Apa khabar readers sekalian? Aku harap
readers dalam keadaan yang sihat belaka. Hmm, kali ni aku kurang idea. Sekadar
meng”update” agar blog aku ni tetap ada isi walaupun hanya sepatah kata. Ok lah,
post kali ni dicetuskan oleh ceramah Ustaz Mohd. Kazim Elias. Dalam ceramah tu,
satu perkataan ni bagi aku idea (sekadar synopsis ceramah sebenarnya) iaitu, “Kita
semua sebenarnya dah lama bertunang. Nak tahu kita dah bertunang dengan
siapa? Dengan kematian.” “Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului
ajalnya dan tidak (pula) dapat melewatkan(nya). (Surah Al-Hijr: 5). Hmm,
bila sebut pasal tunang ni, apa yang kita terfikir dan apa yang akan berlaku
selepas itu? selepas tunang, mestilah ada akad nikah, sanding & kenduri
makan. Hah, macam tu juga lah dengan kita apabila maut datang menjelang. So
tunggu apa lagi, jom scroll down.
Hmm, tunang. Apa yang terdetik di ruangan
minda readers? Bagi aku, bila dah tunang ni, orang akan mempersiapkan diri.
Kalau boleh berminggu-minggu, berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun sebelum
itu. Siapkan kad undangan, tentukan tema perkahwinan, majlis resepsi dan
sebagainya. Apa yang kita boleh jadikan teladan adalah, kita perlu
mempersiapkan diri untuk menghadapi detik kematian. Hidup memang sekali,
tapi mati pun sekali juga readers. Sekurang-kurangnya kita masih mampu untuk
memperbaiki diri, bertaubat dan beramal sebanyak mana yang kita mahu dan mampu
sementara kita masih hidup. Tapi, bila mana ajal itu sudah mengetuk pintu
kehidupan, segala pintu taubat dan amal akan tertutup. Takkan ada apa yang
mampu kita lakukan setelah kita mati. Allah dah nyatakan dalam firmannya yang
bermaksud, “Setiap yang bernyawa akan merasai mati… “ (Surah Ali-Imran:
185). “Bagi setiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka,
maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat
mempercepatkannya.” (Surah Yunus: 49) See, tiada siapa yang mampu melawan
kematian, suka ataupun tidak kita pasti akan mati. Sebab itulah, kita perlu
bersedia (banyakkan taubat dan amal), untuk menikmati kesenangan di alam Barzakh
dan Hari Perhitungan.
Ok, bila dah tunang, pasti akan ada hari
perkahwinan. Sebelum sah bergelar suami isteri, perlu melalui proses akad nikah
kan? Dalam proses ni, Ustaz ada memberi perumpamaan (lebih kuranglah) iaitu,
“Kita akan dikahwinkan dengan kematian, ber’Qadi’ kan malaikat Maut (Malaikat
Izrail). Kadangkala, ada pengantin lelaki yang tergagap-gagap dan perlu
mengulang beberapa kali, ada juga yang mampu menuturkan lafaz nikah (Aku terima
nikahnya si fulan binti si fulan dengan mas kahwin …… tunai.) dengan
sekali sebut sahaja, lancar. Begitu juga ketika kita berada di ambang maut. Amal yang baik dan
banyak, mampu membantu kita mengucap dengan lancar ketika “berjumpa”
dengan malaikat Izrail. Amal yang buruk dan kurang pula, membuatkan kita tidak
mampu mengucap (Na’uzubillah min dzalik). Sedia kah kita?
Ustaz menyambung lagi, “Kita akan bersanding di kubur.”
Biasalah, bila ada majlis perkahwinan, pasti ada tetamu. Tetamu yang hadir
terdiri daripada sanak saudara dan para sahabat handai. Setiap tetamu yang
hadir pula, akan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kedua pasangan
pengantin. Begitu dengan keadaan yang akan kita lalui pada hari kematian.
Diiringi oleh sanak saudara dan sahabat
handai ke tanah perkuburan, bukan dengan senyuman dan tawa tetapi dengan
tangisan hiba. Mendoakan kita untuk mudah menjawab soalan malaikat Munkar dan
Nakir. Soalan yang tinyakan mudah, tetapi akan menjadi sukar untuk dijawab
kalau kita tidak bersedia dari sekarang.
Akhir sekali, majlis kenduri. Memang tidak sah rasanya satu
majlis perkahwinan tanpa ada jamuan makan. Begitu juga dengan kita (semasa
kematian). Yang makan bukannya sanak saudara ataupun sahabat handai, tetapi
yang lain iaitu ular, cacing dan segala macam makhluk Allah yang mendiami tanah
perkuburan. Daging yang ada, pasti akan lenyap ditelan bumi. Ditelan dan
dicerna. Begitulah pengakhiran seoramg manusia di muka bumi. Yang dahulunya
bertenaga, muda dan bersemangat, akhirnya akan tewas juga di saat sakaratul
maut datang menjemput. Tanya pada diri, “Sudahkah aku bersedia dengan kematian?
Masihkah aku berpeluang untuk nmelihat dunia pada esok hari? Cukup sudahkah
amal yang aku lakukan?” Tanyalah sebelum terlambat. Bersedialah sebelum maut
datang menjemput. Bagi mereka yang beriman, pasti kematian itu akan
menggembirakan hati mereka, bagi yang kufur kepada Allah, kematian itu akan
menjadi peristiwa yang menakutkan.
Dengan ini, aku akhiri post kali ini dengan kata, “Yang baik
itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri yang penuh kekurangan.”
Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Selamat menghitung
diri.