Apa khabar readers sekalian? Macam
biasalah, aku harap readers semua dalam keadaan yang sihat-sihat belaka. Hmm,
mesti readers tertanya-tanya kan, kenapa bagi tajuk macam ni? (Kalau tak
tertanya-tanya pun tak apa). Okay
, kisahnya begini, sejak dua minggu yang lalu,
aku sudah jarang tengok television dan mula menukar cita rasa kepada radio.
Mula-mula, aku rasa “Eh, seronok juga dengar radio ni. Dapat dengar muzik.
Dapat release tension.” Tapi, lama kelamaan aku mula bosan (Aku mengaku, aku
jenis yang cepat bosan). Hari-hari dengar benda yang sama, berbeza pattern tapi
benda yang sama. Ada reggae, rock, balada, pop, hip hop dan sebagainya, tapi
berunsurkan cinta melulu [most of them choose LOVE as a theme: wishing they have
a happy ending relationship, a hatred feeling, a lonely type and such] (Aku
bukan orang yang ‘jiwang’). Dek kerana itu, aku dari hari ke hari semakin
bosan. Dengan itu, aku end up kebosanan aku dengan mematikan radio dan kembali
menonton TV. Melalui situasi ini aku dapat idea untuk update (lessons) terbaru.
Jom, hayati perenggan seterusnya.

Okay, lesson one. Cari hiburan yang betul.
Hmm, aku bukannya melarang readers untuk berhenti mendengar muzik dan
sebagainya. Tidak. Kalau readers nak dengar, just carry on. Sebab aku pun
memerlukan muzik untuk menjalani hidup seharian, but not all the time. Besides,
muzik boleh membantu menghilangkan stress. Tak gitu? Tapi, sebolehnya carilah
muzik yang boleh mendekatkan kita dengan Allah. Tak kisahlah genre rock, balada,
pop, hip hop, reggae dan sebagainya, yang penting temanya lebih kepada
Rabbaniyah. Ehm, macam Irfan Makki, Maher Zain, Outlandish dan banyak lagi
artis di luar sana yang mengajak para peminat muzik untuk mendekatkan diri
kepada Allah, tentang persaudaraan, tentang Islam dan sebagainya. Yang paling
penting, ianya bukan hanya pada satu genre sahaja (Nasyeed of course). Hmm,
lagi satu hiburan yang aku maksudkan di sini bukanlah hiburan yang betul-betul
menghiburkan sehingga kita lagha daripada melaksanakan tanggungjawab kita
terhadap Allah. Tidak sama sekali, tapi carilah hiburan yang menghilangkan
segala keresahan jiwa, dan dalam masa yang sama mendekatkan diri kepada Allah.
Cuba readers teka, apakah hiburan itu? Tak tahu? Jawapannya mudah sahaja,
hiburan yang aku maksudkan itu adalah Al-Quran. Didalam Al-Quran terdapat
ayat-ayat tertentu yang mampu menggembirakan hati yang duka dan sebagainya.
Apabila kita rasa, ujian yang dihadapi itu berat, Allah pujuk hati dengan
firman-Nya, “Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah: 286). Maksud aku, bila kita disampaikan
ataupun diberitahu tentang sesuatu yang menggembirakan ataupun dipujuk dengan
kata-kata yang boleh memotivasikan diri, itu dah kira masuk dalam kategori
hiburan lah kan? Thus, carilah hiburan yang betul. Ok?

Finally yet importantly, TV is the medium
to

Okay lah, setakat itu sahaja update aku
untuk kali ini. Aku harap readers dapat input yang berguna, maaf sebab banyak
merapu. Happy reading dear readers.