satu tempoh tu, dapat juga aku ambil keputusan. Praise to Allah, everything is good. Bagi aku, keputusan tu dah kira ok lah. lepas tu, satu trend yang wujud kat dalam diri ex-student ni satu benda sahaja iaitu sibuk mahu tahu keputusan member-member. Mulalah mengayat habis semata-mata mahu membandingkan keputusan yang ada.

Satu peristiwa yang sering terjadi adalah, ramai member yang akan mengeluh kerana gagal mencapai target yang diingini. Aku teringat perbualan aku dengan member aku:
"Aku tahu yang aku bakal dan memang gagal, tapi aku tidak tahu yang aku akan gagal sampai macam ni sekali. Aku bukan apa, aku tidak sanggup tengok mama aku kecewa. Aku sudah banyak kali gagal, ni kali terakhir untuk aku banggakan mama aku dengan kejayaan aku."
Ok kawan, ni jawapan aku:
"Kawan, kegagalan hari ni tidak bermakna kita akan gagal pada masa depan. Boleh jadi kejayaan kau bukan kat dalam bidang akademik. Mana tahu kejayaan kau Allah letak kat bidang kerjaya yang kau ceburi sekarang. Bila kau sudah berjaya kat bidang kerja kau, kau boleh cuba lagi. Jangan menyerah kalah. Ingat, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum tu kalau mereka tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka. Kalau kita dok asyik merungut, mengeluh dan sebagainya tapi masih tidak mencuba untuk mengubah keadaan diri, jangan harap kejayaan akan datang bergolek."

~Kita semua dicipta untuk menjadi pemimpin kat muka bumi ni. Bukannya gunung, bukannya langit, bukannya haiwan dan yang sama waktu dengannya. Sebagai pemimpin kita seharusnya mempunyai semangat jitu yang kuat. Kau jatuh tersembam, sepatutnya kau cuba sehingga kau kembali bangkit berdiri. Sampai bila kau mahu terbaring dengan lemah dan berharap agar ada insan yang sudi menghulurkan tangan untuk bantu kau berdiri? Kalau ada, tidak apa juga. Macam mana kalau tidak ada?

Jangan ungkapkan, "Ah, aku gagal lagi." tapi ungkapkanlah "Esok atau lusa, jika diizinkan Allah aku pasti akan berjaya."

~ Jangan pernah menyerah kalah kawan sebelum kau temui kejayaan atau sebelum kau memulakan langkah untuk berjaya.


Calon Pasanganku ABP

Selalunya bila usia kita sudah dilihat 'matang' soalan bonus dan popular ni akan diutarakan kita yang masih bujang (perasan kejap, memang kenyataan pun) Ok, soalan yang sering diutarakan adalah :
"Bila mahu kahwin?" "Apa ciri-ciri yang kau mahu?"
Lepas fikir punya fikir, ni jawapan aku:
Ciri paling penting yang kena ada dengan my future mate ni adalah:
  • Boleh bantu aku untuk sentiasa berada kat jalan yang lurus
  • Boleh jadi penasihat yang bernas terutamanya bila aku memerlukan
  • Dia sentiasa jadi pendorong aku untuk banyakkan amal
  • Dia sentiasa jaga maruah aku
  • Dia faham dan boleh terima aku seadanya
  • Paling penting dia ABP (Asal Bukan Perokok)
Aku paling tidak dapat terima orang yang merokok. Dulu, aku rasa ok saja. Tapi sekarang, I can't stand with the smoke. Macam nak semput pun ada juga. Minta jauh-jauh lah, supaya future mate aku bukanlah perokok. Aamiin. Teringat pula aku perbualan dengan abang aku:
"Aku mahu calon isteri aku ni baik. Isteri yang boleh bentuk aku untuk jadi lebih baik dari keadaan aku sekarang."
Aku berpendapat, se'rock', se'brutal' macam manapun orang tu (tak kisahlah lelaki atau perempuan) pasti dia (termasuk aku) mahukan jodoh yang baik. Mana ada orang yang mahu pasangan seumur hidup yang teruk kan?

~Berkahwin tu sunnah. Nabi pun kahwin juga. Nabi suka bila umatnya berkembang biak dengan baik. Bila semakin ramai yang jadi pemimpin (yang baik dan mengajak ke arah kehidupan akhirat ), maka semakin baiklah dunia kan? Oleh itu, carilah jodoh yang baik. Kalau kita tidak baik, tetapi mahukan jodoh yang baik, solusinya hanya satu iaitu berjumpa dengan orang yang baik dan minta jodoh yang baik. Sebab orang yang baik tidak akan tergamak untuk bagi kita jodoh yang jahat.



Masihkah ada CiNtA?

Setelah penat menanti, aku terfikir adakah ini ujian untukku. Bukannya penantian yang gitu-gitu. Aku menanti sahabat yang dibimbangi tidak kunjung tiba. Terpacak aku depan Bus Stop 30 minit. Fuh, memang terasa panas juga. Dok asyik aku menunggu, tetiba aku teringat perbualan aku dengan seorang kakak yang aku hormati dan segani. Hah ceritanya lebih kurang gini:
"Kak pernah bertanya kat seorang sahabat ni. Kak tanya, 'Adakah kak masih disayangi Allah?' Sahabat tu pun tanya balik, 'Kenapa cakap macam tu?' Kak jawablah, 'Bukankah tanda Allah menyayangi hamba-Nya dengan menghantar ujian kepada hamba tersebut? Sekarang ni, semua urusan aku dipermudahkan Allah. Aku bimbang, Allah sudah tidak sayang kat aku sebab tu lah Allah bagi semua benda jadi senang kat aku.' Sahabat tu pun jawab, 'Cuba semak semula. Pasti akan ada terselit sedikit ujian kat kau. Kau tunggu kereta untuk pergi ke pekan buat tempoh yang lama pun kira ujian juga.' Jadi, kalau adik-adik mahu tahu sama ada diri disayangi Allah ataupun sebaliknya, tengoklah peristiwa yang terjadi kat kita setiap masa. Adakah kita sering diuji ataupun tidak?" (Dialog diubahsuai)
Lepas tu, aku cuba nilai balik. Adakah penantian ini boleh diambil kira sebagai ujian? Sebab sejak kebelakangan ni semua benda pun boleh dikatakan mudah untuk aku. Takut juga, andai kesenangan yang diberi kepada aku akan membuatkan aku lebih jauh dari Allah (Nauzubillah). Tipulah kawan, kalau kita cakap kita tidak perlukan Allah dalam kehidupan kita. Tanpa belas kasih dan ihsan dari Allah, teramat mustahil untuk kita wujud kat dunia ni dan teramat mustahil juga untuk kita masih bernafas hingga ke saat ini.

Bila-bila masa saja, bila Allah kata "Si fulan akan mati hari ini seperti yang tertulis di Luh Mahfuz." Maka secara automatiknya kita juga akan menjadi jenazah saat itu juga. So, sebelum kita menjadi jenazah kenalah kita siapkan diri dengan memperbanyak bekalan amalan untuk di hari kemudian.

~ JoM jAdI bUdAk BaIk

Thursday, 4 April 2013

Jangan Sakiti Dia

Aku ada terdengar lagu kat Youtube, tajuknya "Jangan sakiti aku". Tiba-tiba mentol minda menyala untuk membuat entri ni. Aku tengok sekarang terlalu ramai anak-anak yang kurang 'sopan' terhadap orang tua mereka. Buktinya? Ramai anak-anak yang menghantar cucu ke rumah atuk dan nenek untuk menjadi pengasuh. Bukankah sepatutnya disaat usia emas, mereka yang sudah bergelar datuk dan nenek hanya patut duduk bersantai dan bergembira. Mengapa? Bukankah mereka sudah bersusah payah membesarkan anak-anak mereka, mengapa harus dikerah lagi tenaga yang sudah hampir tiada untuk membesarkan lagi cucu yang ada?

Bila ada yang tidak kena dengan anak-anak, mulalah menyalahkan orang tua. Mulalah menuding jari kat orang tua, cakap jaga cucu pun tak reti kah? Eh, come on lah. Korang tahu tak ayah dan ibu sudah letih berhempas pulas untuk korang, kenapa korang dengan mudah meletakkan beban dan tanggungjawab untuk membesarkan serta mendidik anak-anak korang kat bahu mereka yang sudah bergelar atuk dan nenek? Ingat ya, wahai insan yang sudah bergelar ayah dan ibu kat luar sana, ibu bapa adalah guru pertama ibu bapa. Korang kurang ajar dengan ibu bapa korang, anak korang pun 99% akan buat perkara yang sama kat korang.

Seram sejuk juga bila teringat akan hadis Nabi yang menyatakan bahawa:
Daripada Umar bin al-Khattab r.a (didalam hadis yang panjang), ... kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW, "Maka khabarkan kepada ku tentang hari kiamat?". Lalu Nabi SAW menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi SAW menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannnya dan engkau melihat orang berjalan dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan". (HR Muslim) .

Kita renung sejenak. Telah wujudkah keadaan di atas? Hamba telah melahirkan tuannya? Aku berpendapat keadaan itu sudah wujud. Bila fikir balik, aku berkeinginan untuk mati sebelum tibanya saat kiamat. Bahkan di saat ketibaan Dajjal pun aku tidak sanggup untuk hidup dalam zaman itu. Nauzubillah, ya Allah jauhkanlah.

~ Jom jadi AnAk YaNg BaIk

Mama I Love U, Papa I Care

Menjadi anak yang bongsu kadang-kadang membuatkan aku menjadi anak yang manja. Kadang-kadang juga, dengan kemanjaan itu membuatkan mama mengatakan "Jangan buat macam tu." Suddenly, my heart terasa 'perit'. Mahu tunjukkan kasih sayang tidaklah payah, tetapi penerimaan orang lain tu bagaimana? Aku secara jujurnya, memang sayang kat mama dan my beloved father, tapi sampai sekarang perkataan tu sukar yang teramat sangat untuk aku luahkan. Bila aku tengok balik, mama and papa ku pun jarang menuturkan "Nak, we loved u." Jarang sangatlah, tapi aku dapat rasa betapa hebatnya kasih dan sayang kedua orang tua aku kat aku. Lepas tu, terdetik seketika kat otak aku. Kalau mama dan papa sukar mengucapkannya dan menunjukkannya, apa kata aku yang cuba? Lepas tu aku pun bereksperimen, Praise to Allah, my experiment worked out. Walaupun mama dan papa belum menuturkan, tapi perbuatan mereka menunjukkan adanya rasa kasih dan sayang buat anak bongsu ini.

Oleh itu, aku berpendapat, walau se'rock' manapun anda diluar sana, jangan malu untuk menujukkan kasih sayang anda kat kedua orang tua korang. Sewaktu anda masih helpless ketika kecil, ketika anda mula belajar untuk berdikari dan boleh hidup dengan sendiri, kedua-duanya masih setia untuk berada di sisi tanpa meminta sebarang bayaran di atas pengorbanan yang telah mereka berikan. Redha Allah terletak dibawah kaki ibu, so apa-apa hal jangan pernah menjadi anak yang derhaka dengan meninggikan suara, menjadi anak yang rebellious dan berbagai lagi ragam yang buruk.

Selagi ada masa, curahkanlah kasih sayang tu. Kita tidak dapat menduga masa hadapan. Adakah kita yang akan pergi dulu, adakah ibu yang akan pergi dulu ataupun ayah yang akan pergi dulu. Sebelum kita menitiskan air mata yang berpanjangan kerana penyesalan yang tiada penghujungya, lebih elok sekiranya kita memanfaatkan masa yang ada dengan melayan orang tua kita dengan sebaik mungkin.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...